CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Ke Landasan Tren, Wanita Hamil Nyaris Maut

19-4-2018 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8403| Komen: 58

Seorang wanita hamil pengsan dan terjatuh ke landasan di stesen LRT Damai pagi Khamis ketika sedang menunggu tren ke tempat kerja.

mSatr Online melaporkan, melalui CCTV di stesen terbabit, wanita berusia 26 tahun itu dalam keadaan tidak stabil dan tiba-tiba terjatuh ke landasan ketika tren menghampiri platform.


Walau bagaimanapun dia bernasib baik dapat diselamatkan menggunakan sistem PIES (Platform Intrusion Emergency Stop) yang dipasang di platform stesen LRT Laluan Kelana Jaya.

Foto: FB Rapid KL
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairani Mohamed, berkata,

“Sistem PIES berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi tujuh kilogram ke atas plat PIES. PIES ini dipasang di semua platform di stesen LRT Laluan Kelana Jaya kecuali di stesen bawah tanah.


“Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen berfungsi dengan baik sekali. Sistem PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata dunia bagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek."

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sistem LRT Laluan Kelana Jaya kembali pulih kira-kira pukul 8.15 pagi setelah mengalami kelewatan jadual perjalanan kira-kira 25 minit. -CARI
19

Bagus
27

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 19-4-2018 01:12 PM
ni la sbb tren delay pg td..
smpai2 je lrt stiwgse tgk rmai gile org..
dlm ati kte kompem tren delay lg la ni..
Quote shernazz 19-4-2018 01:14 PM
Kiranya dia.dok depan rel tu pengsan jatuh atas trek?
Fuh...
Dedolu masa star lrt delay..semua brenti kat chan sow lin..
Iols paling depan.melepasi garisan kuning tu...
Fuh..iols berdoa la..moga xde org gila.tolak iols.jatuh..hahaha
Mengerikan
Quote palmolive 19-4-2018 01:23 PM
grizz replied at 19-4-2018 01:12 PM
ni la sbb tren delay pg td..
smpai2 je lrt stiwgse tgk rmai gile org..
dlm ati kte kompem tren del ...

isnin dah delay..ari n delay lagi..menurut pengguna lrt opis aku..
aku pengguna motor
Quote palmolive 19-4-2018 01:24 PM
shernazz replied at 19-4-2018 01:14 PM
Kiranya dia.dok depan rel tu pengsan jatuh atas trek?
Fuh...
Dedolu masa star lrt delay..semua bre ...

haah, wanita tu jatuh atas trek then system LRT tu dh stopkan tren n arus letrik atas trek tu
Quote Parit.Hilton 19-4-2018 01:31 PM
kalau dia pengsan jatuh kat trek, pastu time tu jugak tren sampai
Quote palmolive 19-4-2018 01:32 PM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]


WANITA mengandung terselamat selepas terjatuh ke atas landasan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian pada 7.48 pagi, wanita, 26, itu sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja, namun tiba-tiba terjatuh ke atas landasan sebaik tren menghampiri platform.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Khairani Mohamed berkata, wanita berkenaan terselamat kerana sistem keselamatan dikenali sebagai Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) bertindak memberhentikan tren terbabit.

“Polis bantuan yang berada di lokasi kejadian bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

“Anggota bomba dan pasukan perubatan mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk melakukan rawatan kecemasan sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairani berkata, sistem PIES yang dipasang di setiap platform berfungsi untuk memberhentikan tren yang sedang menghampiri platform secara serta-merta apabila ia mengesan ada objek yang terjatuh ke atas landasan.

“Sistem PIES berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi tujuh kilogram ke atas plat PIES. PIES ini dipasang di semua platform di stesen LRT Laluan Kelana Jaya kecuali di stesen bawah tanah,” katanya.

Menurutnya, bagi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, kerja-kerja pemasangan PIES sedang dijalankan dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen LRT berfungsi dengan baik sekali.

“Sistem PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata dunia bagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek,” katanya.

