CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cop Tangan Hanya Hiburan, Bukan Niat Mahu Kawal Duit Raya

19-6-2018 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5756| Komen: 38

Kecoh jadinya bila ada dakwaan menyatakan isteri Menteri Besar Kedah kedekut kerana hanya memberikan duit raya sebanyak RM2 kepada kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, beliau juga dituduh cop tangan kanak-kanak tersebut untuk mengelakkan mereka dari mengambil duit raya dua kali.

Dakwaan yang tular di mesia sosial itu dimuat naik di Facebook milik Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Anina Saadudin.

Foto: Facebook
Susulan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar tampil menafikan yang pihaknya mengawal pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Dakwaan pemberian duit raya hanya RM2 juga tidak benar sebaliknya setiap sampul duit raya diisi sebanyak RM5.

"Semua kanak-kanak dari bayi hingga ke 12 tahun menerima duit raya di mana hampir 6,000 kanak-kanak mendapatduit raya."

Harian Metro melaporkan, cop tersebut hanyalah dakwat air yang boelh dipadam dengan mudah.

Foto: Harian Metro
"Penggunaan cop itu tidak ada masalah pun malah ibu bapa yang hadir juga tidak mempunyai masalah anak mereka dikenakan cop pada tangan.

"Ia juga sebenarnya bukanlah arahan Menteri Besar (Mukhriz) sebaliknya komuniti yang membuatnya semata-mata untuk menghiburkan kanak-kanak dengan cop kartun dan bintang," tambah Fisol. -CARI
11

Bagus
18

Marah
6

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 19-6-2018 08:25 AM
Haa mana laknat yg mengutuk bagi duit rm5, siap gebang sendiri bagi duit rm20,rm50 kat budak2 yg dtg rumah padahal budak dtg sekor dua ekor jah. Ni rm5 utk 6000, kau org nak bagi jugak tak?
Quote cm_matjawasp 19-6-2018 08:27 AM
Si Ainina ni ke yang cakap? Patut la. Minah ni memang meroyan tambah tambah lepas BN kalah , tengok ja kat fb dia.
Quote DARSITA 19-6-2018 08:27 AM
Tuan thread semalam kemain mengutuk. Hari ni buka thread baru pulak padahal boleh jer update di thread semalam. Tanggunglah dosa korang mengutuk membabi buta isteri MB Kedah.
Quote che_yatt 19-6-2018 08:55 AM
sapa yg dok kutuk bini mukhriz pi mtk maap la...
Quote ipin 19-6-2018 09:08 AM
bangsa melayu ni perangai memang macam lahanat..  
Quote OmJualGas 19-6-2018 09:12 AM
Abislaaaaa....merangkak la kamu di hari raya ni...
Quote alinone78 19-6-2018 09:13 AM
Tu dia aihhh. Sekali dijawab. Maka mereput la korang yang mengutuk semalam
Quote alinone78 19-6-2018 09:14 AM
Mak pak yang ada akal pun takkan nya nak bagi anak beratur lagi sekali untuk ambil duit raya berkali kali

Kemaruk namanya tu
Quote Pixie902 19-6-2018 09:28 AM
Still why do I feel that cop tangan tu adalah untuk kenalpasti kanak2 yang dah dapat duit raya?
Ya lah kan...with that huge crowd dengan macam2 pe'el tak mustahil ada yang berfikiran nak ambil dua tiga kali...
But I have no problem with cop tangan tu...that's the quick and most effective way to make sure that  each kid just get one pack of duit raya ...
Quote Burong_Hantuk 19-6-2018 09:35 AM
baru lah jelas sekarang!!!!
Quote Atata 19-6-2018 09:59 AM
damage control statment ni.. adakah utk hiburan kena cop. pasal shape bulan bintang bagai. sah2 cop tu utk menanda yg dah dpt duit. Maybe idea nak menanda budak ni idea org2 kanan dia lah kot, tp nama Mukhriz yg buruk.
Quote biskutsusu 19-6-2018 10:31 AM
i rasa takpe je cop tangan
memang ada jenis yang nakal nak ambil berkali kali
dan ada yang jenis makpak memang suruh ambil banyak kali
nak sediakan duit raya untuk 6000 orang
bukan sikit sikit tu

i rasa memang menteri  menteri ni bagi rm5 kot kat budak budak
raya pertama haritu, anak anak i g semayang raya di masjid bukit indah
jumpa YB Zuraida, pun dia bagi rm5 juga
Quote sharlenetexas 19-6-2018 10:37 AM
Open house rumah tokjib dpt berapa ringgit?
Quote scorpionkiki 19-6-2018 10:39 AM
Atata replied at 19-6-2018 09:59 AM
damage control statment ni.. adakah utk hiburan kena cop. pasal shape bulan bintang bagai. sah2 cop  ...

Kan dia kata blh dicuci dgn air...kalau nak beratur ambik lagi blh lah cuci..
Quote samasam90 19-6-2018 10:46 AM
ok pe cop tangan tu.. sorang dapat satu.. daripada korang dok kalut eh budak ne byk kali dapat lantas penampakan muka tak ikhlas acahne pulak.. chuolls pun bukannya nak bagi byk kali kat budak yg sama kecuali sedikit pedo nak gomol budak yg comel tertarik kau memang de boom..
Quote asamfish 19-6-2018 10:51 AM
Dah agak dah.  Agaknya ramai yang tak pernah gi tadika or anak2 tak masuk tadika kot.  Selalu kan bila anak2 balik tadika tangan bercop(stamp) gambar2 kartun.  Sebab anak2 tu dapat jawab soalan, or best behaviour in class, or dapat baca ejaan...etc.....kadang2 ade sticker lekat kat muka, pipi, lengan.  Even kat rumah, ramai je mak2 cop or bagi sticker kat anak2 bila anak2 dpt selesaikan sesuatu task, mcm basuh  pinggan, susun baju etc....Anak2 mmg akan excited. (kalau tadika kemas tak buat mcm ni, disarankan buat).
Quote asamfish 19-6-2018 10:55 AM
scorpionkiki replied at 19-6-2018 10:39 AM
Kan dia kata blh dicuci dgn air...kalau nak beratur ambik lagi blh lah cuci..

Dorang ni rasenye tak pernah jadi kanak2 or tak pernah hantar kanak2 ke tadika or tadika sekarang ni cuma ajar utk exam.....exam.....exam....tak ada play school, bagi stickers or stamp or cop sebagai tanda keseronokan..... (utk anak2 kecik, it is an achievement tau bila dapat cop kat tangan...siap bole admire sampai malam taknak basuh....)

Quote kelana36 19-6-2018 11:02 AM
salah satu cara untuk mengajar anak anak supaya tak kemaruk, tak mengambil hak orang lain. tak nafi ada jugak ibu bapa yang suruh anak pergi mintak duit raya beberapa kali.
Quote aderaderker 19-6-2018 11:13 AM
Caling2 yg konon tak main la bagi duit raya RM 2 kat benang sebelah.
6000 budak noks.
Ikut sedap jari jah mengomen kan..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.086569 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top