Ramai agak skeptikal untuk melakukan senaman di dalam bualan Ramadan. Sudah pasti ramai yang risau jika banyak melakukan aktiviti kecergasan ketika berpusa akan menyebabkan kita kehausan dan kelaparan. Tetapi, tahukah anda, bersenam atau melakukan aktiviti kercergasan di bulan Ramadan mempunyai manfaat yang tersendiri. Tetapi perlu ingat, anda harus melakukan aktiviti yang sesuai untuk anda yang sedang berpuasa. Manfaat bersenam di dalam bulan puasa 1. Menjadikan pencernaan badan bertambah baik Dengan bersukan, ia membantu pencernaan di dalam badan kita bertambah baik. Makanan yang kita ambil ketika kita bersahur boleh dicerna dan dimanfaatkan untuk aktiviti seharian. Bersukan juga mampu meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh kita dan ia menjadi lancar. Dan yang paling menarik proses detoksifikasi juga meningkat. Jadi, toksin di dalam badan kita dapat disingkirkan dengan mudah dan lebih baik. 2. Menurunkan berat badan Ketika anda berpuasa, berat badan anda boleh turun jika kita selangi dengan aktviti-aktiviti yang sesuai. Ramai antara kita yang berat badan meningkat kerana selepas sahur ramai tidur semula atapun selama seharian berpuasa anda tidak melakukan sebarang aktiviti ataupun tidur sahaja. OLeh itu, bila berpuasa ditambah pula dengan sedikit aktiviti kecergasan, sudah pasti kadar metabolisma badan anda akan meningkat dan mudah untuk anda mengurangkan berat badan. 3. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh Ramai yang mengeluh keletihan ketika berpuasa. Sebenarnya jika anda bersukan ketika berpuasa, stamina tubuh akan meningkat dan daya kekebalan tubuh juga meningkat kerana kebanyakan organ tubuh kita dirangsang sehingga metabolisma lancar. 4. Menghilangkan stres Mungkin juga dengan melakukan aktivi kecergasan boleh menghilangkan stress. Apa kata sambil-sambil menanti waktu berbuka tu boleh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal ataupun yoga. Senaman-senaman ringkas dan bersesuaian ketika berpuasa boleh anda cuba untuk menikmati detik puasa anda yang lebih bermakna tanpa stress. Panduan besenam di bualan puasa 'Ya.! Berpuasa selama sebulan bukan bermakna itu adalah tempoh berehat untuk bersenam. Anda masih boleh melakukan samaada waktu pagi ataupun malam. Menariknya berpuasa dan bersenam membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Cuma, lakukan aktiviti yang tidak memudaratkan sahaja. 1. Senaman waktu pagi Senaman pagi seeloknya membabitkan senaman yang tidak terlampau berat seperti ‘tai chi’, ‘yoga’ juga senaman aerobic sederhana. Elakkan dari membuat senaman berat. Hal ini penting agar tenaga anda dapat disimpan hingga ke waktu petang. 2. Masa yang pendek (30 minit sahaja) Dengan hanya tempoh 30 minit, anda boleh lakukan beberapa senaman ringkas berperingkat yang dimulakan dengan memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal atau berjoging dengan kadar yang tidak keterlaluan. 3. Target aktiviti untuk merangsang otot besar sahaja
Lakukan senaman untuk bahagian otot besar seperti dada, perut dan peha. Lakukan pengulangan latihan sebanyak 15 - 20 kali bagi setiap otot. Kekerapan bilangan dapat membantu anda mengurangkan kandungan lemak dalam badan serta membentuk otot seperti yang diidamkan. - CARI |
ninjago replied at 30-5-2018 03:06 PM
ramadhan kali nie mmg betul2 tak larat nak buat workout. cam xde energy langsung even dah amik kurma ...
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...
Lula2 replied at 30-5-2018 08:21 PM
Hebatnya kak oi..
i hari biasa jogging 5km pun sejam kak oi..
bulan ramadon mau i mengengsot kt ...
ninjago replied at 30-5-2018 03:06 PM
ramadhan kali nie mmg betul2 tak larat nak buat workout. cam xde energy langsung even dah amik kurma ...
ADVERTISEMENT