CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12686|Reply: 48

Peniaga Bazar Ramadan Perlu Kejujuran Atau Kekayaan?

[Copy link]
Post time 30-5-2018 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Bila tiba bulan Ramadan, bazar  yang menjual makanan tumbuh bagaikan cendawan merata tempat.  Masa inilah ramai orang mula mencari pendapatan sampingan dengan membuat peniagaan menjual makanan di Bazar Ramadan.  


Kadang-kadang yang tidak pernah berniaga pun masa ini mula belajar cara hendak cari duit. Betullah hadis ada menyatakan bulan Ramadan ialah bulan menambah rezeki dan pahala. Bagus kerana 90 peratus rezeki datang daripada peniagaan.


Tapi yang jadi masalahnya bila ada peniaga yang ambil kesempatan kepada peluang ini. Meniaga tiada keikhlasan dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sahaja. Mana tidaknya kalau tengok kebanyakan peniaga bila bulan Ramadan ini semua bahan mereka kurangkan. Nanti kita akan tengok ramai orang akan mula update tentang kuih Karipap dengan inti angin sahaja.


Nampak besar tapi tiada isi dan harga boleh tahan mahal. Alasan harga barang naik dan juga kadang-kadang katanya susah hendak dapatkan stok bahan mentah. Ada pula tu yang berniaga minuman pun ambil peluang dengan meniaga air yang tiada rasa.


Adakah ini semua akan memberi keberkatan kepada rezeki yang mereka peroleh di bulan mulia ini. Niat untuk menambah pahala tapi lain pula yang dapatnya. Orang kata hendak berniaga itu biar jujur tak rugi walau  satu sen pun rezeki yang mereka dapat jika menjual dengan betul.






Contoh kalau pembeli hendak beli lauk pauk tu setakat lebihkan sedikit tiada masalah janganlah terlalu berkira sangat. Kadang-kadang lauk yang dijual itu banyak lebih tidak habis dan bila dah lebih tu nak sedekah tidak digalakkan maka apa akan jadi, buang sahaja.


Semua ini berbalik kepada hati dan niat kita berniaga di bulan mulia ini. Tidak salah nak cari pendapatan tambahan sebab nak berbelanja di hari raya. Biar setiap rezeki yang kita dapat itu menjadi darah daging yang baik kepada kita dan sekeluarga. Baru mula datang keberkatan dan rahmah di situ.


Saya sebenarnya tidak mengatakan kepada semua peniaga di bazar Ramadan macam seperti mana yang diceritakan awal tadi. Ada juga ramai peniaga yang jujur dan ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarga dan sanggup berkorban sedikit demi mendapat keberkatan. Kepada peniaga yang baik dan jujur ini saya harap anda akan teruskan usaha murni ini dan menjadi contoh kepada peniaga baru nak mula.


Suka tengok bila ramai anak muda dan juga golongan belia terutamanya berniaga di bulan Ramadan. Memang kerajaan sekarang pun tengah menggalakkan usahawan muda yang tiada pekerjaan tetap atau tidak boleh bekerja di bawah arahan memulakan peniagaan.


Foto Carian internet


Sehingga kerajaan yang sedia ada banyak buka peluang pinjaman mikro kepada usahawan yang baru hendak mula berniaga secara kecil-kecilan. Berniaga di bazar Ramadan adalah langkah terbaik dan rebut peluang ini agar lebih ramai usahawan muda di negara kita. Bermula dari kecil-kecilan mana tahu lepas habis tu akan terus dengan berniaga secara besar-besaran.


Jangan mudah putus asa dan jangan mudah mengalah kerana dalam dunia peniagaan ini memang banyak dugaan dan cabaran. Jatuh bangun tu biasa kadang-kadang rugi sedikit itu adalah kena pandailah guna cara lain pula.


