CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Setuju Kakitangan Kerajaan Tak Naik Gaji Asalkan Negara Stabil

23-5-2018 01:43 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 8742| Komen: 55|Original author: Oleh: Khair


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kakitangan kerajaan telah dijanjikan untuk mendapat kenaikan gaji tahunan bermula Julai. Tetapi, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, keputusan tersebut akan dikaji dan ditentukan semula oleh Kerajaan baharu.



Perkara itu dilaporkan Berita Harian dan apa yang menarik perhatian adalah ramai netizen bersetuju dengan langkah tersebut kerana memahami situasi dihadapi negara sekarang.




Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat kerana ada yang mengatakan berapa sahajalah jumlah gaji kakitangan kerajaan. Bahkan, sekiranya KGT ini diberikan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.


Foto: FB Berita Harian

Rakyat Malaysia dengan semangat baharu hari ini dilihat semakin rasional dan menerima setiap keputusan dengan hati terbuka.

Daripada komen-komen di Facebook Berita Harian itu juga dapat dilihat para netizen cuba menenangkan antara satu sama lain dan tidaklah seperti sebelum ini yang agak kasar bahasanya.

Semoga setiap keputusan dibuat oleh Kerajaan Baharu membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.  - CARI
3

Bagus

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 23-5-2018 02:19 PM
Edited by sarahmirza at 23-5-2018 02:20 PM

Yang gred rendah, gaji kecik je la di bagi bonus..
Yang gred tinggi, gaji lebih 4k takde bonus & kenaikan gaji...

BR1M pulak, kalau nak teruskan bagi kepada yang keluarga yang ada anak je walaupun anak seorang.
Yang bujang majoriti mat rempit tu tak payah la bagi..

Quote chinta89 23-5-2018 02:24 PM
ak setuju mana2 yg terbaik.

yg penting brg2 jgn la makin naik. yg kije atas2 gaji mahal namateeee.

Jusa B gai dan dekat 20,000 sebulan. udah2 la bg kenaikan gaji, bg aku deols ni kena limitkan gaji hingga 10,000 sahaja sehingga bersara wajib. pemandu jabatan ade disediakan, kad myk ade, rumah kuarters byr berapa je (KJ punya kuarters bukan cikai2 mcm kakitangan biasa ye)... ape jadah lg gaji sentiasa naik tetiap tahun. cubakorang google pekeliling, kelayakan hotel utk pegawai2 berapa? bila kita naikkan gaji, deols pun naikkan kadar hotel. cuba tgk elaun pakaian panas berapa? dh pegi obersea (ye aku tahu g kije buat g melancong) pahtu dpt claim mcm2.

sesetengah perkara ak rse byk pembaziran la kije gomen ni. ak bukan x syukur tau, aku syukur tp bg ak tlg skip dlu ape2 yg x ptg tu.

ke ada sape nk bangkang pendapat aku?
Quote Cikkebom 23-5-2018 02:43 PM
chinta89 replied at 23-5-2018 02:24 PM
ak setuju mana2 yg terbaik.

yg penting brg2 jgn la makin naik. yg kije atas2 gaji mahal namateeee ...

Omg. Iolls sokong u. Yg jusa2 ni elaun mmg menimbun. And kalo boleh sekat jugak yg mana nak buat meeting kat hotel or luar negara tu. Bukan x leh nak buat kat jabatan sendiri ke..ni siap buat rombongan cik kiah lagik. Padahal org jabatan sendiri je pn. Unless kalo betul meeting yg x leh dielakkan buat kat obersee.
Quote mizruncing 23-5-2018 02:54 PM
BR1M aku sgt tak setuju bg kt bujang. kebanyakan yg dpt da la penganggur pas tu dpt duit tu beli hp la ape la. contoh trdekat mmg npk dekat ngn aku ni. pas tu bangga dpt BR1M. da la x mengundi pn. psl kenaikan gaji ntah la mls nk ckp lebih-lebih. org yg gaji tinggi 3k ke atas senang la ckp. kitowg yg gred bawahan ni dgn gaji sikit elaun sikit kenaikan pn tak banyak. mmg terasa jgk la bila tak naik gaji. dh la BR1M tak dpt. pegawai atasan syok la kenaikan tahunan beratus-ratus. sory just pendapat shj. keje gomen tak semestinya manis sentiasa. kami ni even dapat serap ke tetap terus turun gred n turun tangga gaji balik. bukan tak bersyukur tp nak naik balik ke gaji dlu sedihhhh
Quote AbukRokok 23-5-2018 03:01 PM
mizruncing replied at 23-5-2018 02:54 PM
BR1M aku sgt tak setuju bg kt bujang. kebanyakan yg dpt da la penganggur pas tu dpt duit tu beli hp  ...

