Kejuaraan Piala Dunia 2018 bakal membuka tirai pada malam ini dan pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan perlawanan bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini. Pesta bola sepak terbesar global ini mempersembahkan 32 pasukan, termasuk juara bertahan Jerman, bersaing dalam 64 perlawanan selama 32 hari. Memetik laporan laman rasmi FIFA, edisi ke-21 Piala Dunia ini berlangsung di 12 stadium di 11 bandar raya Eropah dan Rusia berada dalam jangkauan sekitar 3,000 km. Sementara, penonton dunia yang menyaksikan perlawanan melalui rangkaian televisyen global dianggarkan mencapai lebih 3 bilion orang. Pasukan Piala Dunia dibahagikan kepada lapan kumpulan, masing-masing mengandungi empat pasukan, dengan dua pemain teratas hingga 16 yang terakhir.
Perlawanan pertama yang berlangsung malam ini menyaksikan pertembungan antara tuan rumah Rusia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki Moscow, Rusia sejurus selepas majlis perasmian. Difahamkan Robbie Williams turut diumumkan sebagai artis yang akan membuat persembahan pada upacara pembukaan. Bekas anggota Take That itu akan tampil membuat persembahan di Stadium Luzhniki di Moscow dengan mempersembahkan lagu berjudul 'Party Like A Russian'. Robbie tidak keseorangan pada acara pembukaan itu nanti. Dia akan berduet dengan salah satu penyanyi Soprano ternama Russia, Aida Garifullina. - CARI
|
2
Bagus |
5
Marah |
11
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT