Setiap amalan yang kita lakukan dalam dunia ini adalah bermula dengan niat. Niat merupakan iktikad tanpa ragu untuk melaksanakan sesuatu amalan. Dalam berpuasa, kita diwajibkan untuk berniat pada malamnya ataupun sebelum masuknya waktu subuh.
Tetapi bagaimana jika kita terlupa untuk berniat pada malamnya? Mungkin kita tertidur ataupun menga betul-betul kita lupa. Ada yang mengatakan dengan kita bersahur, ia sudah memadai dan dianggap sebagai kita sudah berniat untuk berpuasa pada keesokan harinya.
Memetik dari Tribun Ramadan.com:
“Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari maka tak ada puasa baginya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Jelas menunjukkan bahawa niat berpuasa ramadan pada hari sebelumnya adalah sangat penting. Jika terlupa untuk berniat, maka puasa pada siangnya adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, seseorang itu harus untuk meneruskan puasanya dan wajib mengganti puasa di luar bulan ramadan kelak.
Jadi, untuk mengelakkan kita dari terlupa berniat setiap hari, Imam Qalyubi dalam kitab Hasyiyah-nya menyampaikan satu cara sebagai langkah berjaga-jaga agar puasanya orang yang lupa berniat pada malam harinya tetap sah.
Kita digalakkan pada malam pertama bulan Ramadan untuk berniat akan berpuasa Ramadan satu bulan penuh. Niat dalam bahasa apa sekalipun yang penting kita faham.
Tetapi harus diingat, Imam Maliki memberikan syarat, niat berpuasa untuk satu bulan penuh itu boleh diterima jika puasanya tidak terputus. Mungkin puasanya terputus karena sakit, haid atau bermusafir, maka wajib berniat kembali untuk hari-hari yang seterusnya (Hasan Sulaiman Nuri dan Alwi Abas al-Maliki, hal. 377).
Betapa Allah mementingkan kita berniat dalam melakukan sesuatu niat. Lebih-lebih lagi untuk melakukan amalan yang wajib. Jadi, janganlah kita lalai untuk sentiasa berniat dalam melakukan ibadah puasa agar puasa kita diterima oleh Allah. Insyallah. - CARI
beza tu niat ngan lafaz niat..
dah dia tau ari ni puasa mesti dh pasang niat dlm hati nak puasa.
lain la kalo dia dah plan nak tapau mee kari Ah Loy..
yak yak yeahh
honestly la zaman skrg ni..ada sesiapa yg ada niat yg betul2 kuat?
1/2 hari puasa dh pikir nak makan apa buka puasa nnt...
yg ni between diri sendiri dgn Allah..x payah nak viral out puasa ker x hari ni..
biasa nya semua video Raya ke CNY..semua ada makna sendiri..
paling penting..kita utamakan kasih sayang terhadap keluarga dan hormati org tua2..
mmg remis bila mrk tanya tak henti2..kita sabar jer la...
selamat hari raya semua..