CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Kuah Spageti Dalam Popia? Memang Terbaik, Nah Resipi Popia Carbonara

7-6-2018 11:47 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 6956| Komen: 12|Original author: Oleh: Diba S.

Pernah makan spageti berkuahkan carbonara? Pernahkah juga anda bayangkan kuah yang sama dalam popia yang rangup? 

Foto: Facebook Resepi Orang Kita
Tak pernah rasa kan? Kalau nak cuba, intai-intailah resipi di bawah ni!

Bahan untuk inti:

Foto: Facebook Resepi Orang Kita

-isi ayam (dipotong kecil. Kalau nak guna ayam cincang pun boleh) 
-stik ketam (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang) 
-lada benggala(dipotong dadu kecil) 
-lobak merah
-lada hitam
-tepung gandum
-susu fullcream/ susu cair) 
- 3 keping keju  (nak lebih rasa keju boleh juga potong dan letak masa gulung. Lagi sedap) 
-stok ayam
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus) 
-minyak sedikit
-mentega
-garam dan perasa jika perlu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sedikit sebab takut mentega hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan merah
3. Bila bawang dah layu sikit masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah. 
5. Kemudian masukkan susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan. 
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum. 
7. Masak sekejap,letak lada hitam, garam dan perasa. 
8. Sebelum tutup api baru masukkan stik ketam.Tujuan masukkan lambat sebab tak nak ia hancur sebab lama masak.
9. Akhir sekali gulung macam biasa..
Foto: Facebook Resepi Orang Kita
Tips masa goreng: 

Api jangan kecil sangat sebab kalau lama ia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.

Selamat mencuba! -CARI
10

Bagus

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 7-6-2018 12:08 PM
Dah buat popia karbonara ni guna sos prego
Mkn time buka puasa, sat je licin..
Quote Catpaw 7-6-2018 12:22 PM
time tengah hari pulak dia belanja berita makanan {:cryrun
Quote myakayina 7-6-2018 12:28 PM
adoyai..nyesal tengok pic..perut pun ber kriok kriok..
Quote amyza 7-6-2018 01:26 PM
Sedapnyee. Terasa lapar pulak.
Quote jue10 7-6-2018 02:36 PM
aduh sedap nye...
Quote MissVixen 7-6-2018 06:32 PM
Apa beza carbonara dan alfredo?
Kenapa ramai panggil carbonara, tapi kita tak bubuh telur pun dalam tu.
Quote munchkin 7-6-2018 10:33 PM
Hmmm. Carnonara sauce hmmm
Quote dewi_rina 8-6-2018 11:06 AM
Sedap nya .. dah cuba buat,tapi pakai sos carbonara,crab stick dgn cheddar cheese je.. bahan yg lain tak pakai pun... nnti try pakai bahan2 yg ditulis nie pulak
Quote RatuDunia94 8-6-2018 02:41 PM
X muak ke? Iols is cannot la makanan yg ada susu, cheese etc..
Quote precious_chicas 8-6-2018 06:43 PM
RatuDunia94 replied at 8-6-2018 02:41 PM
X muak ke? Iols is cannot la makanan yg ada susu, cheese etc..

ala...tu mcm sos putih, atau sos carbonara yg makan dgn pasta tu. Jangan la bubuh byk sgt cheese ikut selera je.
tapi menarik juga idea nya.
Quote duffyduck 8-6-2018 08:41 PM
menarik betul. tapi i berharap lose 1 clothes size. sapa2 yg dah cuba tu, sedap ka? kalau sedap, berbaloi la x lose any size pon hahahahhahaha
Quote samasam90 19-6-2018 01:06 PM
omg ne makanan kat u dulu.. bila tetibe feeling nak fancy, masak popia dgn sos prego.. perghhh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049492 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top