Foto Irwan Shah Abdullah atau lebih popular dengan nama DJ Dave telah tular apabila dirinya mahu bersalam dengan Tun Dr Mahathir. DJ Dave masih tidak memberi apa-apa kenyataan berkenaan foto tersebut dan memilih untuk berdiam diri seketika mengenai perkara ini. Dahulu dia lebih terbuka menyokong kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Lagu klasiknya yang berjudul ‘Kawan Setia’ juga turut digunakan sebagai lagu berkempen untuk parti Barisan Nasional ketika PRU Ke-14.
"Saya tak nak jawab lagi mengenai isu ini. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi saya mengenai foto yang menjadi perhatian ramai itu. "Sila tunggu penjelasan saya dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online. Foto yang tular itu mendapat kritikan netizen yang mempersoalkan sokongannya kepada parti politik. Dia juga didakwa sudah beralih arah selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk baru-baru ini. Apa pun kita tunggu apa jawapan DJ Dave. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam ahli politik malah pada selebriti juga yang dituduh sebagai ’lalang’. - CARI
|
kakasotong2 replied at 16-5-2018 02:37 PM
Meols xhabis paranoid lg iya dgn vc lagu heols jd lagu tema masa berkempen untuk najib rosmah n geng ...
ADVERTISEMENT