Bagi mereka yang gemar makan daging rusa diminta berwaspada dengan tawaran daging rusa yang dijual pada harga RM35 sekilogram terutama menjelang sambutan Aidilfitri. Memetik laporan Berita Harian, baru-baru ini terdapat sindiket menjual daging rusa tiruan didakwa semakin berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan kepada para penternak rusa. Menrurut pengerusi Persatuan Penternak Rusa Zon Utara, Nor Azhar Mohd Nor, mustahil daging rusa tempatan mahupun diimport boleh dijual pada harga sedemikian dan didapati semakin banyak diiklankan melalui media sosial.
"Bayangkan seekor rusa yang diternak bernilai lebih RM2,000 seekor dan berat daging dan tulang yang boleh dijual sekitar 30 kilogram dan harga pasaran sekarang adalah sekitar RM70 sekilogram untuk daging bertulang." "Jika dijual pada harga RM35 didarab 30, nilainya cuma sekitar RM1,050 saja untuk seekor dan di mana untungnya?" Katanya, peniaga terbabit mendakwa mendapat bekalan yang banyak dari sebuah ladang sedangkan kita tahu belum ada pengusaha di Malaysia yang menternak dengan skala besar dan di seluruh negara cuma dianggarkan ada 15,000 ekor sahaja termasuk yang diternak oleh Jabatan Veterinar. "Kita mengesyaki daging berkenaan adalah daging kerbau dan berharap pengguna tidak terpedaya. Kita juga percaya peniaga ini turut terpedaya dengan pembekal yang menipu mereka," kata pengusaha Semeliang Agro Farm itu.- CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT