CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Menipu Tapi Tak Cerdik, Bro Masuk Larian Ini Untuk Apa Sebenarnya?

16-4-2018 03:39 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 9716| Komen: 55|Original author: Oleh: Khair

Gambar: Facebook Runwitme

Hujung minggu lalu merupakan satu minggu yang sibuk untuk para peminat sukan lari jarak jauh atau dikenali sebagai marathon kerana berlangsunya acara tahunan Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) yang saban tahun menjadi medan cabaran untuk para pesertanya.

Ini kerana jarak yang akan dilalui sejauh 42 kilometer itu akan mencabar mental seseorang selain ketahanan fizikalnya. Kebiasaannya, masa diambil berjam-jam lamanya, namun jika anda seorang yang mempunyai fizikal yang baik dan cergas mungkin masa yang diambil hanyalah sekitar tiga ke empat jam sahaja.

Memang penuh media sosial seperti Facebook dan Instagram apabila masing-masing bergaya dengan pingat masing-masing. Tetapi, menurut penganjur, sepanjang berlangsungnya acara tersebut lebih 300 peserta telah disingkirkan kerana didapati menipu.




Antara yang hangat diperkatakan adalah seorang lelaki yang kononya berjaya menamatkan larian 42KMnya dalam masa 3.42 jam sahaja. Lebih menarik, dia sama-sama sampai di garisan penamat bersama peserta yang biasanya menyertai larian marathon iaitu Karen Siah.

Setelah diselidiki dan digali oleh para netizen, lelaki tersebut rupanya-rupanya menipu kerana di pertengahan jalan, dia menaiki pengangkutan awam dan tidak pergi ke semua 'check point' yang ada. 

Tindakan lelaki itu mengundang rasa marah netizen kerana bagi mereka, apa yang hendak dibuktikan lelaki tersebut dengan menamatkan larian tetapi dengan cara menipu.



Buat peserta di luar sana yang berfikir-fikir untuk menipu dalam acara besar seperti ini, fikirlah masak-masak. Usahlah menipu kerana pelbagai cara boleh dikesan dan setiap larian anda sebenarnya direkodkan. Jadilah jujur pada diri sendiri. - CARI

20

Bagus
18

Marah
4

Terkejut
11

Sedih
21

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 16-4-2018 03:44 PM
silapnya dia sebab habis dalam 4 jam sama dengan iron man, maka runner2 lain pun lakukan siasatan.
Quote Red_mAnc 16-4-2018 03:47 PM
hahahahahhaha, lawak!!!! Ni lagi satu wannabe urban..lu lari kat kampung je lah bro.,.buat malu kaum je... sure UMNGOK yg ajar.. kalau nak tipu pun lu ikut lah larian yg di anjurkan oleh LOCAL bank, bukan Standard Chartered bro,.,dah la HQ bank ni kat London, bukan kat kampung bro, hahaha, kaki kencing..shame on you cunt!!
Quote prettyuglybabe 16-4-2018 04:03 PM
tak larat masuk 5km saja sudah la..
eksyen kemahen nak masuk 42km..
ni bini suruh pi buang sampah pun malas ada hati nak masuk marathon..
Quote bettyboops 16-4-2018 04:14 PM
i dulu masuk fun run n fun ride.. 10km..

siap benti makan breakfast roti canai.. singgah shopping air kat 7e..

tetap finisher jugak laa walopon dah terkebelakang.. ingatkan i n d gang ni yang corot.. rupanya ada lagi corot terok dari kitorang.. but it was fun laaa.. hahhaahahaa..

Quote Iema5008 16-4-2018 04:17 PM
Org skrg bila join run lebih kepada nak mnunjuk betapa urbannya aku okay....
Dulu2 masa run tak femes best je.. tp skrg? Huh.. maksud aku kebelakangan ni.. pada tahun 2015
/2016 mcm tu run2 ni fun je join.
Bila start ptengahan 2017, runner yg bbnu atak mak bru nak up join masa marathon, lari ke bbasikal ke, sempat nak membawang dan selfie.. i was like errr.... ni nak sehat ke nak mental {:run{:laugh
Quote noraidil_06 16-4-2018 04:17 PM
prettyuglybabe: tak larat masuk 5km saja sudah la..eksyen kemahen nak masuk 42km..ni bini suruh pi buang sampah pun malas ada hati nak masuk marathon..


