KLANG, 4 Sept (Bernama) -- Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan tempat pembuangan sampah di kawasan rumah Lot 6937, Batu 10, Kapar di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata terdapat kecederaan di bahagian kepala iaitu kesan lubang di kepala wanita berumur 20-an itu yang dijumpai memakai pakaian tidur dan berseluar dalam. "Polis menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat kira-kira pukul 12.30 tengah hari. "Siasatan di lokasi menemui mayat wanita itu ditutup dengan timbunan daun dan atap jenis asbestos," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini. Mohd Shukor juga berkata polis masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti mangsa memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu. Katanya polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati antara tiga atau empat hari lepas berdasarkan bau busuk di kawasan mayat itu ditemui. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat. -- BERNAMA
|
3
Bagus |
5
Marah |
17
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie posted on 6-9-2013 02:38 PM
org malaysia pun suka per pakai baju kelawar...
tapi klau umur 20an ...mana ada pakai baju kelawa ...
ADVERTISEMENT