So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu korang boleh luahkan pendapat kat situ nanti Maha cuba sharekan ok. Ini hanya perkongsian untuk kebaikan dan keberkatan semua apa salahnya betul tidak. Selamat menjamu selera semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
terkena masa first day puasa. Pasar ramadhan ampang jaya. Mihun kosong ada tauhu dadu kecik dgn sawi je RM4. Dia letak dlm bekas polisterin, mihun dalam dulang. Terkedu kejap tp salah sendiri tak tanya. So bayar je and tak pegi situ dah  {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 03:57 PM | Show all posts
bazar cheras perdana

- Vadey 2 ketul RM3
- Cucur udang 2 ketul rm3
- nasi putih ayam kunyit rm8

pertama dan terahir jejak bazar taun ni,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 04:01 PM | Show all posts
nasi kerabu dgn solok lada & ayam bakar (kalau bukan hari puasa & bukan bazar = RM5)

tp meols g bazar, terus harga tu mencanak naik jadi rm7.50

nota: saiz ayam tu mcm segenggam penumbuk lelaki dewasa dibahagi 3 yach!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wafel, inti calit tengah wafel je. Hanat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Karipap kentang, inti penuh. Tapi bila pecah dua, di celah-celah inti terselit seekor semut hitam sebesar kerengga.

Kalau beli karipap, jangan masuk mulut terus ya. Pecahkan atau potong dua dahulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2018 04:35 PM | Show all posts
Kalau nak untung lebih tapi rasa dan quality tah hapa2 sekali tu je ler yang nak beli.  Kalau betul2 sedap dap berkualiti pasti akan ramai yang ulang datang yang akhirnya akan membawa keuntungan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum jejak bazar lagi tahun ni. Tu pun sbb tahu kebanyakan makanan yg dijual x sedap. I x memilih makan, asalkan sedap je. Byr mahal pon rasa berbaloi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2018 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli popia basah,  time tunggu akak tu bungkus, aku da bau semacam. Aku ingat bau area situ memang macam tu.. Sekali time berbuka,  nahhh kauuu..  
Popia basiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazar kat kuantan..bli roti john setaraf roti telur je..
Tapi nasib baik bli beriani kambing, byk btul kambing budak tu bagi..baru la rasa berbaloi byr rm12..moga murah rezeki dia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Murtabak inti penuh bawang sampai kena kuis2 cari daging tu perkara biasa.. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 01:43 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 31-5-2018 02:16 AM

I balik kelantan. Ni harga di param stadium, kb.

1. Nasi kerabu, lengkap semua termasuk ikan, sedap - RM8
2. Nasi ayam, macam biasa je - RM5
3. Nasi minyak, portion macam nasi ayam, sedap - RM6
4. Nasi arab, ayam, sos dua, sedap tapi kosong nasi je banyak - RM10
5. Mee goreng, sikit je, tapi sedap - RM3
4. Sotong sumbat bakar, ada sos, 2 ketul - RM15
5. Ayam kicap seketul dada - RM6
6. Ayam masak merah seketul dada - RM6
7. Air kelapa satu plastik, manis je lebih - RM3
8. Air laici kang sebungkus, saiz besar - RM5
9. Air soya sebungkus, saiz biasa RM2.50
10. Air infused eg: strawberri + nata de coco, saiz besar - RM4

Kesimpulan:
Nasi bungkus rata-rata RM6-RM8
Air: RM4-RM5
Kuih: maybe RM3 minimum. tapi average RM5 jugak, ada sampai RM15 pun ada kuih.
Jangan beli lauk yang berkuah eg: sup daging, kari ayam, tu semua air lebih. Lain-lain semua sedap, tak kedekut rempah bahan portion semua, ayam pun semua berisi, harga jelah macam tabur duit juga kalau hari-hari, tapi semua tu tak kesah sebab in the end masa iftar semua ada rasa semua sedap, air jelah kalau nak ambil port pasal harga pun nak cecah rege chatime dah semua. RM10 per person masih possible, tapi nak selesa RM20 per person la, masih berbaki. Tak jauh beza dah dengan KL dari segi harga beza RM1.50 hingga RM2 je sebungkus, tapi sedap memang sangat ketara.

