CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kulit Hilang Kolagen? Anda Yang 30an Perlu Makan Sup Kaki Ayam Seperti Selebriti Korea

19-4-2018 01:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6135| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza Rai



Umur anda 30an atau 40an ke atas?
Ada terasa kulit kurang anjal, tak seperti ketika remaja dulu?
Maklumlah pertambahan umur bermakna sel kolagen juga makin berkurangan. Jumlahnya pula akan terus merosot dengan purata 1 hingga 4 gram kolagen hilang setiap hari!

Bunyinya menakutkan.
Hilang kolagen bermakna kulit cepat berkedut dan tampak lebih tua dari umur. Tak nak lah dipanggil makcik sebelum masanya.

Tapi, pasti ada cara untuk menambahkan kolagen.
Bukan ubat tapi cara semulajadi iaitu meratah kaki ayam.

Ya! Petua ini telah lama diamalkan oleh orang Melayu dulu-dulu, malah bintang Korea juga turut mengamalkan sup kaki ayam seperti yang boleh ditonton dalam program realiti mereka.

Menurut kajian pakar Jabatan Sains Haiwan Universiti Chungsing, Taiwan – kaki ayam mempunyai banyak kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Malahan kolagen kaki ayam ini menyamai khasiat sayur-sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C. Padanlah mereka yang gemarkan kaki ayam ini kulitnya sangat cantik, lembut, kulit tegang dan kurangnya garis halus penuaan.

Jom lihat resipi yang dikongsi netizen ini.


SUP KAKI AYAM ALA THAI
Bahan-bahan
- 500gm kaki ayam
- 7 ulas bawang putih (dibelah dua)
- 1 ketul halia saiz sederhana (diketuk sedikit)
- 2 biji ubi kentang (belah 4)
- 1 biji lobak merah
- 1 pek cendawan (dicarik)
- 2 biji tomato (belah 4)
- 2 biji bawang besar (belah 4)
- 10 biji cili Thai (diketuk)
- 4 helai daun limau purut muda
- 2 biji limau kasturi
- 1 sdb rempah sup/rempah kurma
- Garam secukup rasa dan perisa

Bahan tumis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga

Bahan tumbuk
- 3 ulas bawang merah(hiris nipis)
- 3ulas bawang putih(hiris nipis)
- 2 inci halia dihiris nipis



Ini cara memotong jari kaki ayam yang dilakukan oleh Leeina. Terpulang pada citarasa diri sendiri

Ini pula kaki ayam yang cuma dibuang kuku. Lebih berkhasiat
Cara membuatnya

1) Bersihkan kaki ayam, rebus bersama halia dan bawang putih hingga lembut.
2) Masukkan ubi kentang, rebus hingga ubi kentang lembut.
3) Dalam periuk lain tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
4) Masukkan pula bahan tumbuk, goreng hingga kekuningan dan wangi.
5) Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
6)Masukkan kaki ayam dan kentang ke dalam bahan rempah.
7)Perasakan dengan garam, serbuk perasa, perahan limau.
8) Bila mendidih, masukkan cendawan, tomato, bawang besar, cili padi.
9) Masukkan hirisan daun ketumbar bila dah masak.


Bagi yang belum pernah merasa dan terasa mahu menambah kolagen, bolehlah mencuba cara semulajadi ini. Mungkin agak geli atau pelik pada permulaan namun alah bisa tegal biasa kan? - CARI 

Kredit : Leeina Qaliena dan internet
8

Bagus
7

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 19-4-2018 01:55 PM
sedap nye kaki ayam..
tp malas nye nk wt..
goreng lg senang..
Quote noraidil_06 19-4-2018 01:56 PM
Kalau mkn sup nye blh tak? X lalu la kaki tu
Quote damian_lee 19-4-2018 02:03 PM
Kawan chinese aku bagi resepi masak kicap
Sampai sekarang xkose nak cubaa
.
.
Masak kaki ayam xleh banyak2
Kena cepat abis
Sbb kalau masak banyak
Hangatkan selalu
Lama2 ... kuah tu bila sejuk jadi agar2
.
.
Sup suka kalau jadikan makan ngan bihun
So jadi bihun sup.kaki ayam
Walllaaaaaa
Quote myakayina 19-4-2018 02:28 PM
tak mkn kaki ayam..
Quote chinta89 19-4-2018 02:32 PM
kwn2 iols x suke kaki ayam. sb deols kata kotor.

