Setelah Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional, pengasas Kumpulan Ali Baba, Jack Ma dilaporkan buat pertama kali mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Memetik laporan Bernama, Jack Ma tiba di Pejabat Perdana Menteri yang terletak di Putrajaya pagi tadi dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Tun Mahathir. Namun, buat masa ini is kandungan perbincangan mereka berdua masih tidak diketahui. Dilaporkan, kehadiran Jack Ma ke Malaysia adalah untuk menjadi tetamu khas bagi majlis pembukaan pejabat Kumpulan Ali Baba yang bertempat di Kuala Lumpur. Menurut notis jemputan media yang dikeluarkan oleh pejabat Kumpulan Ali Baba, pejabat Kumpulan Ali Baba mengadakan majlis pembukaan pejabatnya di Menara UOA pada jam 12.15pm hari ini. Difahamkan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng akan dijemput sebagai tetamu khas bagi majlis pembukaan tersebut. Sebelum ini, Pakatan Harapan menyatakan akan menilai semua semua mega projek yang dilaksanakan kerajaan dahulu. Biarpun projek Digital Free Trade Zone (DFTZ) itu tidak pun disenaraikan, namun disebabkan ianya merupakan projek yang dijalankan oleh kerajaan BN dan samada ianya dikekalkan mahupun dibubarkan, amat menarik perhatian semua pihak. - CARI |
ADVERTISEMENT