Setiap amalan yang kita lakukan dalam dunia ini adalah bermula dengan niat. Niat merupakan iktikad tanpa ragu untuk melaksanakan sesuatu amalan. Dalam berpuasa, kita diwajibkan untuk berniat pada malamnya ataupun sebelum masuknya waktu subuh. Tetapi bagaimana jika kita terlupa untuk berniat pada malamnya? Mungkin kita tertidur ataupun menga betul-betul kita lupa. Ada yang mengatakan dengan kita bersahur, ia sudah memadai dan dianggap sebagai kita sudah berniat untuk berpuasa pada keesokan harinya. Memetik dari Tribun Ramadan.com: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari maka tak ada puasa baginya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi, dan Ibnu Majah) Jelas menunjukkan bahawa niat berpuasa ramadan pada hari sebelumnya adalah sangat penting. Jika terlupa untuk berniat, maka puasa pada siangnya adalah tidak sah. Walau bagaimanapun, seseorang itu harus untuk meneruskan puasanya dan wajib mengganti puasa di luar bulan ramadan kelak. Jadi, untuk mengelakkan kita dari terlupa berniat setiap hari, Imam Qalyubi dalam kitab Hasyiyah-nya menyampaikan satu cara sebagai langkah berjaga-jaga agar puasanya orang yang lupa berniat pada malam harinya tetap sah. Kita digalakkan pada malam pertama bulan Ramadan untuk berniat akan berpuasa Ramadan satu bulan penuh. Niat dalam bahasa apa sekalipun yang penting kita faham. Tetapi harus diingat, Imam Maliki memberikan syarat, niat berpuasa untuk satu bulan penuh itu boleh diterima jika puasanya tidak terputus. Mungkin puasanya terputus karena sakit, haid atau bermusafir, maka wajib berniat kembali untuk hari-hari yang seterusnya (Hasan Sulaiman Nuri dan Alwi Abas al-Maliki, hal. 377). Betapa Allah mementingkan kita berniat dalam melakukan sesuatu niat. Lebih-lebih lagi untuk melakukan amalan yang wajib. Jadi, janganlah kita lalai untuk sentiasa berniat dalam melakukan ibadah puasa agar puasa kita diterima oleh Allah. Insyallah. - CARI |
3
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
helicornia replied at 19-5-2018 09:48 PM
ayoo niat tu bukan ko kena hafal pun lintasan hati nk puasa esok pun dh ok. pastu yg hang bangun sah ...
later543 replied at 14-6-2018 10:58 AM
Sharelah satu video sy nampak kat post lain dkt cari forum yg sgt bermakna
later543 replied at 14-6-2018 10:56 AM
Yg penting ingatlah raya temanlah family terutamanya yg kerja jauh.
Keluarga adalah paling penting ...
rockyu0312 replied at 14-6-2018 11:07 AM
Photo saya dpt cari dgn bapa ibuku dah gambar yg ambil tahun lepas.
Tahun ni mesti nak balik utk ...
palmolive replied at 17-5-2018 03:58 PM
beza tu niat ngan lafaz niat..
dah dia tau ari ni puasa mesti dh pasang niat dlm hati nak puasa.
l ...
later543 replied at 14-6-2018 10:58 AM
Sharelah satu video sy nampak kat post lain dkt cari forum yg sgt bermakna
hodesiy replied at 14-6-2018 01:30 PM
ada yg lg video raya yang cun
hodesiy replied at 14-6-2018 01:31 PM
so siapa yg puasa penuh tahun ni??
later543 replied at 14-6-2018 10:58 AM
Sharelah satu video sy nampak kat post lain dkt cari forum yg sgt bermakna
ADVERTISEMENT