ko jangan nanti org bujang mengamok xnk mengundi
brim bagi pada warga emas..OKU..org miskin daif je melalui Jab Kebajikan Masyarakat..lebih bersistem dan berkala

Quote Yunho 23-5-2018 03:02 PM
mizruncing replied at 23-5-2018 02:54 PM
BR1M aku sgt tak setuju bg kt bujang. kebanyakan yg dpt da la penganggur pas tu dpt duit tu beli hp  ...

betul...setuju sgt...yg kuli banyak keje ni kenaikan tahunan rm100 je...yg GRED 41 ke atas naik rm200++ tp buat keje merungut je...tak dpt buat antar opis....tak cukup duit dtng opis bg tahu tak de duit...
padahal gaji kite ni separuh dr gaji dia idup je gemuk je...

(p/s:pengalaman bekerja disekolah)
Quote alieyrina 23-5-2018 03:04 PM
chinta89 replied at 23-5-2018 02:24 PM
ak setuju mana2 yg terbaik.

yg penting brg2 jgn la makin naik. yg kije atas2 gaji mahal namateeee ...

Setuju tp nanti org kata kita dengki plak..tukar2 la tahun..tahun ni bagi bonus xda la naik gaji..taun dpn naik gaji xda la bonus..
Quote mizruncing 23-5-2018 03:04 PM
AbukRokok replied at 23-5-2018 03:01 PM
ko jangan nanti org bujang mengamok xnk mengundi
brim bagi pada warga emas..OKU..org miskin daif  ...

haha kebanyakan yg akak tgk gitu la. bujang tak keje. mengundi pn tidak. klu buat pada yg betul2 miskin n daif mmg setuju sgt. tak payah nk kata gaji bawah 4k ke 5k ke ape. sbb tak puas aty jgk tgk time BR1M je manjang cina beratur ambik BR1M. pdhal masing-masing bukan tak berduit. pelik mcm mana dorg blh dpt. npk sgt sistem tak telus
Quote mizruncing 23-5-2018 03:09 PM
Yunho replied at 23-5-2018 03:02 PM
betul...setuju sgt...yg kuli banyak keje ni kenaikan tahunan rm100 je...yg GRED 41 ke atas naik rm ...

ye dik. tu la life akak skrg. byg kan gred 27 mase kontrak. dpt tetap gred 17. konon nk membantu kita dpt tetap terus. tapi gaji kita turun ke basic balik dgn gred 17. pdhal dah 7 tahun keje kontrak. bila tanya ckp gomen takde duit. dah la hidup zaman najib. dgn tolak ptptn 200 lebih sebulan. mau tak merungut dik oi. nk besar kan anak lg. nk jadi housewife pn pk byk kali
Quote monsterwife 23-5-2018 03:10 PM
Kalau yg gaji 8k ke atas tak payah lah.gaji dah byk kot.tapi kalau tak dapat pun xpelah...selesaikan hutang negara dulu.
Quote LostStar 23-5-2018 03:45 PM
tak payah la bagi bonus, kenaikan gaji tu jua.. kan dorg dah memilih... so perlu lah sanggup terima apa sajaaaa....
Quote prettyuglybabe 23-5-2018 03:47 PM
kenaikan tetap ada.. cuma sebelum ni gomen janji dua kenaikan..
so dapat satu kenaikan macam biasa je la..
Quote ninjago 23-5-2018 04:11 PM
netizen je stuju.. kakitangan awam setujukah?
Quote imissmyseoul 23-5-2018 07:06 PM
Edited by imissmyseoul at 24-5-2018 05:58 AM
chinta89: ak setuju mana2 yg terbaik.yg penting brg2 jgn la makin naik. yg kije atas2 gaji mahal namateeee.Jusa B gai dan dekat 20,000 sebulan. udah2 la bg kena ...


