CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Alamak, Dah Azan Subuh! Berhenti Atau Terus Makan Sahur?

30-5-2018 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6905| Komen: 20|Original author: Oleh: Ain

Nampak macam biasa, tapi masih ramai berselisih pendapat mengenai makan sahur ketika azan Subuh berkumandang.

Ada pelbagai pendapat termasuk yang berkata, kita boleh menyudahkan apa yang dimakan selagi azan belum selesai. Nak tahu jawapannya? Teruskan pembacaan anda.



Foto: Dream.id

Menurut Majlis Ulama Isma (MUIS), waktu berpuasa adalah daripada terbitnya fajar sadiq hinggalah terbenamnya matahari dan ini disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib),"
surah al-Baqarah, ayat 187.


Sementara itu, hadis Nabi SAW yang diriwayatkan al-Bukhari juga menyebut:

“Makan dan minumlah hingga ummu maktum melaunkan azan, dan dia tidak akan melaunkan azan melainkan setelah terbitnya fajar."


Jadi, sebaik sahaja mendengar azan Subuh dilaungkan, maka hendaklah anda luahkan semula makanan yang sedang dikunyah. Jika tidak, maka terbatallah puasa anda.


Foto: Islamidia.com

Bagaimanapun, tiada masalah untuk meneruskan makan dan minum jika anda yakin muazin melaungkan azan 10 minit lebih awal daripada terbitnya fajar sadiq.

Namun, jika anda kurang yakin, rujuklah jadual waktu solat yang ditentukan ahli falak kerana ia lebih 'selamat'. Sekarang dah tahu, bukan?

Jadi, selepas ini berhenti makan sebelum waktu tersebut walaupun azan belum dilaungkan kerana dikhuatiri muazzin terlewat atas sebab tidak disengajakan. - CARI
3

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redskin 30-5-2018 01:48 PM
Edited by Redskin at 30-5-2018 01:49 PM

Suatu penjelasan dan info terbaik dari tt..
Waktu Imsak = Berjaga2 tetapi masih boleh makan/minum lagi seperti biasa.

Apabila terdengar Azan Subuh = luahkan apa yg didalam mulut.


Bagaimanapun, tiada masalah untuk meneruskan makan dan minum jika anda
yakin muazin melaungkan azan 10 minit lebih awal daripada terbitnya fajar sadiq.

Fajar Sadiq = Nautical Twilight (geometric center of the Sun's disk is at most 12 degrees below the horizon).


Fajar Sadiq adalah apabila cahaya putih tersebar melintang di ufuk Timur.

Biasanya kiraan ahli falak adalah tepat dan sekiranya diberi allowance,
masuk nya waktu subuh ( Fajar Sadiq) dicepatkan seminit dua supaya tidak terlajak.

Tetapi untuk waktu berbuka puasa @ Maghrib
Masa akan dilambatkan seminit dua supaya matahari benar2 telah terbenam.

Besar tanggung jawab ahli Falak dlm kiraan memberikan waktu2 solat
lebih2 lagi ketika org2 berpuasa dibulan Ramadhan.




Quote ally9970 30-5-2018 01:49 PM
ada satu pendapat bersandarkan kepada satu hadis (tak ingat hadis mana...) yg menyebut, Rasulullah bersabda bahawa habiskan makanan di dlm mulut walau ketika itu sedang azan subuh...wallahualam
Quote Body_language 30-5-2018 01:53 PM
ally9970 replied at 30-5-2018 01:49 PM
ada satu pendapat bersandarkan kepada satu hadis (tak ingat hadis mana...) yg menyebut, Rasulullah b ...

Yup. Yg aku belajar ni gak. Kalau tgh makan azan subuh, yg dlm mulut tu blh dihabiskan. X perlu luah balik. Tp x leh tmbh la
Quote rospinki 30-5-2018 01:56 PM
takleh pakai sgt azan kat surau..skrg subuh 5.46 dh azan..tengok kt luar gelap nau2. tapi magrib plak 7.28 baru azan..ke diorg makan dulu baru azan..sbab kl dh azan kt tv.
tapi aku by 5.30 clear dh.

pendapat aku..kalau azan bunyik tengah makan..tengok kt luar gelap lagi teruskan sahur dan hbiskan segera.




Quote ana_una 30-5-2018 01:58 PM
Sahur td terlewat bangun.. rs nk tercekik mkn roti sambil tgk jam..
Quote Redskin 30-5-2018 01:59 PM
Nak lebih selamat, ikut pendapat jumhur( majoriti) ulamak..

Tetapi tak salah kalau nak dihabiskan apa2 makanan
yg telah ada didalam mulut.

[youtube]hd9A25rd7z4[/youtube]


Wallahualam.
Quote ipin 30-5-2018 01:59 PM
ramai betul pakar hadis di CI ni ..  

anak murid  lobai maiden ka.. ?
Quote Redskin 30-5-2018 02:13 PM
rospinki replied at 30-5-2018 01:56 PM
takleh pakai sgt azan kat surau..skrg subuh 5.46 dh azan..tengok kt luar gelap nau2. tapi magrib pla ...

Yupp...takleh ikut sgt azan Maghrib di kampong2.
Biasanya Bedug akan di bunyikkan dahulu apabila masuk waktu Maghrib
(Dah boleh berbuka puasa ketika ini)

Kemudian mereka menjamah sedikit makanan dulu dan sebab itu
azan agak lewat sedikit..



Quote Konahhh 30-5-2018 05:41 PM
ana_una: Sahur td terlewat bangun.. rs nk tercekik mkn roti sambil tgk jam..


