11 dari daripada 72 beg bagasi yang mengandungi wang tunai berjumlah puluhan juta ringgit selesai dikira pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di ibu pejabatnya dekat Menara KPJ, Jalan Tun Razak, lapor BH Online.
Menurut laporan, sebanyak 26 beg berisi wang tunai dibawa ke bangunan terbabit untuk proses pengiraan. Namun, hingga malam tadi hanya 11 beg selesai menjalani proses pengiraan dan ia disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh. Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung proses pengiraan sedang dijalankan pihaknya.
Manakala, baki 15 beg yang masih belum dikira dilihat dimasukkan ke dalam lori polis dipercayai menuju ke Bukit Aman. Sementara itu, 11 beg berisi wang yang sudah dikira dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM). Kesemua beg terbabit disita dalam operasi membabitkan tiga unit kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pangsapuri mewah di Pavilion Residences milik kenalannya bergelar Tan Sri. Difahamkan, proses pengiraan bermula jam 10 pagi semalam, namun mengambil masa lama disebabkan jumlah wang terlalu banyak termasuk membabitkan pelbagai mata wang asing. Malah, anggota perlu merekodkan setiap nombor siri setiap mata wang untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan susulan. Sementara itu, semua barang kemas dan jongkong emas yang turut dirampas akan menjalani proses pengiraan nilai oleh sebuah bank. - CARI
|
2
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 22-5-2018 08:44 AM
Ya Allah ..betul ka. ....terlopong aku baca. ...
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:47 AM
itu dari KOSMO tu... bukan akhbar2 picisan...
kalau akhbar KOSMO berita camtu, kira confirm la ka ...
eyansss replied at 22-5-2018 08:42 AM
woaaaahhhh... 11 bag dah ada rm100 juta... kali kata secara average sama, baki 61 beg tu akan ada rm ...
fushimi replied at 22-5-2018 08:53 AM
wow 100 juta simpan cam gitu je
jenuhlah sapa yang kena kira
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:54 AM
itu belum habis kira lagi tuh... giler la....
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:47 AM
itu dari KOSMO tu... bukan akhbar2 picisan...
kalau akhbar KOSMO berita camtu, kira confirm la ka ...
ADVERTISEMENT