Kisah kemurungan atau 'depression' Haqiem Rusli sememangnya diperkatakan oleh peminat dan netizen. Ramai yang tidak sabar untuk menanti kedatangan Julai bagi mendengar sendiri pengumuman sama ada penyanyi baru tersebut akan jadi bersara atau tidak.
Namun, di Twitter, seorang netizen yang menggunakan nama Sherry Al Padat membuat ulasan mengenai tiga kesilapan Haqiem yang perlu dibetulkan jika betul Haqiem mahu jauh dalam industri hiburan ini.
Foto : Twitter Sherry Al Padat
Sherry memberi contoh mudah iaitu sikap Haqiem yang dikatakan tidak menghormati orang lain.
Sampaikan memberi contoh bagaimana artis ketika seusia Haqiem berjaya tetapi tetap menghormati orang lain yang lebih 'senior'.
Tidak lupa, isu membahasakan penyanyi senior sebagai Aishah sahaja turut dijadikan cerita.
Banyak juga yang didedahkan termasuklah isu bersama Asfan.
Pendedahan ini membuatkan ramai netizen berasa ia sudah keterlaluan kerana kenyataan ini bersifat menghukum dan menyebar kebencian.
Bagaimanapun, ramai juga yang bersetuju dengan pendedahan Alan ini yang menyuarakan isi hati mereka yang turut sama terlibat dalam industri ini.
Foto : IG Haqiem Rusli
Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Haqiem Rusli awal Julai nanti. - CARI |