Hahahahaha tergelak konah baca comment hang ni, dek ana. Harap esok tak lewat nah.
Quote ana_una 30-5-2018 05:51 PM
Konahhh replied at 30-5-2018 05:41 PM
Hahahahaha tergelak konah baca comment hang ni, dek ana. Harap esok tak lewat nah.

Tu la harap camtu gak... thn ni asik terlewat dan terlepas je waktu sahur..haishh
Quote rospinki 31-5-2018 11:04 AM
Redskin replied at 30-5-2018 02:13 PM
Yupp...takleh ikut sgt azan Maghrib di kampong2.
Biasanya Bedug akan di bunyikkan dahulu apabila  ...

betul..masa kecik2 dulu ada budak lembam pegi ketuk bedok lagi sengah jam nk buka..siyot je org kpg bakat buka awal..pastu baru sedar bedok kedua oleh tok imam.

mcm semalam..azan surau kt umah 7.30..mesti dh buka siap2 baru azan. kita folo azan kt tv je senang.
Quote Redskin 31-5-2018 03:24 PM
Edited by Redskin at 31-5-2018 03:31 PM
rospinki replied at 31-5-2018 11:04 AM
betul..masa kecik2 dulu ada budak lembam pegi ketuk bedok lagi sengah jam nk buka..siyot je org kp ...
mcm semalam..azan surau kt umah 7.30..mestidh buka siap2 baru azan.
kita folo azan kt tv je senang.

Maaf sis, Red tegur sebab silap pemahaman sis tentang azan. (waktu berbuka puasa)

Azan mengikut kedudukan tempat sis, jgn sembarangan ikut azan Maghrib di TV3
kerana itu adalah bagikawasan W.P , KL dan kawasan2 yg sewaktu dgn nya.


Bumi kita = 360 deg
Satu putaran Bumi = 24 jam
360/24 = 15 deg satu zone time.

Ini bermakna setiap zone beza longitude 15 deg =  1 jam (60 min)

Jadi setiap beza longitude 1 deg =  4 minit.

malaysia-lat-long.jpg

Dlm peta, Kedudukan Kuala Terengganu   = 103 East  (estimated)
Dlm peta, Kedudukan Pulau Pinang  = 100 East

Beza longitude  3 deg  =  12 minit.

Beza waktu diantara K.T'ganu dgn P.Pinang  adalah 12 minit.
terengganu-zon-1.jpg



jadual-buka-puasa-pulau-pinang.jpg

Jika di K.Terengganu 31 May 2018 sunset (Maghrib) pada pukul  7:18 pm
Beza waktu kedudukan tempat adalah 12 minit.

Maka di P.Pinang 31 May 2018 akan kelihatan sunset pada pukul  7:30 pm

Disebabkan kedudukan tempat yg berbeza, koordinat longitude yg berbeza
MASA PON BERBEZA mengikut tempat.


Harap sis tidak lagi membuat kesilapan dgn mengikut azan diTV3/TV1 kerana
azan Maghrib ini mengikut waktu utk WP,KL dan kawasan2 sewaktu dgnnya.

Waktu sunset (Maghrib) sebenar adalah mengikut tempat dimana kita berada..

Rujukan waktu berbuka puasa bagi seluruh Msia.



Sila pastikan jam sis tepat synchro dgn waktu Coordinated Universal Time ( UTC )

UTC adalah  Waktu standard yg di guna pakai seluruh dunia termasuk Msia.



Kita boleh bertahan berpuasa selama 13.7 jam, jgn disebabkan perbezaan beberapa minit,
kita berbuka awal kerana silap, maka terbatal puasa kita….Penting niii..


Selamat menjalankan Ibadah Puasa..



Quote abbyhoney 31-5-2018 03:29 PM
rospinki replied at 30-5-2018 01:56 PM
takleh pakai sgt azan kat surau..skrg subuh 5.46 dh azan..tengok kt luar gelap nau2. tapi magrib pla ...

kalau gelap sebab nk hujan? cuaca mendung?
Quote minguk 31-5-2018 03:43 PM
ally9970 replied at 30-5-2018 01:49 PM
ada satu pendapat bersandarkan kepada satu hadis (tak ingat hadis mana...) yg menyebut, Rasulullah b ...

i pernah baca yang ni juga... habiskan yang dalam mulut sahaja waktu azan berkumandang, jangan ditambah habiskan dalam pinggan, batal puasaa...
Quote rospinki 31-5-2018 04:15 PM
Redskin replied at 31-5-2018 03:24 PM
Maaf sis, Red tegur sebab silap pemahaman sis tentang azan. (waktu berbuka puasa)
Azan mengikut ...

faham..semalam waktu buka 7.25..kl 7.22 so 2-3 minit je beza..tungu azan surau 7.30 baru bunyi.

thanks bgi info
Quote rospinki 31-5-2018 04:16 PM
abbyhoney replied at 31-5-2018 03:29 PM
kalau gelap sebab nk hujan? cuaca mendung?

barangkli...skrg kan ujan je manjang

Quote alesandra 31-5-2018 06:33 PM
aku penah sekali...air kosong dlm mulut..tetiba azan subuh.aku gi telan jugak air tu
Quote alesandra 31-5-2018 06:34 PM
minguk replied at 31-5-2018 03:43 PM
i pernah baca yang ni juga... habiskan yang dalam mulut sahaja waktu azan berkumandang, jangan dit ...

oohhh ok ....
Quote MeghanK 31-5-2018 08:22 PM
Redskin replied at 30-5-2018 02:13 PM
Yupp...takleh ikut sgt azan Maghrib di kampong2.
Biasanya Bedug akan di bunyikkan dahulu apabila  ...

meols yang duk tengah kl ni pon surau kat rumah azan lewat sikit..mungkin minum air dulu kot

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052057 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top