View: 2873|Reply: 16
|
Kalaulah Aku Tak Ikut Naluri Aku, Mungkin Sampai Sekarang Rasa Bersalah..
[Copy link]
|
|
Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah perlulah sentiasa hati-hati dengan benda-benda kecil yang boleh dimasukkan oleh anak ke dalam mulut mereka. Sudah banyak kes kanak-kanak tertelan pin, syiling, pil ubat, bateri kecil dan sebagainya. Ada ramai kanak-kanak yang suka memasukkan benda kecil ke dalam mulut. Itu adalah perkara normal bagi kanak-kanak dan ia salah satu cara untuk mereka meneroka benda-benda yang ada disekeliling mereka.
Seorang pengguna facebook, Nur Amirah Yusof menceritakan detik cemas selepas anaknya tertelan bateri kalkulator. Tindakannya yang pantas dan naluri seorang ibu yang kuat mengatakan anaknya tertelan bateri tersebut telah menyelamatkan nyawa anaknya.
Sebaik kalkulator tersebut jatuh dan penutup bateri terbuka, wanita tersebut gagal menjumpai bateri yang tercabut dan mengesyaki anaknya telah menelannya walaupun anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan.
Inilah kalkulator yang jatuh dan sebelahnya ialah bateri yang telah berjaya dikeluarkan daripada perut anak wanita tersebut. Bateri itu sangat aktif dan sudah bertukar warna setelah beberapa jam.
Netizen turut berasa takut dan risau jika kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka walaupun sentiasa dipantau. Memanglah, sesetengah kanak-kanak ni tindakan mereka lebih laju dan tidak sempat dikawal. Nampaknya netizen perlu lebih peka dan ambil langkah berjaga-jaga.
Ramai juga netizen yang berkongsi cerita anak mereka tertelan benda-benda kecil seperti syiling. Malah ada kanak-kanak yang meninggal disebabkan tertelan penutup botol. Memang menakutkan! Sebab itu netizen yang ada anak kecil perlu sentiasa berwaspada!
Jika ada anak-anak kecil di rumah tu, pastikan keadaan persekitaran kemas, bersih dan simpan benda-benda kecil ditempat yang selamat dan sukar dicapai oleh anak.
Jangan ambil mudah jika anak-anak tertelan benda kecil seperti bateri kalkulator, ia mungkin tidak bertindak balas serta merta, tetapi mengambil masa untuk merosakkan bahagian dalaman badan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah ader ...
berulang ulang topik...bosan tul |
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik aku dua orang telan syiling seposen masa kat tadika depan cikgu, cikgu relax je takde bwk klinik ke apa Tapi tu zaman takde viral bagai |
|
|
|
|
|
|
|
kalo telan bateri mmg tak rasa sakit banding telan tulang ikan |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 5-4-2018 12:39 PM
Adik beradik aku dua orang telan syiling seposen masa kat tadika depan cikgu, cikgu relax je takde b ...
Bateri kecil tu..memang berbahaya..tak sama kesan nya kalo terlelan duit syiling
Kandungan bateri tu yg boleh bertindak balas dalam badan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Bateri ni mengandungi litium, boleh menghakis tisu dalam badan, contoh, kalo dalam usus, boleh menyebabkan usus berlubang..
Syukur, anak ni selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 5-4-2018 01:08 PM
Bateri kecil tu..memang berbahaya..tak sama kesan nya kalo terlelan duit syiling
Kandungan bate ...
Not that I was comparing telan bateri dgn telan syiling la uols. I cuma terkenang memori zaman kanak2 je, kelakar sbb sampai dua beradik telan coins tapi semua relax aje. Kalau harini the same thing happens, mesti dah keluar kes saman cikgu tadika la, viral nak bg pengajaran la bagai. Those were the days |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 5-4-2018 01:32 PM
Not that I was comparing telan bateri dgn telan syiling la uols. I cuma terkenang memori zaman kan ...
Maaf, saya silap faham..tapi, saya rasa awak pun mesti pernah baca tentang bahaya tu, kan..
Zaman dulu2, media sosial belum mendunia, telefon pun saiz botol air..hahahha
Org zaman dulu, sama ada kurang ilmu atau memang jenis tak mahu memanjangkan perkara..lebih mudah redha, mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah btindak cpt. Hati2 pd yg ada ank kck tu. mainan jgn biar sepah |
|
|
|
|
|
|
|
Yups instinct seorang ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alololo ciannye baby omey ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baby pantang nampak benda atas lantai semua nk kutip masuk mulut..klu taik cicak dpn dia pun bleh masuk mulut gak {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah jugak nak x ray anak i yang baby ni sebab was-was tapi neneknya tak bagi sebab budak kecik lagi, katanya takut kesan x ray tak elok untuk budak kecik. Nak tanya sape2 yang dalam bidang perubatan, betul ke buat x ray tu tak bagus, lagi-lagi untuk budak kecik? |
|
|
|
|
|
|
|
Bateri tu bukan aktif la..logam bateri tu bertindakbalas dengan cecair dan asid dalam perut tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_bear replied at 5-4-2018 07:49 PM
I pernah jugak nak x ray anak i yang baby ni sebab was-was tapi neneknya tak bagi sebab budak kecik ...
Mana ada.. berulang berpuluh2 shot pun tak de kesan sgt la..dos x-ray tu mmg selamat.. lagi selamat brbanding asap rokok |
|
|
|
|
|
|
| |
|