Kebiasannya, nafsu makan atau keinginan untuk memakan sesuatu di bulan puasa lebih tinggi berbanding bulan-bulan biasa. Tapi, adakah yang mengidam makan nasi lemak di bulan Ramadan ini?
Selalunya, kita lebih berpuas hati memasak sendiri berbanding membeli di bazar Ramadan yang mana rasa dan kebersihannya tidak terjamin. Jadi, jom masak sendiri nasi lemak di bulan yang mulia ini buat ahli keluarga yang tercinta! Bahan untuk nasi 3 cawan beras 3 hiris halia 3 ulas bawang merah - hiris 1 cawan santan 3 cawan air - boleh tambah atau kurangkan mengikut cita rasa 1 helai daun pandan Secubit garam 1 batang serai - dititik 2 helai daun pandan Cara Menyediakan Nasi Lemak 1. Basuh beras dengan air sehingga bersih, kemudian toskan. 2. Panaskan minyak, kemudian tumis serai, daun pandan, halia, dan bawang sehingga wangi. 3. Masukan air dan santan, kemudian masak sehingga mendidih. Tambah garam dan kacau rata. 4. Tuangkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian, tuangkan juga santan yang sudah dimasak dan masak nasi seperti biasa. 5. Bila dah masak, kacau nasi menggunakan chopstick agar beras tidak patah. Bahan Untuk Sambal 6 sudu besar cili giling 1 biji bawang besar - dihiris 1 biji bawang tumbuk - dihiris 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih - ditumbuk 2 biji bawang besar - ditumbuk Sedikit air asam jawa Segenggam ikan bilis (sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk) Sedikit gula, garam, dan perasa Cara Menyediakan Sambal 1. Tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. Kemudian, masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat. 2. Bila sudah mendidih, masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa. Anda boleh tambah sendiri bahan sampingan lain seperti telur, timun, dan kacang tanah mengikut kesukaan anda. Selamat menjamu nasi lemak untuk berbuka puasa! Pasti anda puas hati! - CARI
|
shernazz replied at 23-5-2018 10:59 AM
Laki iols.ajor...
Masak.nasi.lemak.letak.halba sket..
Style nyonya ke apa xtau...
MariaClara: apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...
MariaClara replied at 23-5-2018 12:44 PM
apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...
shernazz replied at 23-5-2018 03:46 PM
Dia ada satu bau tu..sedap..
Cm kita makan nasi dagang..ada satu bau
Tp jangan letak banyak...pa ...
MariaClara replied at 24-5-2018 12:10 PM
thanks info...
meleleh liur hihihi
Megikari replied at 23-5-2018 02:42 PM
My mom masak nasik lemak pun letak halba. Wangiiii
shernazz replied at 23-5-2018 11:59 AM
Laki iols.ajor...
Masak.nasi.lemak.letak.halba sket..
Style nyonya ke apa xtau...
trexxxxxi replied at 25-5-2018 03:53 PM
oo baru tau.. bole try lepas ni..
selama ni masak macam biasa je
MariaClara replied at 23-5-2018 12:44 PM
apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...
shernazz replied at 23-5-2018 03:46 PM
Dia ada satu bau tu..sedap..
Cm kita makan nasi dagang..ada satu bau
Tp jangan letak banyak...pa ...
RatuDunia94 replied at 26-5-2018 11:17 AM
Letak kat nasi ayam pon boleh ke?
chazey replied at 25-5-2018 05:55 PM
Sorry. Sambal tumis nasik lemak if tak buh kunyit hidop memang tak sedap. Dan udang kering. Tapi uda ...
misc replied at 26-5-2018 05:12 PM
first time dengar ni letak kunyit. thanks!! i mesti try resepi baru nih. selalu sambal nasik lema ...
mesmerize replied at 26-5-2018 06:06 PM
ai buat nasi lemak tak letak halia n serai sebab nanti confuse rasa banyak sangat.
ai letak santan, ...
chazey replied at 27-5-2018 04:22 AM
Meh aiol bagi resipi kot2 chuol nak terai.
Ni sambal nasi lemak nyonya.
ADVERTISEMENT