Isu pelakon datang lewat ke lokasi sering kali kita dengar dan sukar dimaafkan apabila kelewatan tersebut menyebabkan gerak kerja semua pihak menjadi lambat dan buang masa.
Kali ini Siti Elizad pula bengang dengan sikap pelakon lain yang tidak memberi kerjasama di lokasi hingga menyusahkan semua pihak. Pelakon tersebut datang ke lokasi empat jam lewat dari waktu yang sepatutnya penggambaran dimulakan iaitu seawal jam 8 pagi. Apa yang membuatnya bertambah marah apabila pelakon tersebut tidak mempersiapkan dirinya lebih awal dan datang tanpa menghafal skrip. "Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus. "Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi. "Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal," ujarnya pada Mstar. Dalam pada itu, Elizad menasihati mana-mana pihak yang tidak tahu menghormati masa orang lain untuk bekerja sendiri sahaja. "Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri. "Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu," katanya. Drama lakonannya itu akan ditayangkan di NTV7 dan apa yang pasti pelakon bermasalah itu bukanlah memegang watak utama. Pelakon lain yang terlibat dalam penggambaran drama ini antaranya adalah Qi Razali, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Aleeza Kasim dan Iman Corinne Adrienne. Kalau sudah tahu ada penggambaran awal pagi, bangunlah awal. Cari rezeki pun tidak berdisiplin. - CARI
|
16
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
25
Sedih |
32
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 23-4-2018 06:09 PM
So.siapakah pelakonnya tu?
Sure x de dlm.list di atas kan?.
Atas tu cm.xde.masalah disiplin iols ...
Aduradura replied at 23-4-2018 06:11 PM
Iman corrinee tu kot
shernazz replied at 23-4-2018 08:46 PM
Sapo.tu ek
Alahai..sendu nya thread ni.kan.uols..
Hahahaha
Aduradura replied at 23-4-2018 06:11 PM
Iman corrinee tu kot
sukacactus replied at 23-4-2018 10:39 PM
Corrinne ni bkn berlakon dlm filem spinning gasing dl tu kan
ADVERTISEMENT