CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Kacang Goreng Super Sedap MAS Terbongkar - Jom Buat Sendiri

11-4-2018 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21049| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza Rai

Sesiapa yang kerap naik penerbangan Malaysia Airline Berhad (MAB), pasti akan terkenang ole-ole super sedap ini. Tidak lain tidak bukan ialah kacang shandung yang rangup dan lazat.

Malahan ada penumpang yang meminta lebihan kacang tersebut kepada staf kabin untuk dibawa pulang kerana kesedapannya.

Tidak hanya itu, ada yang gilakan kacang sanggup membeli berpaket-paket ‘jajan’ ini hanya kerana kerangupannya.

Tapi hampa jika kacang yang dijual tidak seperti dibayangkan. Kini anda boleh membuatnya sendiri dengan petua yang diberikan oleh netizen ini.

Rahsianya ialah perlu direndam semalaman barulah digoreng. Okey, jom kita lihat cara memasaknya.



Kacang goreng bawang putih


Bahan-bahan:
- 1kg kacang kopek/ trojen / Shandung (kopek kacang kepada dua supaya bila diperap, ia akan menyerap sepenuhnya)
- 20 ulas bawang putih (dikisar dan dibuat pes)
- 20 ulas bawang putih dihiris halus (masukkan ketika menggoreng nanti)
- Sedikit garam dan gula 

Cara membuatnya:

1)    Basuh kacang bersih-bersih.

2)    Sementara itu rebuskan air bersama pes bawang putih, garam dan gula. Biarkan ia sampai mendidih. Keluarkan separuh pes dan toskan sementara separuh lagi biarkan dalam air rebusan.

3)    Masukkan kacang ke dalam air rebusan tadi. Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api. Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang 10 minit kemudian tos kan. Gaulkan kacang tadi bersama pes bawang putih, garam dan serbuk perasa. Gaul rata, letakkan dalam dulang dan perap semalaman.

4) Ini rupa kacang yang telah diperap semalaman. Nampak kering.


5) Goreng kacang (tapi jangan banyak untuk menjaga kerangupannya).

6) Masukkan hirisan bawang putih, goreng sehingga kacang masak dan rangup.


7)    Bila kacang dah hampir masak, rupanya begini. Kacau hingga garing.

8) Ini rupa kacang yang telah siap digoreng.  Tunggu betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tip
*  Pes bawang putih buat 2 bahagian iaitu masukkan ke dalam air rebusan, manakala bakinya pula digaul pada kacang yang dah siap direbus.
*  Jangan masukkan kacang terlalu banyak, nanti kacang  tak rangup.
* Goreng dengan api yang perlahan. Ia memerlukan kesabaran untuk menggoreng kacang, sebab jika api besar, kacang cepat hangus dan lemau.

Tidak susah pun, cuma memerlukan kerajinan kala membuatnya. Jadi, peminat kacang sila bersedia ya. - CARI 

Kredit : Nazira Abd Kader menerusi MAHN

24

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 11-4-2018 12:50 PM
dap pulak tgk..............
Quote EncikRhoma 11-4-2018 12:51 PM
aku selalu tengok orang post resipi mesti guna hashtag MAHN.....apa makna tu?
Quote Miss.Rara 11-4-2018 01:22 PM
EncikRhoma replied at 11-4-2018 12:51 PM
aku selalu tengok orang post resipi mesti guna hashtag MAHN.....apa makna tu?



MAHN - Masak Apa Hari Nie page...
Quote EncikRhoma 11-4-2018 02:22 PM
Miss.Rara replied at 11-4-2018 05:22 AM
MAHN - Masak Apa Hari Nie page...

ooooo....tq bagitau
Quote Levespa 11-4-2018 09:44 PM
banyak je org jual kacang ni.. nak2 time raya.. lagi best n kurang masin skit dari yg mas punya
Quote dewi_rina 12-4-2018 10:38 AM
Sedap wehhhh
Quote shernazz 12-4-2018 02:31 PM
Iols.suka.mas punya
Yum yum....
Quote Cari-Azza 12-4-2018 03:40 PM
shernazz replied at 12-4-2018 02:31 PM
Iols.suka.mas punya
Yum yum....

Sama...sangat suka

Quote jazaa100 12-4-2018 04:33 PM
EncikRhoma replied at 11-4-2018 12:51 PM
aku selalu tengok orang post resipi mesti guna hashtag MAHN.....apa makna tu?

fb group - Masak Apa Hari Ni

Quote alieyrina 15-4-2018 12:54 PM
Alamak..kembang tekak aku tgk bwg putih..aku x mkn kcg tanah
Quote greantea 16-4-2018 05:19 PM
nampak sedap n mudah. boleh di cuba ni. bila rajin nnt
Quote Thealisyayusuf 4-2-2023 12:17 AM
Tq for the recipeee
Quote Wheeinout 28-2-2023 08:10 PM
Boleh try rajin nanti
Quote LadyCarefree 6-3-2023 06:42 PM
Kacang MAS takde rasa garlic ke haper pun.
Quote dilaOHdila 9-3-2023 10:48 AM
LadyCarefree replied at 6-3-2023 06:42 PM
Kacang MAS takde rasa garlic ke haper pun.

Tapi ada lah sikit rasa lemak kan
Quote LadyCarefree 9-3-2023 12:23 PM
dilaOHdila replied at 9-3-2023 09:48 AM
Tapi ada lah sikit rasa lemak kan

tak ada garlic traces pun
Quote Lengkong 9-3-2023 09:37 PM
Aku suka kacang ni goreng lah cara mana semua aku suka
Quote Ytee 17-6-2024 10:10 PM
terliur tgk
Quote Semutbesi 9-7-2024 12:29 AM
Favourite nii!!!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.254043 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top