CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Di Sarawak, Acarnya Dimakan Bersama Keropok. Rangupnya Tiada Tandingan!

23-4-2018 05:38 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10813| Komen: 8|Original author: Oleh: Azza Rai


Bila makan lauk kenduri, selain menu utama ayam atau daging, pasti acar yang jadi daya tarikan seterusnya. Maklumlah peminat acar pasti nak rasa adakah ia sesedap yang pernah mereka rasa sebelum ini atau terkurang rasa di mana-mana.
    
Jika di Semenanjung, acar buah yang popular. Dengan rasanya manis-manis masam memang sedap tatkala mengigit buah kana dan jeruk yang dimakan bersama biryani.
    
Berlainan pula dengan di Borneo terutamanya di Sarawak yang menggunakan timun sebagai menu utamanya. Dengar cerita mereka makan dengan keropok. Nak buat pun bukan calang-calang, siap dijemur untuk mendapatkan rasa rangup tersebut. Jom tengok resipinya.


ACAR TIMUN SARAWAK

Bahan-bahan
- 1kg timun (buang empulur dan hiris panjang. Rendam di dalam air ais dan dicampurkan garam- jangan hiris terlalu nipis)
- 2 batang lobak merah (potong nipis dan hiris panjang)

Bahan kisar
- 7 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 sudu besar udang kering (rendam dulu)
- 2 biji buah keras

Bahan A
- 1-2 sudu besar cili giling
- 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
- Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan B
- Garam, gula pasir dan gula merah secukup rasa
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar cili sos
- 1 biji cili merah - hiris halus (kalau suka)

Bahan C
- Sedikit bijan - sangai kuning



Cara memasak timun
1)    Tos kan timun yang direndam tadi.
2)    Perah menggunakan kain kasar yang bersih (Jangan perah terlalu kering)
3)    Tabur atas talam dan jemur selama 1-2 jam (jangan jemur terlalu kering).
4)    Lobak merah juga di jemur sehingga layu.

*Bila dan siap semua di jemur baru bermula sessi menumis...

Cara
1) Tumis bahan A diiringi bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2) Kecilkan api dan masukkan bahan B, kacau sebati dan rasakan secukupnya. (Lebihkan manis dan ada rasa masam sedikit)
3) Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati dan biarkan ianya pekat. (kalau terlalu pekat tambah air sedikit).
4) Rasakan lagi manisnya kalau kurang manis tambah lagi gula merah sehingga cukup rasa dan tutup api. Masukkan bahan C dan kacau sebati.



Nota
Rasanya akan berkurangan setelah timun dimasukkan, jadi anda perlu merasa sekali lagi supaya rasanya sedap dan sebati.

Makan dengan nasi atau keropok pun sedap. Kalau susah-susah, kita cari di Sarawak ya. - CARI 

Kredit : FB Nak makan apa yer?/ Foto: Amie's little kitchen, carian google

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-4-2018 05:47 PM
Cm acar rampai la.kan
Iols suka acar rampai sedap makan dgn nasi minyak...n ayam merah
Perfhhhhhhhh
Quote chazey 24-4-2018 05:17 AM
Ni acar timun nyonya. Kalau korang biasa (mesti korang tak biasa, haha) makan nasi lemak Cina, depa misti ada jual sekali acar timun ngan karot stail gini.
Quote chinta89 24-4-2018 09:33 AM
sedapnya acar...
Quote Mooverine 24-4-2018 10:49 AM
Sedapnya. Selalu kalau kami buat, simple saja timun, lobak merah, nanas lepas tu rendam dalam cuka+air+gula.. itu pun sedap. Next time nak lah try buat acar macam ni.
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:41 PM
Mmg bes makan dgn kopok
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:42 PM
Tq for the resipi
Quote Foxey 23-9-2018 09:17 AM
Teringat zaman buat acar ni with my grandma. Memang renyah. Fox ni tukang potong timun tu. Sekali buat memang banyak sebab timun ni kecut lepas diperah airnya dan dijemur.
Quote kucing02 28-11-2018 12:46 PM
keropok mkn dgn apa2 pon sodap

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.118661 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top