Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sungai Tua, Amirudin Shari dikatakan bakal mengangkat sumpah Menteri Besar dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Itulah khabar angin yang bertiup kencang di Selangor, selepas beliau dilihat keluar dari Istana Alam Shah yang dipercayai menghadiri majlis raptai penuh upacara angkat sumpah jawatan menteri besar kira-kira jam 6.30 petang semalam. Astro Awani melaporkan, semalam Amiruddin ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai desas-desus beliau akan dilantik sebagai menteri besar dan sebaliknya meminta semua pihak menunggu majlis angkat sumpah jawatan yang akan diadakan hari ini.
"Saya akan sahkan (calon menteri besar) esok,"katanya. Terdahulu, bekas Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau menyerahkan satu nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan mengambil-alih jawatannya, selepas beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain Amiruddin, seorang lagi calon yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar adalah Adun Ijok, Dr Idris Ahmad. Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor bakal diadakan di Istana Alam Shah, Klang, jam 10 pagi ini.- CARI
|
23
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT