Kecoh media sosial apabila Dato Rosyam Nor memberi respon memeranjatkan kepada segelintir netizen yang mengajak orang ramai memboikot pasar raya miliknya. "Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja,
orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan
akhlak melakukan perkara begitu,” kata Rosyam Nor kepada pemberita. Umum mengetahui pasar raya yang beroperasi 24 jam itu baru dibuka di Setiawangsa dan memberikan pelbagai respon positif. Namun, ada juga reaksi negatif seperti harga yang lebih mahal berbanding pasar raya yang lebih gah. Bagaimanapun, ia sudah dipatahkan oleh netizen yang menjelaskan kos beroperasi dan memandangkan ia masih baru, maka ia dianggap masih okey. Tetapi, apabila penjelasan Rosyam yang dianggap kurang 'cerdik' itu membuatkan ramai yang panas hati. Antara artis yang turut menegur di laman Instagram ialah pengacara Farouk Hussain.
Ramai yang menyokong pandangan Farouk dengan memberi pelbagai hujah. Namun ada juga yang tidak bersetuju dan menganggap kenyataan tersebut hanya sekadar ingin menjatuhkan bisnes sesama Melayu. Namun, Farouk menjelaskan kembali yang dia hanya menegur dari segi adab dan bahasa, namun ramai netizen terus menyerangnya dengan hujah politik. Walau apapun, diharapkan isu ini kembali jernih dan semuanya berbaik-baik untuk menjaga keharmonian Malaysia. - CARI |
virgo19 replied at 11-6-2018 12:20 PM
bagi aku memang kurang akhlak la yg beriya nak boikot tu. pasaraya 24jam memang la mahal sikit, sama ...
ra5101 replied at 11-6-2018 02:51 PM
Kalau rasa tak nak pi pasaraya Rosyam, depan sikit tu ada Giant pi jer lah Giant. Pandu depan sikit ...
ADVERTISEMENT