Habis dgn bini2 dia ko heret. X yah lari la bang.duk umah main game sudeh
Quote leylapple 16-4-2018 04:24 PM
bettyboops replied at 16-4-2018 04:14 PM
i dulu masuk fun run n fun ride.. 10km..

siap benti makan breakfast roti canai.. singgah shopping ...

wahhh...

berapa jam u masuk fun run and fun ride siap shopping sakan tu?

mesti organiser tu bising2 kat finishing" mana lah runner/rider aku nie tak sampai2 lagi"
Quote bettyboops 16-4-2018 04:40 PM
leylapple replied at 16-4-2018 04:24 PM
wahhh...

berapa jam u masuk fun run and fun ride siap shopping sakan tu?

i pernah join fun ride hari sukan negara.. and few at kl city centre, putrajaya..
yang fun run i join shell at cyberjaya, kl city centre and others..

dah nama pun fun kan.. so memang betul-betul enjoy  chilling je lah.. hahhahaaa..

gaya of cos lah macam runner/rider pro.. tak nak kalah tapi tu lah.. tahan 4,5 kilometer je.. kilometer yang selebihnya tu, hampehhhh.. hahhahaaa..

among my frens ni ada lah yang badan chubby-chubby.. selalunya diorang ni lah yang ajak join n registerkan.. mostly other frens yang join ikut ni pun sebab being supportive.. ye lah, orang beriya nak kurus, jaga badan.. kita bagi lah moral support..







Quote SayangSalmah 16-4-2018 04:40 PM
dia pon nak glamer gak...tk pasal2 je muka jd viral ..
Quote siape_aku 16-4-2018 04:45 PM
bodonye la...kalo larat 5km...masuk fun run je la...Dino fun run...bnyk acara yg ringkas2... kalo tgk badan...patutnye baju heols mesti berpeluh lencun....ni rilek je....org lain muke kat finishing mcm nak putus urat kentut dah
Quote insulin 16-4-2018 04:46 PM
Failllllll... Siap bukti bergambar lagi...
Quote bettyboops 16-4-2018 04:53 PM
Iema5008 replied at 16-4-2018 04:17 PM
Org skrg bila join run lebih kepada nak mnunjuk betapa urbannya aku okay....
Dulu2 masa run tak fem ...

betol..

i pernah tengok ada yang datang muka make-up kemain tebal, rambut berkepok-kepok.. i was like diorang ni nak run/ride or nak mencarik jodoh kahhh..?? at last, tu diaaaa.. rambut kepok jadi bun teros sebab kepanasan..

yang datang pakai wrong type of sneakers/trainers pun ada.. kot ya pun, tengok lah dulu kasut tu sesuai ke tak untuk long distance running, walking n so on.. tengok asal cantik, asal very in, hi-end, pegi pakai but tak feed d purpose.. hambik kauuu.. terpeleot buku lali kat situ jugak..
Quote imransulaiman 16-4-2018 05:14 PM
Saya kalau join marathon (10K je pun...hahahaaaa), bila nampak cameraman baru nak lari.. Bila lepas je, saya berjalan... Miahahahahaha!
Quote paz 16-4-2018 05:22 PM
Sekarang ramai kan yang masuk just nak share kat media social. Aku setakat fun run aja sudahlah, itu pun kena wakil office. Kalau idak, tak kuasa.
Quote Owlknight 16-4-2018 05:47 PM
I am motivated to run sebab selalu nampak kawan my hub join run etc. This year she ups her game by joining triathlon. So untuk acik gems macam aku, aku sedar diri dan try to register as a 5km free run je dulu. Biar usaha sendiri. Sikit2 pun tak pe. Asalkan buat sendiri baru rasa berbaloi.
Quote jazaa100 16-4-2018 06:08 PM
Red_mAnc replied at 16-4-2018 03:47 PM
hahahahahhaha, lawak!!!! Ni lagi satu wannabe urban..lu lari kat kampung je lah bro.,.buat malu kaum ...

Kau lagi BONGOKKK....

tak de kena mengena dgn UMNO, yg kau petik petik nama UMNO knp?...




*mode ketua wanita
Quote Artemesiaa 16-4-2018 06:33 PM
Attention seekers je suka buat kerja cam ni
Quote nikaido 16-4-2018 08:08 PM
Aku running setakat ni plg jauh HM je (21km). Belum berani buat FM
Quote cikanggun 17-4-2018 01:26 AM
Iols join fun run or lenggang mak limah sbb finisher medal unik... haha..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055992 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top