CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Gembira Dikritik" - Tommy Thomas

7-6-2018 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5324| Komen: 31

Description: "Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula."
"Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula."

Tommy Thomas mengakui sedang cuba memperbaiki Bahasa Melayunya selepas dipertanggungjawabkan memegang jawatan Peguam Negara.



Memetik Astro AWANI, Tommy akui dia sebelum ini kurang menggunakan Bahasa Kebangsaan itu memandangkan tugas menuntut dia menggunakan Bahasa Inggeris.

"Saya perlu memperbaik semula keupayaan Bahasa Melayu. Cuma selama 42 tahun berkhidmat dalam khidmat guaman persendirian, kebanyakan anak guam dan dokumen yang perlu saya teliti bersifat komersial," katanya yang menegaskan akan mengutamakan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Selain itu, Tommy juga akan memansuhkan Akta Berita Antiberita Tidak Benar dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan yang sebelum ini diluluskan secara tergesa-gesa.

"Kita perlu secara bebas mengkaji semula pelaksanaan kontrak antarabangsa yang dibuat pentadbiran terdahulu yang didapati bercanggah dengan kepentingan Malaysia," ujarnya.


Foto: Malay Mail

Ekoran memulakan tugas di pejabatnya di Putrajaya semalam, Tommy menyuarakan kesediannya menerima kritikan sepanjang memegang tanggungjawab Peguam Negara.

"Kalau kamu menghargai kebebasan bersuara, jadi kamu kena amalkan. Kebebasan bersuara bermakna semua orang boleh kritik kita.

"Saya sangat gembira kerana ramai kritik saya dan ini membuktikan kita ada kebebasan bersuara. Saya rela dengar kritikan berbanding pujian atau perkara baik sahaja," katanya. - CARI
28

Bagus
27

Marah
34

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote satrianaga 7-6-2018 10:02 AM
Penyokong taksub je meroyan bila TT kena kritik tak boleh cakap melayu... tuan badan rilex ja....
Quote prettyuglybabe 7-6-2018 10:16 AM
bukan dokumen mahkamah semua bahasa melayu ke?
Quote puanserama 7-6-2018 10:19 AM
i ok jer.. TT.. selamat bertugas
Quote tanakkampung1x 7-6-2018 10:21 AM
Tuan Penguam Negara kena banyak-banyak bercakap BM mulai dari sekarang.

Nanti kena banding dengan PM Singapore malu
Quote besarkecik 7-6-2018 10:28 AM
Elok la, bukan setakat mempertajamkan penggunaan bahasa Inggeris yang dicadangkan oleh kerajaan, perlu juga memperbaiki penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia memandangkan ramai yang memegang jawatan besar kerajaan masih lemah dalam bahasa kebangsaan.
Quote Themilo 7-6-2018 10:36 AM
prettyuglybabe replied at 7-6-2018 02:16 AM
bukan dokumen mahkamah semua bahasa melayu ke?

honestly, iols tak pernah masuk court. deyoll bercakap bahasa apa semasa bersidang sisthur??
Quote vanillaninja 7-6-2018 10:42 AM
Themilo replied at 7-6-2018 02:36 AM
honestly, iols tak pernah masuk court. deyoll bercakap bahasa apa semasa bersidang sisthur??

Both languages theyols guna.
Quote lil_sparky 7-6-2018 10:42 AM
all the best mr. tommy
Quote prettyuglybabe 7-6-2018 10:49 AM
Themilo replied at 7-6-2018 10:36 AM
honestly, iols tak pernah masuk court. deyoll bercakap bahasa apa semasa bersidang sisthur??

yang i tau, masa kerja firm dulu, semua guna bahasa je..sebab dokumen kami guna bahasa..




Quote Dwdrum 7-6-2018 11:19 AM
Selamat menjalankan tugas Mr tommy thomas
Quote hzln 7-6-2018 11:26 AM
besarkecik replied at 7-6-2018 10:28 AM
Elok la, bukan setakat mempertajamkan penggunaan bahasa Inggeris yang dicadangkan oleh kerajaan, per ...

Gomen kena bayar depa utk gi skolah semula lah. Atau lebih jimat, peg tinggi gomen bodo inglis ni berskoloh dgn tommy thomas, tommy thomas tak reti cakap melayu berskoloh dgn peg tinggi gomen bodo inglis...win-win lol
Quote cmf_shalom 7-6-2018 11:27 AM
Edited by cmf_shalom at 7-6-2018 11:41 AM

Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x silap aku, kita akan diminta pakai versi BI punya.

