Pernah makan spageti berkuahkan carbonara? Pernahkah juga anda bayangkan kuah yang sama dalam popia yang rangup?
Foto: Facebook Resepi Orang Kita
Tak pernah rasa kan? Kalau nak cuba, intai-intailah resipi di bawah ni!
Bahan untuk inti:
Foto: Facebook Resepi Orang Kita
-isi ayam (dipotong kecil. Kalau nak guna ayam cincang pun boleh)
-stik ketam (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-lada benggala(dipotong dadu kecil)
-lobak merah
-lada hitam
-tepung gandum
-susu fullcream/ susu cair)
- 3 keping keju (nak lebih rasa keju boleh juga potong dan letak masa gulung. Lagi sedap)
-stok ayam
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus)
-minyak sedikit
-mentega
-garam dan perasa jika perlu
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sedikit sebab takut mentega hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan merah
3. Bila bawang dah layu sikit masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap,letak lada hitam, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru masukkan stik ketam.Tujuan masukkan lambat sebab tak nak ia hancur sebab lama masak.
9. Akhir sekali gulung macam biasa..
Foto: Facebook Resepi Orang Kita
Tips masa goreng:
Api jangan kecil sangat sebab kalau lama ia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.
Selamat mencuba! -CARI |