Ramai yang berpendapat mempunyai anak ramai ini beruntung. Apabila sudah tua, ibu bapa akan hidup senang dan anak-anaklah yang akan menjaga mereka. Sebenarnya, mempunyai anak yang ramai bukanlah jaminan kesenangan di hari tua. Dalam ramai-ramai anak, mungkin ada seorang sahaja yang mampu menjaga ibu dan bapanya. Cerita yang dikongsi oleh seorang doktor di Facebook miliknya ini boleh dijadikan pengajaran. Ramai anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka apabila mereka sudah mempunyai keluarga sendiri dan berhijrah ke tempat mereka mencari rezeki.
Menangis pakcik ini semasa menceritakan kisah diri dan anak-anaknya. Mungkin pakcik ini tidak menyangka nasibnya begitu malang walau mempunyai 5 orang anak. Dia tiada kenderaan sendiri dan wang untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatannya. Doktor menulis nota pada bahagian depan kad kesihatan pakcik ini supaya setiap kali pakcik ini datang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, dia akan diberikan keutamaan. Netizen berasa sedih dengan nasib pakcik tersebut. Anak-anaknya tidak mengambil tahu keadaan ayahnya dan sanggup biarkan dia berjalan sejauh 3 kilometer semata-mata untuk ke klinik kesihatan. Setuju dengan komen seorang netizen, ibu dan ayah boleh menjaga seberapa ramai anak semasa kecil sehinggalah besar tetapi anak-anak tidak mampu menjaga seorang ibu atau ayah. Ramai netizen yang sudah kehilangan ibu dan ayah berasa sebak membaca kisah pakcik ini. Apa tidaknya, netizen yang masih mempunyai ibu dan ayah sanggup mengabaikan kedua orang tua mereka sedangkan netizen yang sudah tiada ibu ayah berasa rindu dan masih belum puas untuk berbakti kepada orang tua meraka. Bagi yang masih ada ibu dan ayah di kampung tu, ambil tahu keadaan mereka dan selalulah balik menjenguk mereka. Hidup kalian lebih berkat dan dimurahkan rezeki jika ikhlas menjaga ibu dan ayah. - CARI |
5
Bagus |
5
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
marumaru: takpe ke doc tular macam ni ek? tak kena saman ke... tapi setuju je dgn doc... jgn la over sngt menyusahkan mak bapak ye... jaga cucu pun bukan benda ...
fushimi replied at 20-4-2018 05:28 AM
kadang anak anak tak koser melayan bapak ada sebab
kadang mak bapak bila dah tua suka tuding ja ...
ADVERTISEMENT