Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Bila tiba bulan Ramadan, bazar yang menjual makanan tumbuh bagaikan cendawan merata tempat. Masa inilah ramai orang mula mencari pendapatan sampingan dengan membuat peniagaan menjual makanan di Bazar Ramadan.
Kadang-kadang yang tidak pernah berniaga pun masa ini mula belajar cara hendak cari duit. Betullah hadis ada menyatakan bulan Ramadan ialah bulan menambah rezeki dan pahala. Bagus kerana 90 peratus rezeki datang daripada peniagaan. Tapi yang jadi masalahnya bila ada peniaga yang ambil kesempatan kepada peluang ini. Meniaga tiada keikhlasan dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sahaja. Mana tidaknya kalau tengok kebanyakan peniaga bila bulan Ramadan ini semua bahan mereka kurangkan. Nanti kita akan tengok ramai orang akan mula update tentang kuih Karipap dengan inti angin sahaja. Nampak besar tapi tiada isi dan harga boleh tahan mahal. Alasan harga barang naik dan juga kadang-kadang katanya susah hendak dapatkan stok bahan mentah. Ada pula tu yang berniaga minuman pun ambil peluang dengan meniaga air yang tiada rasa.
Adakah ini semua akan memberi keberkatan kepada rezeki yang mereka peroleh di bulan mulia ini. Niat untuk menambah pahala tapi lain pula yang dapatnya. Orang kata hendak berniaga itu biar jujur tak rugi walau satu sen pun rezeki yang mereka dapat jika menjual dengan betul. Contoh kalau pembeli hendak beli lauk pauk tu setakat lebihkan sedikit tiada masalah janganlah terlalu berkira sangat. Kadang-kadang lauk yang dijual itu banyak lebih tidak habis dan bila dah lebih tu nak sedekah tidak digalakkan maka apa akan jadi, buang sahaja. Semua ini berbalik kepada hati dan niat kita berniaga di bulan mulia ini. Tidak salah nak cari pendapatan tambahan sebab nak berbelanja di hari raya. Biar setiap rezeki yang kita dapat itu menjadi darah daging yang baik kepada kita dan sekeluarga. Baru mula datang keberkatan dan rahmah di situ. Saya sebenarnya tidak mengatakan kepada semua peniaga di bazar Ramadan macam seperti mana yang diceritakan awal tadi. Ada juga ramai peniaga yang jujur dan ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarga dan sanggup berkorban sedikit demi mendapat keberkatan. Kepada peniaga yang baik dan jujur ini saya harap anda akan teruskan usaha murni ini dan menjadi contoh kepada peniaga baru nak mula. Suka tengok bila ramai anak muda dan juga golongan belia terutamanya berniaga di bulan Ramadan. Memang kerajaan sekarang pun tengah menggalakkan usahawan muda yang tiada pekerjaan tetap atau tidak boleh bekerja di bawah arahan memulakan peniagaan. Sehingga kerajaan yang sedia ada banyak buka peluang pinjaman mikro kepada usahawan yang baru hendak mula berniaga secara kecil-kecilan. Berniaga di bazar Ramadan adalah langkah terbaik dan rebut peluang ini agar lebih ramai usahawan muda di negara kita. Bermula dari kecil-kecilan mana tahu lepas habis tu akan terus dengan berniaga secara besar-besaran. Jangan mudah putus asa dan jangan mudah mengalah kerana dalam dunia peniagaan ini memang banyak dugaan dan cabaran. Jatuh bangun tu biasa kadang-kadang rugi sedikit itu adalah kena pandailah guna cara lain pula. So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu korang boleh luahkan pendapat kat situ nanti Maha cuba sharekan ok. Ini hanya perkongsian untuk kebaikan dan keberkatan semua apa salahnya betul tidak. Selamat menjamu selera semua.
|
31
Bagus |
25
Marah |
25
Terkejut |
32
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
potpetpotpet replied at 30-5-2018 07:00 PM
Aku beli popia basah, time tunggu akak tu bungkus, aku da bau semacam. Aku ingat bau area situ mema ...
ADVERTISEMENT