Harga nasi ayam di kelantan dah double berbanding masa I sekolah menengah dulu. Ni kalau I masih tak jadi usahawan berjaya bila tua nanti I bakal jadi cheap grumpy old man. Kalau tak mampu kumpul duit bilion2 pun kurang2 kena pegang kedai makan satu (setel makan), kedai pakaian satu (setel baju seluar) dan hotel bajet satu (setel homeless).

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg hanat ayam goreng rm1...tp ayam potong 50 ke pe..adela sbesar ibu jari je rm1 tu...ade lg,tepung pelita alahaiii kecik naw 4 petak rm3.50..kau rasee??jauhi bli lauk pauk kt bazar,dgr2 klau x habes ayam or ikan tu dicuci smula utk recycle lauk lain esokkannye...
Pastu kopok goreng keping2 tu 3 keping nipis2 patah2 rm1...moga melingkup x laku lepas tu peniaga bazar oiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorg pakcik juai ayaq tebu kat kybang kerian..
Beli yg boh dlm plastik..dia caj rm2, beli kat isteri dia rm1.

Pastu myk mesin tebu abih, dia tuang myk..pastu lap2 kat bju teruih pegang tebu mesin.
Separuh plastik rm2, bila tuang dlm.cwn..bau myk dan nmpk myk bertakung...
Sorry pakcik..takkan beli dah. Ais ketoi pun simpan dlm tong yg dah berkulat hitam..

Beli dr org yg biasa meniaga. Kat pasir tumboh kuih murah dan byk..puas hati beli n mkn. 3 ketoi seringgit..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi amlm beli ayam golek rm20.. besaq sedap kuah cicah sedap..ayam juicy..
Kedai area atas sikit dr pusat belia area demit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 08:10 AM | Show all posts
jejak bazar di sg.buloh minggu pertama je sbb anak nak kuih tepung pelita paya jaras..dah naik harga rm3.50 lima ketui dgn kuih lapis. lepas tu tak pi dah..skrg buka masak sendiri atau buka di masjid lagi meriah..mcm2 juadah ada dgn kateringnya lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2018 09:54 AM | Show all posts
mahalnya tempat korang...

Bazaar Sungai Bakap - Penang Mainland

Air saiz dalam plastik jenis panjang : sebungkus RM2, 3 bungkus RM5
Murtabak ayam/daging yang boleh tahan sedap : RM3
Nasi ayam / tomato yang sedap jugak sebab lapar kot : RM4
Kuih potong kecik saiz dalam 4x3cm : 5 keping RM2
Chicken wing percik yang saiz kecik : 3 RM5, tapi aritu akak tu bagi 4
Chicken wing percik saiz besar : 2 RM5
Mee goreng/kuew teow goreng basah bersama lada jeruk, amount dalam 2 senduk nasik : RM2
Takoyaki biasa : 5pcs RM5, add on cheese RM6
Ayam golek : seekor RM24 kalau tak silap, tak pernah try sebab banyak sangat

Rasanya tahun ni macam murah sikit berbanding tahun lepas, semoga murah rezeki peniaga2 sini..
Lauk pauk nasik campur pun sedap sebab masakan kampung dan yang masak tu geng veteran mostly..






Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 12:12 PM | Show all posts
aku alhamdullilah setakat ni masih sempat main masak2 kat rumah, massak simple2 je...
kdg laki aku teringin nk makan kuih, dia gi beli, aku? lps makan nasik biasanya takde nafsu dah nk makan kuih
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 12:27 PM | Show all posts
potpetpotpet replied at 30-5-2018 07:00 PM
Aku beli popia basah,  time tunggu akak tu bungkus, aku da bau semacam. Aku ingat bau area situ mema ...

peniaga tu pun hidung tersumbat ke apa takleh nk hidu.. ke buat2 tak tahu je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 02:29 PM | Show all posts
teringin nak makan ayam bakar..aku beli la seekor ayam bakar kat bazar RM19...beli sekor sebab nak buka ngn family.. sekali aku bukak mase nak berbuka..ya Allah..telur langau mcm tgh buat party kat ayam tu..sumpah aku nak muntah...tu la last aku beli mknn kat bazar...sekian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.342998 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list