Tak setuju sampai nk hadkan gaji jusa .. gaji dorg byk setimpal lah dgn beban kerja dorg..kerja yg byk fikir, stress tau..blh cause mcm2 penyakit..kerja berat fizikal tak sama dgn berat mental..geng jusa balik rumah pun kn kerja lg, yg kump pelaksana tak perlu fikir kerja dah di rumah

Nk kurangkan Elaun jusa Tu Ok lg

Adil tu bkn maksud kn Sama rata semua benda tp meletakkan sesuatu pd tempatnya..mrk layak terima gaji sbyk tu atas usaha mereka..kalau Kita nk gaji lebih MCM jusa, knlah usaha juga, ie smbg belajar, rajin, kerja sungguh

If compare gaji jusa dgn level manager Di swasta pun sebenarnya Masih byk beza..dgn pengalaman yg ada Di private sector blh dpt gaji lebih byk lg tau



Quote imissmyseoul 23-5-2018 07:10 PM
Yunho: betul...setuju sgt...yg kuli banyak keje ni kenaikan tahunan rm100 je...yg GRED 41 ke atas naik rm200++ tp buat keje merungut je...tak dpt buat antar  ...



Kesian awk..tp pengalaman sy Pula Di kementerian, gred pelaksana ni byk mengelat je..kejap2 hilang, berborak je, tp bila balik nk pantas, kalau by kerja ms dkt nk blk Tu (urgent matter), siap buat muka lagi SBB tak puas hati..tp gaji nk tinggi mcm pegawai..cane tu...ni bukan semua la tp ramai yg sy jumpa mcm ni
Quote giyomi 23-5-2018 07:10 PM
sarahmirza replied at 23-5-2018 02:19 PM
Yang gred rendah, gaji kecik je la di bagi bonus..
Yang gred tinggi, gaji lebih 4k takde bonus & ke ...

yes setuju dgn pendapat uols...kenaikan gaji and bonus pada yg bergaji rendah jer, yg gaji melebih rm3500 keatas tak perlu. ikat perut kejap sebab negara perlu dibangunkan semula gara2 pimpinan boros terdahulu. Pada penjawat awam yg tak setuju, maka tingkatkanlah prestasi jgn hidup sama spt dl kala, time break terus tinggalkan kerja lesap and kul 10 msh ngopi kat kedai luar.
Quote airmineral 23-5-2018 07:21 PM
imissmyseoul replied at 23-5-2018 07:10 PM
Kesian awk..tp pengalaman sy Pula Di kementerian, gred pelaksana ni byk mengelat je..kejap2 hi ...

Aku jumpa ramai camni. 41 ke atas byk keje tertonggeng drg ni sedap2 je keje sambil lewa byk bunyi keje xsiap suka nak OT, OT kena tahan bising2.

Kes aku di kementerian, aku rasa bos2 byk keje susah payah, kump pelaksana heaven cerewet byk bunyi ngada2 demand mcm2
Quote imissmyseoul 23-5-2018 07:27 PM
Edited by imissmyseoul at 23-5-2018 07:32 PM
airmineral replied at 23-5-2018 07:21 PM
Aku jumpa ramai camni. 41 ke atas byk keje tertonggeng drg ni sedap2 je keje sambil lewa byk bunyi ...


Setuju sgt..kt plk kn marah bg kerja kt dorg..pergi kerja pttnya mmg utk buat kerja, bkn buat benda lain

Tp kt tempat kecik phm jela yg pelaksana tak ramai dorg kn kerja teruk..

@i sokong he apa2 yg munasabah utk jimat &Bantu selesai hutang negara, tp bkn la dgn cr sampai nk  hadkan gaji org lain mcm cdgan sorg forumer kt sini
Quote armin 23-5-2018 07:32 PM
AbukRokok: ko jangan nanti org bujang mengamok xnk mengundibrim bagi pada warga emas..OKU..org miskin daif je melalui Jab Kebajikan Masyarakat..lebih bersistem d ...


Mcm tu baik bg zakat je

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057116 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top