CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Altantuya Shaariibuu Bakal Jumpa Peguam Negara

19-6-2018 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2323| Komen: 12

Description: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara berhubung kes pembunuhan anaknya itu.
Bapa kepada Altantuya Shaariibuu akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara berhubung kes pembunuhan anaknya itu.

The Star melaporkan, peguam keluarga tersebut, Ramkarpal Singh berkata, Dr Setev Shaariibuu akan bertemu dengan Tommy Thomas pada pukul 3 petang pada Selasa.


"Shaariibuu mahu membincangkan kemungkinan Kerajaan membuka semula kes (mengenai pembunuhan Altantuya),"

"Pemerintahan baharu ketika ini dan terdapat kemungkinan mereka mempertimbangkan untuk membuka semula kes tersebut."

Setev Shaariibuu, Foto: The Star
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan yang polis tidak menemui sebarang bukti untuk membuka semula siasatan.


Pada Mei lalu,  Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga juga berharap Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat kembali kes pembunuhan Shariibuu Altantuya yang berlaku pada Oktober 2006.

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan bekas Unit Tindak Khas (UTK) Sirul Azhar Umar sebagai tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri (tertuduh pertama) selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Walau bagaimanapun 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan  selepas membenarkan rayuan pendakwa raya dalam kes itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan. -CARI
14

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 19-6-2018 09:26 AM
Edited by jazaa100 at 19-6-2018 09:28 AM

Laaa ....

tak settle lg ke dia ni?..Dulu tak salah aku dia dah puashati dah dgn keputusan tu semua....ni tetiba muncul balik.....



Quote ANTUGIGI 19-6-2018 09:36 AM
sikap tamak semua dlm kes ini. cash is king. hamek la ko
Quote Burong_Hantuk 19-6-2018 09:37 AM
anak kau pun sama murah.berani bermain sama api.
Quote jazaa100 19-6-2018 09:46 AM
ANTUGIGI replied at 19-6-2018 09:36 AM
sikap tamak semua dlm kes ini. cash is king. hamek la ko

Dulu dia dah puashati kannn......

Ni nk dpt lg ke???...
Quote ANTUGIGI 19-6-2018 10:13 AM
jazaa100 replied at 19-6-2018 09:46 AM
Dulu dia dah puashati kannn......

Ni nk dpt lg ke???...

kann.. kerajaan baru. tkut x mendapat kan. cpt2 amik tindakan. tamak. dlu anak tamak. ni bapak lak tamak. klu betul2 nak justice. xyah deal.. trus amik action. peringatan gak la utk laki2 kat lua tu. sebarangan la pangai. jd camni habis uma tangga punah ranah.
Quote hady_vit 19-6-2018 10:20 AM
jazaa100 replied at 19-6-2018 09:26 AM
Laaa ....

tak settle lg ke dia ni?..Dulu tak salah aku dia dah puashati dah dgn keputusan tu semu ...

Bila masa pulak dia pernah keluar statement or new kata puas hati, cuba jelaskan kt sini
Quote annehuda 19-6-2018 10:26 AM
kenapa nak cakap si bapak ni tamak? beliau cuma mintak kes dibuka semula je, bukannye nk suruh kerajaan malaysia bayar ganti rugi je pun
Quote samasam90 19-6-2018 11:19 AM
ekstradisi tu betul ke? bukan ke ada keluar statement tak betul?
Quote jazaa100 19-6-2018 05:36 PM
hady_vit replied at 19-6-2018 10:20 AM
Bila masa pulak dia pernah keluar statement or new kata puas hati, cuba jelaskan kt sini

Ada.....

aku ingat lagi....selepas dia dah dapat habuan, kes pun jadi sepoi sepoi bahasa...


Quote jazaa100 19-6-2018 05:38 PM
annehuda replied at 19-6-2018 10:26 AM
kenapa nak cakap si bapak ni tamak? beliau cuma mintak kes dibuka semula je, bukannye nk suruh keraj ...

nak mintak gantirugi lagi le tu huda oiii....

Quote noor2 19-6-2018 06:40 PM
[youtube]JjEhlEmQMbc[/youtube]



Just copy paste. ...harap betul sumber...maaf kalau salah. ..
Quote noor2 19-6-2018 06:42 PM
Apa pun moga keadilan ditegakkan. ...yang bersalah patut dihukum. ..tak kira siapa. ..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050894 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top