Siapa yang tidak kenal pereka jenama antarabangsa popular, Kate Spade yang meninggal dunia di kediamannya di New York pada Selasa. Berita mengejutkan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh seluruh dunia kerana kematiannya adalah disebabkan dia menggantung diri sendiri di dalam biliknya.
Pengesahan juga telah dilakukan pegawai polis di New York bahawa Kate Spade telah membunuh diri. Sebelum Kate menggantung diri, dia sempat meninggalkan sekeping nota. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang dapat memastikan isi kandungan nota tersebut dengan lebih terperinci kerana semuanya masih dalam siasatan.
Memetik METRO, ada sumber mengatakan, nota tersebut ditulis khas untuk anaknya, Frances Beatrix Spade, 13. "Bea, ibu sentiasa menyayangi kamu. Ini bukan salah kamu. Tanya ayah!" Ketika kejadian, suaminya berada di bilik lain. Keluarganya berasa amat hiba dengan pemergiannya dan memohon agar semua pihak menghormati keluarga mereka dengan memberikan mereka ruang privasi ketika saat yang sukar ini. Memang terkejut! Adakah dia mengalami masalah depresi? Harap pihak polis dapat mengetahui punca kematiannya. - CARI
|
7
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GigaMom: Brand omputeh cantik je pakai nama sendiriCer bayangkan kelek beg jenama fatimah rohani???
HYSB replied at 6-6-2018 05:41 PM
Dengr brand kate spade tu dia dah jual semua share dia so dia dah lame tak involves dalam Kate Spade ...
ADVERTISEMENT