Menjelang hari raya, pasti terdengar berdentum-dentam bunyi mercun sama ada di kampung mahu pun di bandar. Seperti tidak lengkap perayaan disambut tanpa iringan bunyi mercun atau permainan bunga api oleh kanak-kanak. Namun, apabila membaca berita di dada akhbar mengenai kecederaan yang dialami oleh mereka yang bermain mercun, pasti terbit penyesalan kerana bermain mercun ini. Sebenarnya, permainan bunga api dan mercun boleh dikatakan selamat jika tiada pengubahsuaian yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Maklumlah, sejak dari dulu lagi bunga api dan mercun sudah wujud dan boleh dikatakan dimainkan dengan selamat oleh majoriti kanak-kanak. Jom, kita kenali senarai mercun dan bunga api yang popular sejak zaman berzaman seperti disenaraikan oleh portal TooDia dot My.
Bunga api dan mercun popular di Malaysia. 1) Pop-pop - paling selamat. Rupa seperti bawang putih kecil, berbunyi bila dilantun ke bawah. 2) Bunga api kertas - tahap bahaya 1/4, keluarkan percikan api bila hujungnya dibakar. 3) Bunga api warna-warni - tahap bahaya 1/4, sama seperti bunga api kertas tetapi lebih lama dan percikannya warna-warni. 4) Bunga api dawai/kucing - tahap bahaya 1/4, menggunakan dawai dan percikan api lebih cantik. 5) Thunder clap - mercun yang melantun ke udara seperti roket dan diakhiri dengan letupan, tahap bahaya 1/4. 6) Mercun roket - sama seperti Thunder clap tetapi saiz dan bunyinya lebih kuat. 7) Mercun gasing - dimainkan atas lantai, setelah sumbu dibakar, mercun mula berputar seperti gasing dan keluarkan percikan api. Tahap bahaya 2/4. 8) Mercun naga - perlu dilambung ke udara selepas sumbunya dibakar. Tahap bahaya 2/4. 9) Mercun mancis - perlu digesek seperti kotak dan dibaling ke lantai. Ia akan meletup dalam beberapa saat. Tahap bahaya 2/4. 10) Mercun papan - popular ketika Tahun Baru Cina. Sumbu dibakar dan ia akan meletup berkali-kali. Tahap bahaya 3/4. 11) Mercun bola - seperti bom bulat dan keluarkan bunyi sangat kuat. Tahap bahaya 4/4. Ekstra - Mercun KLCC/Bateri - biasa di lihat di malam tahun baru. Banyak bunga api yang dijual sama ada di pasar mahu pun secara 'online'. Terpulang kepada kita untuk memperuntukkan bajet terhadap mercun dan bunga api ini. Ada netizen yang turut bertanyakan keperluan membeli permainan ini di media sosial dan dijawab secara sarkastik oleh mereka yang turut berada dalam group tersebut. Teringat pula kenangan bermain mercun dan bunga api ketika kecil-kecil dahulu yang tahap bahayanya adalah 1/4. Yang penting tiada pengubahsuaian dan menikmati percikan bunga api sebagai salah satu keseronokan beraya. Jadi, awasi anak anda ketika bermain permainan ini ya. - CARI |
15
Bagus |
13
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninnakarinna replied at 13-6-2018 05:43 PM
Kecik2 memang wajib beli..abg tukang jual plak tu..hahaha..memang stok x putus la.. bila ada anak ni ...
oni313 replied at 13-6-2018 08:55 PM
ya tuhan....
by the way, besar nanti, Insyallah, mesti bijak anak sis tu nanti
ninnakarinna replied at 13-6-2018 05:43 PM
Kecik2 memang wajib beli..abg tukang jual plak tu..hahaha..memang stok x putus la.. bila ada anak ni ...
AznieBunnie replied at 20-6-2018 10:27 AM
menyembur kuih sarang semut saya baca reply anak u!
hahaha... saya suka! saya suka!
LipasComel replied at 20-6-2018 10:29 AM
dah ada kanak2 meninggal sebab main mercun.
ninnakarinna replied at 20-6-2018 11:05 AM
Baru 6 tahun tu..kalau dah 16 tahun japgi apa tah jawapan dia..nenek dia pun ckp mulut dia mcm org ...
ADVERTISEMENT