Katanya, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada 8.15 pagi selepas kira-kira 25 minit mengalami kelewatan jadual perjalanan.
Quote grizz 19-4-2018 01:35 PM
palmolive replied at 19-4-2018 01:23 PM
isnin dah delay..ari n delay lagi..menurut pengguna lrt opis aku..
aku pengguna motor

isnin aritu lg lme..dekat kol 11 kot baru iolss dpt nek tren..
yg ni mujur kejap je dlm 20mnt
baru bercite2 tok meng'EL'kn diri ini..

Quote palmolive 19-4-2018 01:36 PM
grizz replied at 19-4-2018 01:35 PM
isnin aritu lg lme..dekat kol 11 kot baru iolss dpt nek tren..
yg ni mujur kejap je dlm 20mnt
ba ...

bertabah la yek..
aku dulu kadang guna LRT merasai azab dia..
pernah stuck kt masjid jamek..dh la stesen bwh tanah
Quote grizz 19-4-2018 01:38 PM

sib bek de system PIES tu..
klu x..msti hanco pompuan tu kne gelek ngan tren..
ngeri nye lahai..
dh la mengandung kot..

Quote grizz 19-4-2018 01:46 PM
palmolive replied at 19-4-2018 01:36 PM
bertabah la yek..
aku dulu kadang guna LRT merasai azab dia..
pernah stuck kt masjid jamek..dh l ...

mmg bertabah pon..
slps memaki dlm ati..nk xnk kne la betabah..


Quote shernazz 19-4-2018 01:55 PM
palmolive replied at 19-4-2018 01:24 PM
haah, wanita tu jatuh atas trek then system LRT tu dh stopkan tren n arus letrik atas trek tu

Wow
Unexpected ni kan
Agaknya akak tu kenapa.la ek..sakit ke..
Sian.plak...
Quote shernazz 19-4-2018 01:57 PM
palmolive replied at 19-4-2018 01:36 PM
bertabah la yek..
aku dulu kadang guna LRT merasai azab dia..
pernah stuck kt masjid jamek..dh l ...

Stuck.pukul 7-8am adalah.paling hazab di dunia...
Sampai.nak.turun eskelator pon bersesak xtau nak.langkah.mana..hahaha
Naseb skang x guna lrt dh...
Quote delia3003 19-4-2018 02:00 PM
palmolive replied at 19-4-2018 01:36 PM
bertabah la yek..
aku dulu kadang guna LRT merasai azab dia..
pernah stuck kt masjid jamek..dh l ...

Ngerinye train stop kat dalam terowong macam tu.

Nasib baik ler jugak tren jauh lagi masa dia jatuh, buatnya betul2 depan train. 26 tahun muda lagi.
Quote Star_el 19-4-2018 02:15 PM
Adoi tulah, dlm mengandung tak sihat pun terpaksa gak g keje T___T
Quote misz_sanggul 19-4-2018 02:17 PM
shernazz replied at 19-4-2018 01:55 PM
Wow
Unexpected ni kan
Agaknya akak tu kenapa.la ek..sakit ke..

kan pregnant 4 bulan mabuk la kut sibaik xde pape

Quote laksmanabentan 19-4-2018 02:17 PM
ko da kenapa kak?
berebut duk depan sekali ker sampai terjatuh tu?
ke ko tak sempat breakfast... tu yg kepala pun pusing ya kak...
cepat sembuh ya kak..
Quote kibodwatriuh 19-4-2018 02:23 PM
adoilah kesian mengandung lagi.
Quote Themilo 19-4-2018 02:25 PM
Hey chuols! iols dulu pernah juga terjatuh between the gap antara tren & terminal tau! masatu jaman iols gigih naik KTM komuter dari Mid Valley, turun kat stesen KL (stesen keretapi lama).

Memang langsung tak nampak bawah, sebab orang ramai nak keluar / masuk tren. Suddenly iols jatuh, & tersangkut di bahagian dada. Kaki dah tergantung ke bawah, sebab terminal tu tinggi. Nasib baik ramai juaa mat-mat yendon yang sudi mengangkat i naik ke atas.
trauma tau!
Quote chinta89 19-4-2018 02:28 PM
habis merah la punch card...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.097241 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top