CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Akan Sesekali Mengemis, Pemuda Makan Guna Kaki Jadi Perhatian

19-4-2018 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2898| Komen: 14

Seorang pemuda berusia 26 tahun selalu menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke restoran sekitar Cheras kerana makan menggunakan kaki.

Harian Metro melaporkan, dia bergantung penuh dengan kedua-dua kakinya yang menjadi 'tangan' sejak lahir lagi.

“Walaupun saya tidak mempunyai kedua-dua tangan, saya tidak meminta sedekah. Selagi ada kudrat, saya akan terus mencari rezeki halal dengan apa cara sekali pun.

“Buat masa ini, saya bahagia dengan cara hidup saya. Biarpun hanya bergantung dengan bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada masanya saya juga membantu orang lain kerana yakin ada balasan untuk saya satu hari nanti.”


Dikenali sebagai Mohd Nor Abdullah, dia menjana pendapatan dengan bekerja sebagai pembantu gerai, restoran dan juga penjaga kawasan letak kereta berhamporan stesen Transit Aliran Ringan Cheras.

“Alhamdulillah, saya boleh menguruskan kehidupan sendiri. Sebelum ini, saya jadi pembantu di beberapa gerai pasar malam sekitar ibu negara dengan upah antara RM20 hingga RM30 sehari.

“Saya juga mendapat bantuan JKM dan Baitulmal sebanyak RM650 serta bayaran sewa bilik. Ia cukup untuk belanja makan, pakaian dan telefon. Jika ada rezeki lebih, saya bantu orang lain pula, setakat belanja makan, apalah sangat."

Foto: Harian Metro
Selain itu dia juga mampu menaip kata kekunci dan menaip di telefon menggunakan hidung tanpa ada kesalahan ejaan. -CARI
16

Bagus
19

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 19-4-2018 12:34 PM
Benda ni jadi teladan baik untuk aku......org lain tu aku taktau lah.....
Quote marumaru 19-4-2018 12:42 PM
jadi inspiration dan pembakar semangat saya juga... kadang2 rasa lemah semangat,  rasa susahnya hidup ni... tapi bila tengok org kelainan upaya buleh kuat dan positif je dalam hidup dia buat saya jadi insaf... nikmat ape lagi yg nak didustakan kan...
Quote sarahmirza 19-4-2018 12:44 PM
Semoga terus berjaya!
Bila kita rasa susah, ingat la ada orang yg lagi susah dari kita
Quote aqissa 19-4-2018 12:45 PM
Insafffff la hai....
Quote Red_mAnc 19-4-2018 12:45 PM
alhamdulillah ..semoga brader di permudahkan segala urusan duniawi dan di murahkan rezeki
Quote damian_lee 19-4-2018 12:53 PM
Sbnrnya mmang xperlu mengemis
Banyak bantuan akan dpt ...
Cuma yang malas jer cakap xdpt bantuan

My kenalan kahwin dengan mualaf
Kira mcm mamak gak la
Hidup susah gak la

Tapi bantuan dr pelbagai penjuru ...
So mmang hidup xdelah susah mana ... selepas dpt bantuan ..

Bantuan untuk mcm2 jenis
Bantuan sara diri la
Bantuan rumah sewa la
Bantuan muallaf la
Mcm2 la ....
Quote grizz 19-4-2018 01:30 PM
insof den..
siap bleh bantu org len lg tu..
Quote prettyuglybabe 19-4-2018 01:54 PM
meanwhile yang cukup anggota badan masih susah walau ada bantuan sara hidup sedang termenung and the best menambah 'rezeki'..
Quote Artemesiaa 19-4-2018 02:38 PM
Yang cukup sifat tapi malas nah berusaha dan berkerja patut malu dengan dia ni
Quote hungryhenry 19-4-2018 02:56 PM
Aku harap si sohai laki ina naim insaf dari menggentel telur menunggang agama
Quote asyriqa 19-4-2018 02:59 PM
Insaf tengok adik ni..moga dimurahkan rezeki n diberikan kesihatan yg baik tuk adik ni dlm menempuh kehidupan yg penuh pancaroba ni
Quote batmana 19-4-2018 03:37 PM
patut letak gamba dia byk2 kt jambatan2, tmpt2 byk kes bunuh diri tu

psl kebanyakkan yg bunuh diri tu, ada kaki, leh lompat, ada tangan leh panjat

Quote rohayatimat 19-4-2018 03:43 PM
Menarik tentang adik ini ialah ia sanggup bantu orang lain walaupun dia sendiri berkeadaan demikian...Semoga setiap bantuan yang dihulurkan akan dibalasNya beratus kebaikan lagi...Bukan semua orang ada niat dalam hati untuk bantu orang lain walaupun sempurna sifat. Teringat saya akan seorang lelaki di Indonesia yang tidak mempunyai tangan dan kaki boleh menjadi seorang fotografer yang berjaya dan sanggup berkingsi ilmu dengan orang lain pula....  https://www.youtube.com/watch?v=2cyZyOhM2A8

Rohayati
www.ibusambal.com
Quote supernaturalee 19-4-2018 03:51 PM
mcmn die kerat kuku


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037093 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top