Berikutan negara kita berdepan hutang yang menggunung tinggi, menteri kabinet dan beberapa negeri dilaporkan membuat pengumuman memotong gaji 10% sebagai usaha untuk membantu ekonomi negara.
Terkini Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V turut mengambil keputusan memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya. Memetik laporan Kosmo, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz semalam berkata “Baginda juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab Baginda dengan berkenan agar peruntukan gaji dan emolumen Baginda dikurangkan sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahan Baginda sehingga tahun 2021." “Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Negara yang telah diwujudkan oleh Kerajaan baru-baru ini."
Selain itu, Datuk Wan Ahmad juga mengumumkan, Baginda juga telah bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini. Ini kerana Baginda berharap anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.- CARI
|
11
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 11-6-2018 08:57 PM
Harap binatang exotic peliharaan beliau tidak mati kelaparan
OrenTheReturn replied at 11-6-2018 10:25 PM
Selain dr bela binatang exotic n perempuan/s haruslah pd masa yg sama belau kena berlakon syumul d ...
ADVERTISEMENT