Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia sudah pun melabuhkan tirainya 15 April lalu. Kontinjen Malaysia menduduki tangga ke 12 keseluruhan dengan 7 pingat emas, 5 perak dan 12 gangsa. Satu lagi pencapaian yang cemerlang buat Malaysia selepas sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan, iaitu melebihi pencapaian di edisi 2014 di Glasgow, Scotland. Apapun mari kita kenali siapakah 7 atlet negara yang berjaya meraih pingat EMAS. 1. Azroy Hazal Wafie Atlet angkat berat ini menceriakan kontinjen negara selepas pada hari pertama saingan selepas meraih emas acara 56 kg lelaki. Bukan itu sahaja, Wafie berjaya memecahkan rekod temasya, juga rekod bekas atlet negara Amirul Hamizan Ibrahim pada 2002. 2. Aznil Bidin Aznil tidak disasarkan meraih emas, namun berjaya membuktikan dengan semangat juang tinggi dalam acara 62kg. 3. Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong Ketika Malaysia ternanti-nanti pingat emas ketiga, Pandelela dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan emas dalam acara 10 meter platform seirama. Terjunan berkelas dunia yang ditunjukkan mereka, sukar digugat, membolehkan mereka merangkul emas. 4. Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji Dua atlet boling padang ini menempah sejarah sebagai atlet pertama boling padang meraih emas acara pairs di sukan Komanwel. Zalina dan Emma berjaya menundukkan lawan dari Afrika Selatan pada perlawanan akhir penuh dramatik selepas ketinggalan 7-0 di awal permainan. 5. Amy Kwan Amy Kwan menceriakan skuad gimrama pada hari terakhir saingan acara itu apabila menghadiahkan emas ke-5 Malaysia dalam acara Riben Individu. Atlet gimrama negara dicabar hebat oleh atlet Cyprus dan Australia yang sememangnya cukup sinonim dengan acara ini. 6. Datuk Lee Chong Wei Dalam usianya mencecah 35 tahun, Datuk Lee Chong Wei tetap berusaha untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia. Selepas gagal membantu Malaysia mengekalkan emas dalam acara berpasukan, Datuk LCW tidak berputus asa. Sekali lagi bertemu pemain India K.Srikath di pentas final, beliau membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan emas ke-6 Malaysia di hari penutup Sukan Komanwel. 7. Chow Mei Kuan / Vivian Hoo Kedua-dua pemain badminton ini baru digandingkan hanya beberapa bulan, namun itu tidak menjadi masalah. Menentang lawan dari England pada aksi final nyata mudah buat mereka menghadiahkan emas ketujuh Malaysia. Kejayaan ini membolehkan Vivian mempertahan warna pingat yang sama ketika di Glasgow, manakala ini kejayaan pertama buat Mei Kuan. - CARI
|
10
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 24-4-2018 12:14 AM
indon jeles lettew, sebab Komonwel Games ni world third best after Olympics dan Pan American Games . ...
ADVERTISEMENT