ape daaaa...
Quote zulka 19-4-2018 02:39 PM
mkn sup je la kalau geli...mcm aku
Quote seri_mawr 19-4-2018 02:40 PM
aku geli nak ngap kaki ayam tu....

tapi kawan2 opis aku relax2 aje makan kaki ayam masak kicap...
Quote puccafan 19-4-2018 02:40 PM
Makcik iols cakap,resepi ni kalo nak mujarab, sekali buat resepi ni,kena guna 4 pasang kaki ayam. Pastu sup tu kena habiskan utk seorang. So,kalo nak buat, biar kuah sikit2 cukup la.
Bukan takat bagus utk kolagen je. Utk sakit lutut pon bagus. Tambah2 kalo kita makan kat part2 sendi tu. Dia ganti balik pelincir lutut yg haus tu
Quote Genkidesuka 19-4-2018 02:41 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Alahai.  Tk boleh masuk tekak.  Pernah mkn tp I was like... errr rasa apakah... errr sedap tang mana ni.... errr tk nk la.  
Quote Genkidesuka 19-4-2018 02:43 PM
Tp nmpk gayanya kena cuba mkn la ye. Insya Allah I'll try.  Masak sambal kering2 sedap kot.
Quote MeghanK 19-4-2018 03:01 PM
iols lebih suka buat sup tak tumis pastu hirup letak cili kicap
Quote SLAManya 19-4-2018 03:01 PM
i dulu rajin buat untuk antibodi anak
seminggu sekali mesti buat
sambil tu i hirup jua
Quote sarahmirza 19-4-2018 03:04 PM
Kecik2 dulu makan juga kaki ayam mak masak sup.
Dah besar ni, i buang aje kaki ayam tu...
Tak lalu la nak makan, kalau masak pun takde orang nak makan..
Anak2 i langsung tak pandang, en suami kadang2 je na biasa tak nak jugak.
Dah kufur nikmat sikit bab daging ayam ni..
Hahahahaha
Quote fishcracker 19-4-2018 03:10 PM
Kaki hayam nk kena rebus sejam stengah baru betul2 lmbut,buh cendawan batang saleri carrot...hirup panas2
Quote Themilo 19-4-2018 03:29 PM
boleh juga setakat buat sup & hisap-hisap kaki ayam tu.. nikmat!

tapi takleh blah bila tukang siang, cuma buang kuku ayam tu jaaa... jari-jemari ayam tu dah macam tangan baby jaa iols tengokkan..  
Quote selyusi 19-4-2018 03:47 PM
damian_lee replied at 19-4-2018 02:03 PM
Kawan chinese aku bagi resepi masak kicap
Sampai sekarang xkose nak cubaa
.

Kuah tu jadi agar2 sebab collagen ke?
Quote makton 19-4-2018 03:52 PM
aku suka rebus lama.. buat kerabu. or sup pun boleh. kunyah smpai hancur tulang2 tu

kalau goreng aku tak berapa suka. sbb keras
Quote damian_lee 19-4-2018 03:58 PM
selyusi replied at 19-4-2018 07:47 AM
Kuah tu jadi agar2 sebab collagen ke?

Ntahlah sbb collagen ke apa .. Orang kata tinggi cholestrol gak .. Tak tau laaa
Quote selyusi 19-4-2018 04:05 PM
damian_lee replied at 19-4-2018 03:58 PM
Ntahlah sbb collagen ke apa .. Orang kata tinggi cholestrol gak .. Tak tau laaa

Haah kaki ayam tinggi kolestrol jugak, tak boleh terpedaya dengan kaki kaki mereka itteww

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.110852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top