CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kalaulah Aku Tak Ikut Naluri Aku, Mungkin Sampai Sekarang Rasa Bersalah..

5-4-2018 12:27 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3838| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney


Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah perlulah sentiasa hati-hati dengan benda-benda kecil yang boleh dimasukkan oleh anak ke dalam mulut mereka. Sudah banyak kes kanak-kanak tertelan pin, syiling, pil ubat, bateri kecil dan sebagainya. Ada ramai kanak-kanak yang suka memasukkan benda kecil ke dalam mulut. Itu adalah perkara normal bagi kanak-kanak dan ia salah satu cara untuk mereka meneroka benda-benda yang ada disekeliling mereka.

Seorang pengguna facebook, Nur Amirah Yusof menceritakan detik cemas selepas anaknya tertelan bateri kalkulator. Tindakannya yang pantas dan naluri seorang ibu yang kuat mengatakan anaknya tertelan bateri tersebut telah menyelamatkan nyawa anaknya. 

Sebaik kalkulator tersebut jatuh dan penutup bateri terbuka, wanita tersebut gagal menjumpai bateri yang tercabut dan mengesyaki anaknya telah menelannya walaupun anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan.




Inilah kalkulator yang jatuh dan sebelahnya ialah bateri yang telah berjaya dikeluarkan daripada perut anak wanita tersebut. Bateri itu sangat aktif dan sudah bertukar warna setelah beberapa jam. 

Netizen turut berasa takut dan risau jika kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka walaupun sentiasa dipantau. Memanglah, sesetengah kanak-kanak ni tindakan mereka lebih laju dan tidak sempat dikawal. Nampaknya netizen perlu lebih peka dan ambil langkah berjaga-jaga.

Ramai juga netizen yang berkongsi cerita anak mereka tertelan benda-benda kecil seperti syiling. Malah ada kanak-kanak yang meninggal disebabkan tertelan penutup botol. Memang menakutkan! Sebab itu netizen yang ada anak kecil perlu sentiasa berwaspada!

Jika ada anak-anak kecil di rumah tu, pastikan keadaan persekitaran kemas, bersih dan simpan benda-benda kecil ditempat yang selamat dan sukar dicapai oleh anak. 

Jangan ambil mudah jika anak-anak tertelan benda kecil seperti bateri kalkulator, ia mungkin tidak bertindak balas serta merta, tetapi mengambil masa untuk merosakkan bahagian dalaman badan. - CARI

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-4-2018 12:33 PM
Syabas buat si ibu
Quote zulka 5-4-2018 12:35 PM
kan dah ader ...
berulang ulang topik...bosan tul
Quote moonbug 5-4-2018 12:39 PM
Adik beradik aku dua orang telan syiling seposen masa kat tadika depan cikgu, cikgu relax je takde bwk klinik ke apa Tapi tu zaman takde viral bagai
Quote palmolive 5-4-2018 12:58 PM
kalo telan bateri mmg tak rasa sakit banding telan tulang ikan
Quote Nurul8001 5-4-2018 01:08 PM
moonbug replied at 5-4-2018 12:39 PM
Adik beradik aku dua orang telan syiling seposen masa kat tadika depan cikgu, cikgu relax je takde b ...

Bateri kecil tu..memang berbahaya..tak sama kesan nya kalo terlelan duit syiling

Kandungan bateri tu yg boleh bertindak balas dalam badan manusia
Quote Nurul8001 5-4-2018 01:17 PM
Bateri ni mengandungi litium, boleh menghakis tisu dalam badan, contoh, kalo dalam usus, boleh menyebabkan usus berlubang..

Syukur, anak ni selamat..
Quote Catpaw 5-4-2018 01:31 PM
Comenya budak nukman ni
Quote moonbug 5-4-2018 01:32 PM
Nurul8001 replied at 5-4-2018 01:08 PM
Bateri kecil tu..memang berbahaya..tak sama kesan nya kalo terlelan duit syiling

Kandungan bate ...

Not that I was comparing telan bateri dgn telan syiling la uols. I cuma terkenang memori zaman kanak2 je, kelakar sbb sampai dua beradik telan coins tapi semua relax aje. Kalau harini the same thing happens, mesti dah keluar kes saman cikgu tadika la, viral nak bg pengajaran la bagai. Those were the days
Quote Nurul8001 5-4-2018 01:39 PM
moonbug replied at 5-4-2018 01:32 PM
Not that I was comparing telan bateri dgn telan syiling la uols. I cuma terkenang memori zaman kan ...

Maaf, saya silap faham..tapi, saya rasa awak pun mesti pernah baca tentang bahaya tu, kan..

Zaman dulu2, media sosial belum mendunia, telefon pun saiz botol air..hahahha

Org zaman dulu, sama ada kurang ilmu atau memang jenis tak mahu memanjangkan perkara..lebih mudah  redha, mungkin..
Quote munahminah 5-4-2018 02:18 PM
Alhamdulillah btindak cpt. Hati2 pd yg ada ank kck tu. mainan jgn biar sepah
Quote missDollie 5-4-2018 03:04 PM
Yups instinct seorang ibu..
Quote chicozinn 5-4-2018 03:44 PM
alololo ciannye baby omey ni
Quote pearl.silver 5-4-2018 05:08 PM
Baby pantang nampak benda atas lantai semua nk kutip masuk mulut..klu taik cicak dpn dia pun bleh masuk mulut gak {:dot
Quote miss_bear 5-4-2018 07:49 PM
I pernah jugak nak x ray anak i yang baby ni sebab was-was tapi neneknya tak bagi sebab budak kecik lagi, katanya takut kesan x ray tak elok untuk budak kecik. Nak tanya sape2 yang dalam bidang perubatan, betul ke buat x ray tu tak bagus, lagi-lagi untuk budak kecik?
Quote ninnakarinna 5-4-2018 10:00 PM
Bateri tu bukan aktif la..logam bateri tu bertindakbalas dengan cecair dan asid dalam perut tu..
Quote najib888 7-4-2018 01:14 PM
miss_bear replied at 5-4-2018 07:49 PM
I pernah jugak nak x ray anak i yang baby ni sebab was-was tapi neneknya tak bagi sebab budak kecik  ...

Mana ada.. berulang berpuluh2 shot pun tak de kesan sgt la..dos x-ray tu mmg selamat.. lagi selamat brbanding asap rokok

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055225 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top