Sebuah lagi kemalangan maut akibat 'airbag' kereta. Mangsa kematian merupakan seorang anak muda berbangsa Cina dan dilaporkan ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah habis menonton Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 5 pagi Ahad lalu.
Menurut laporan akhbar China Press, mangsa mati di tempat kejadian akibat lehernya ditembusi serpihan logam yang disyaki terkeluar dari 'airbag' di tempat duduknya. Mangsa berusia 23 tahun, tinggal di kawasan Cheras dan kemalangan itu berlaku di Taman Lien Seng, Cheras. Menurut bapa mangsa dalam satu sidang media, hasil bedah siasat mendapati punca kematian anaknya adalah disebabkan lehernya ditembusi oleh serpihan logam.
Susulan tidak dapat terima hakikat apa yang berlaku ke atas anaknya, justeru ibu bapa mangsa mengambil keputusan membuat kenyataan secara terbuka sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan mempertahankan hak pengambilan tindakan perundangan ke atas pengusaha kereta terbabit. Tambahnya, kereta yang dipandu oleh anaknya adalah berjenama Honda keluaran 2003 dan dibelinya pada tahun 2015. Menurutnya lagi, pakar bedah siasat mengesahkan tubuh badan anaknya tiada sebarang kecederaan dan memaklumkan punca kematian adalah serpihan logam yang dikatakan dari 'airbag' didapati menembusi lehernya. Kini siasatan kes tersebut sedang dijalankan oleh pihak polis berdasarkan akta pengangkutan jalan 1987 seksyen 41(1) dan jenazah mangsa telah pun dikebumikan kelmarin. - CARI
|
10
Bagus |
14
Marah |
28
Terkejut |
15
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:03 PM
Kereta apa?
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:03 PM
Kereta apa?
sayang_mulut replied at 30-5-2018 01:15 PM
honda city pesen ikan bilis ni...
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:20 PM
HAHAHAHAHAH tak perasan
supernaturalee replied at 30-5-2018 01:24 PM
bertabah lah ye
bnyk dh yg kena
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:26 PM
Padal aku skim through 2 kali kot, camnalah aku tak nampak.
supernaturalee replied at 30-5-2018 01:29 PM
2 kali baca xnmpk?
puasa sungguh nih
cairel_azlie replied at 30-5-2018 01:32 PM
Owner lama tak pegi tukar ke airbang Takata tu masa recall besar-besaran oleh Honda Malaysia??
ADVERTISEMENT