Undang-undang kita banyak asalnya dirangka dalam BI, kemudian diterjemah dalam BM. Kekadang berlaku salah terjemahan yang boleh membawa maksud keluar dari konteks asal. Perlembagaan pun sama.

if korang masih ingat isu kes mahkamah berhubung pemakaian "parent" apabila diterjemahkan dalam versi BM menjadi ibu atau bapa...sedangkan parent kt fahaman dokumen bahasa asal membawa makna both..Dari sudut tatabahasa, terjemahan versi BM mungkin menepati tatabahasa melayu, tapi ia lari dari maksud asal(sila betulkan if aku silap dalam isu ini)
Quote kecimpret 7-6-2018 11:38 AM
satrianaga replied at 7-6-2018 10:02 AM
Penyokong taksub je meroyan bila TT kena kritik tak boleh cakap melayu... tuan badan rilex ja.... {: ...

tak nak kritik dia tak tau syariah ke??


Quote imissmyseoul 7-6-2018 01:47 PM
cmf_shalom replied at 7-6-2018 11:27 AM
Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x s ...

Jika berlaku percanggahan utk undang2 yg digubal selepas tahun 1967, teks sahih BM bukan BI.. perlu rujuk undang2 dlm Bahasa Melayu
Quote pyropura 7-6-2018 03:18 PM
cmf_shalom replied at 7-6-2018 11:27 AM
Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x s ...

kan ... dah undang2 kita pakai common Law totok, so spiritnya & filosofi nya  dah tentu lah English, tak dapat nak elak bahasa English tuh ... lobai2 kon mana tau semua tuh
Quote kucen_miang 7-6-2018 03:28 PM
Edited by kucen_miang at 7-6-2018 03:32 PM
cmf_shalom replied at 7-6-2018 11:27 AM
Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x silap aku, kita akan diminta pakai versi BI punya.
...

Undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum 1
September 1967
7. (1) Jika mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat
sebelum satu hari bulan September 1967 telah diterjemahkan ke
dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh
menetapkan terjemahan undang-undang itu sebagai sahih.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 6 boleh dipakai bagi
pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat
sebelum satu hari bulan September 1967, sehingga undang undang
bertulis itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa
kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih.

Quote arman98 7-6-2018 03:34 PM
cmf_shalom replied at 7-6-2018 11:27 AM
Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x s ...

pray for judgment = sembahyang untuk penghakiman
Quote pyropura 7-6-2018 03:41 PM
baru nampak kelass AG kita, language nya, body language nya, barulah boleh fight mano-a-mano dgn John Ashcroft ...
Quote Maideen. 7-6-2018 04:23 PM
Edited by Maideen. at 7-6-2018 04:39 PM
cmf_shalom replied at 7-6-2018 11:27 AM
Ada BM, ada BI...AG sebelum ni pun sama...tapi if berlaku pencanggahan dalam versi BM dengan BI, x s ...

Tepat sekali kata Shalom itu. Ini sebenernya adalah berdasarkan Undang undang Interpretation Acts 1948 and 1967 dimana seksyen 117 memperuntukan : Jika berlaku konflik atau diskrepensi diantara teks Inggeris undang undang bertulis dengan mana mana terjemahan darinya maka teks Inggeris adalah terpakai.

117. In case of any conflict or discrepancy between the English text of a written law and any translation thereof, the English textshall prevail.

Apa apa pon penakuan Tommy Thomas bahawa Bahasa Melayunya memerlukan penambah baikan hanya mencerminkan kebesaran orangnya (yakni how big a man he is). Dia boleh sahaja kata yang dia tak hingin pon perlantikan itu berdasarkan pendapatannya yang lebih banyak bila menjalankan amalan guamannya.

Penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah telah menjadi wajib pada tahun 1990. Tapi di Mahkamah Superior (yakni Superior Courts i.e. Mahkamah Tenggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan), sehingga ke hari ini, lebih senang dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Dan umum mengetahui Tommy Thomas tidak hadir dihadapan majistret (yakni mahkamah rendah). Itulah sebabnya Bahasa Melayunya ada sedikit below par ( yakni tidak pon mencapai par).  

Apa apa pon ini ada sketsa tentang dua orang peguam yang mendapati sukar untuk mengendalikan kes mereka dalam bahasa Melayu pada tahun 90an.

[youtube]_BWQbKZ63Ss[/youtube]


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.126448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top