Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri esok, seorang bayi berusia 3 bulan dilaporkan patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Memetik laporan Berita Harian, bapa kepada bayi itu kesal pengasuh menafikan dengan berkata kemungkinan anak saya ada terjatuh malah memberitahu saya bahawa tiada apa-apa berlaku sepanjang anak saya berada dalam jagaannya. "Saya perasan kaki anak saya patah ketika mengambilnya dan bertanya kepada pengasuh bagaimana ia berlaku." Tegas Muhamad Muhsin Zaidi, peguam jenayah dan peguam sivil akan dilantiknya untuk bawa pengasuh itu ke mahkamah.
"Sementara menunggu pihak hospital berusaha mengenal pasti punca kecederaan yang dialami anaknya, satu laporan polis telah dibuat di balai polis." "Namun siasatan terpaksa ditangguhkan berikutan pengasuh anaknya sudah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri." Apa yang terjadi pada anaknya perlu dihebahkan agar ibu bapa serta pengasuh lebih peka terhadap keselamatan anak-anak selain faham risiko setiap kali menghantar anak ke pengasuh, tambah Muhamad Muhsin. Difahamkan, bayi itu yang baru dua minggu dihantar untuk dijaga pengasuh terbabit kini mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mengesahkan menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam 1 pagi semalam.- CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 14-6-2018 11:40 AM
Patah dia tu ngeri tgk, dah mcm tulang drumstick KFC rupanya. Mcm kena pulas katanya. Kesian raya ka ...
aechae replied at 14-6-2018 11:48 AM
Ada harapan pengasuh blk beraya then x bLk smpi ke sudah ke KL kot...pndah lari trus
aechae replied at 14-6-2018 11:48 AM
Ada harapan pengasuh blk beraya then x bLk smpi ke sudah ke KL kot...pndah lari trus
stania83 replied at 14-6-2018 01:49 PM
Dua Dua ke Patah how on earth
ADVERTISEMENT