CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Jom Berbuka Puasa Di Laman Kayangan - Antara Bufet Termurah Lagi Sedap!

24-5-2018 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4742| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza


Ramadan baru sahaja seminggu berlalu. Ada yang sudah jemu dengan Bazar Ramadan? Atau dah malas nak masak menu yang sama setiap hari?

Jika itu jawapan anda, ada Bufet Ramadan yang tidak harus dilepaskan, terutamanya mereka yang tinggal sekitar Shah Alam, memang sesuai sangat berbuka puasa di sana.

Bertempat di Laman Kayangan, ada lebih kurang 88 menu yang sangat menarik. Yang paling 'hot' mestilah kambing golek kemudian masakan kampung, laksa, sup, masakah Thai, aneka pencuci mulut dan pelbagai lagi masakan panas yang dihidangkan Catering Segi Seri Sdn Bhd.



Bertemakan Kembara Selera Memikat Jiwa di Buffet Ramadan di Laman Kayangan, memang anda perlu singgah juga ke lokasi yang menawarkan makanan hebat lagi sedap ini. Antara menu pemikat ialah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, Daging Damia, BBQ station dan pelbagai lagi yang kalau mata melihat semua rasa nak.




Selain makan yang super sedap, anda juga akan dihiburkan dengan alunan muzik Ghazal yang indah. Mesti rasanya terbuai-buai kan?


Dah kenyang makan, mesti nak bersolat Maghrib kan? Jom tengok kemudahan yang ada di sini iaitu surau, tandas dan parkir percuma. Jadi tak perlu tergopoh-gapah nak balik rumah lah pula ya. Habiskan masa berbual atau 'selfie' bersama rakan-rakan atau saudara mara ya.


Jadi, berapa harga buffet ni? Dewasa RM65 seorang dan kanak-kanak serta warga emas pula RM35 setiap orang. Untuk menempah bolehlah menghubungi nombor seperti yang tertera di dalam flyers di bawah.

Selamat membuat pilihan tempat berbuka puasa ya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GigaMom 24-5-2018 01:53 PM
Time ramadhan menu buffet semua sedap2.
Tp siapa je yg larat melantak semua ada. Masa maghrib pendek je. Nk tarawih lagi.
Quote EvieWanKenobi 25-5-2018 03:51 AM
harga agak ok cuma malasnya nak beratur2..
Quote syue86 25-5-2018 09:02 AM
tahun bila tah pegi
hauk giler..hrp dh ok la
Quote dewi_rina 25-5-2018 10:40 AM
Bayar RM 65 tapi makan tak sampai harga RM 30 pun.. tak larat nak makan semua benda, so membazir je kalau amik buffet ramadhan nie
Quote RatuDunia94 26-5-2018 09:03 AM
Iols kalo buffet more than RM40 mmg x pergi la.. Sbb x berbaloi.. Iols makan bukan byk pon..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061853 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top