Memang benarlah seperti yang dikata bahawa cinta itu buta kerana cinta tidak mengenal paras rupa, umur atau status. Pasangan suami isteri yang tinggal di Maryville, Tennessee ini merupakan antara contoh betapa kuatnya kuasa cinta dan kasih sayang sehingga mampu merobohkan segala jurang pemisah diantara mereka.
Gary Hardwick,19 telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang berusia 72 tahun iaitu Almeda. Walaupun usia mereka jauh berbeza sebanyak 53 tahun, ianya bukanlah penghalang untuk mereka menyayangi satu sama lain. Pasangan ini berjumpa buat pertama kalinya ketika majlis pengebumian salah seorang anak lelaki kepada Almeda, Robert yang meninggal pada usia 45 tahun dua tahun yang lepas. Pada ketika itu, Almeda dan Gary masing-masing berusia 71 dan 17 tahun.
Mereka bagaimanapun tidak terus bersama sehinggalah dua bulan kemudian apabila isteri kepada mendiang Robert menjemput mereka bagi menghadiri jamuan keluarga. Gary yang ketika itu kebetulan baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya yang berusia 77 tahun, mengakui jatuh cinta dengan Almeda. Apa yang menariknya, Almeda turut mempunyai perasaan yang sama seperti Gary. Selepas bercinta selama dua minggu, Gary melamar Almeda dan mereka bernikah 6 hari kemudian dalam acara yang cukup sederhana. "Jika anda benar-benar mencintai seseorang, umur itu hanyalah sekadar angka," ujar Almeda seperti yang dipetik dari laporan Mirror.Uk. Menurut Gary, dia tertarik dengan kecantikan Almeda yang mempunyai mata biru yang cantik serta personalitinya yang ceria. "Saya tak pernah merasa kekurangan semenjak berkahwin dengan Almeda," ujar Gary. Gary turut memberitahu Mirror.uk bahawa dia tidak pernah tertarik dengan wanita muda dan ketika usianya 13 tahun dia sudah mula menunjukkan minat pada wanita yang lebih berusia, malah neneknya juga dapat menerima pilihan hatinya itu. Walaupun tahu ramai pihak tidak dapat menerima hubungan mereka,termasuklah anak Amelda sendiri yang sehingga kini enggan bercakap dengan Amelda kerana tidak setuju dengan hubungan mereka, namun pasangan romantis ini tetap merasa bahagia dengan keputusan yang dibuat. Salah seorang cucu Amelda turut mengakui yang dia kekok menerima datuk tiri yang tiga tahun lebih muda darinya. Namun setelah melihat kebahagiaan neneknya, dia akhirnya dapat menerima Gary sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Bak kata orang, kalau sudah sayang tiada apa yang dapat menghalang. Apa pula pendapat anda? -CARI
|
14
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
19
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Gary yang ketika itu kebetulan baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya yang berusia 77 tahun, mengakui jatuh cinta dengan Almeda.
prettyuglybabe replied at 20-4-2018 03:20 PM
so nenek ni tak dikira pedo ek?
apa pun.. untung la si gary
sufi^_^ replied at 20-4-2018 01:27 PM
Tak delah nampak macam 72.
Btw si gary memang tasty kat nenek2 ke camana?
fliphair8 replied at 20-4-2018 10:16 AM
Nenek pun ade jodoh.....sedih {:childlike
fazamania replied at 20-4-2018 09:11 AM
Nenek ni lagi cantik dari kak zai 60kg tuh
sufi^_^ replied at 20-4-2018 07:26 PM
Tunggulah...mana tahu jodoh uols belum lahir lagi
ADVERTISEMENT