CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Macam Mana Atuk Boleh Tersepit Dalam Tu?'

4-4-2018 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4108| Komen: 18

Seorang lelaki warga emas berusia 87 tahun dipercayai terjatuh sebelum tersepit di dalam kolah air di rumahnya di Jalan Klang Lama di sini, jam 10 pagi, kelmarin.


Harian Metro melaporkan, mangsa terpaksa menderita hampir sejam sebelum dikeluarkan anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi.


Foto: Harian Metro

“Seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Bukit Jalil dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati warga emas berkenaan tersepit dalam kolah bersaiz 2x4 kaki selepas dipercayai terjatuh kerana ruang kolah air itu kecil dan sempit,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khirudin Drahman.


Mangsa bernasib baik kerana bomba hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mengeluarkannya.

“Mangsa dilaporkan tidak cedera serius akibat kejadian berkenaan.

“Dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan ambulans bomba untuk mendapatkan rawatan,” katanya. - CARI
11

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-4-2018 01:20 PM
Astaga..atok tergelincir.kot..pastu.berpaut kat paip..jatuh dlm.kolah..
Logik x?
Hehe
Quote saviour_09 4-4-2018 01:36 PM
adooiii
atok main apa tu sampai tersepit pulak dah
nasib baik la tak cedera teruk
Quote prettyuglybabe 4-4-2018 01:45 PM
kasihan... buang la kolah tu lepas ni..
Quote lasagnaklcc 4-4-2018 01:49 PM
I penah gak experienced mcm ni.

Bath tub kat japan sbb kecik & dalam. Dah la licin. Sikit lagi nak jerit mintak tolong.
Quote abangadek 4-4-2018 01:57 PM
mujur masih dipanjangkan umur, atok jgn memain dh dekat nak pru ni
Quote insulin 4-4-2018 02:07 PM
shernazz replied at 4-4-2018 01:20 PM
Astaga..atok tergelincir.kot..pastu.berpaut kat paip..jatuh dlm.kolah..
Logik x?
Hehe

Logik. Kalau diperhatikan pada keadaan tubuh dia dalam gambar di atas.

Quote chicozinn 4-4-2018 02:22 PM
aduh, msti sakit 1 badan atok ni..da la badan tinggal tulang n kulit jahhh
Quote Mooverine 4-4-2018 02:40 PM
Kesiannya, semoga atuk cepat sembuh.
Quote immi 4-4-2018 02:47 PM
abangadek replied at 4-4-2018 01:57 PM
mujur masih dipanjangkan umur, atok jgn memain dh dekat nak pru ni

Hahahaaa nnt kurang 1 undi tokkkk
Quote mieymiey 4-4-2018 02:53 PM
Alaaaa kesiannya kat atok. Nasib takder kecederaan
Quote Kak-Leen 4-4-2018 03:01 PM
KEsian kat atok ni...
Quote jlo 4-4-2018 03:06 PM
kesian kat atok..ke nak amek cebok tergelincir
Quote batmana 4-4-2018 03:29 PM
bilik air antara tmpt bahaya, sbb licin
jadi korang sbg anak, psgla besi pemegang kt toilet tu,
utk mak ayah korang

ada jual kt farmasi bnda2 ni..
Quote haryatie 4-4-2018 04:06 PM
kesiannnya....nsib baik x cedera teruk
da tua2 jatuh2 ni bahaya jugak..


Quote nolya 4-4-2018 08:43 PM
jlo replied at 4-4-2018 03:06 PM
kesian kat atok..ke nak amek cebok tergelincir

Saya andaikan ruang itu ialah tempat ambil wuduk. Barangkali atuk tergelincir masa nak basuh kaki agaknya. By the way, sape yg telefon pihak bomba untuk angkat atuk.  Orang yg nelefon tu tak tolong ke?
Quote tanakkampung1x 4-4-2018 08:56 PM
nolya replied at 4-4-2018 08:43 PM
Saya andaikan ruang itu ialah tempat ambil wuduk. Barangkali atuk tergelincir masa nak basuh kaki  ...

Nenek kot?
Quote MissNigga 4-4-2018 08:57 PM
nolya replied at 4-4-2018 08:43 PM
Saya andaikan ruang itu ialah tempat ambil wuduk. Barangkali atuk tergelincir masa nak basuh kaki  ...

nak ngangkat org tua ni .. bukan nya senang cam nak ngangkat baby uols ...
by calling bomba actually a wise move in such situation...
salah angkat .. mau terjatuh orang tua tu .... tah tah makin parah uols
Quote abbyhoney 7-4-2018 02:43 PM
Sebenarnya bila ada org tua kt rumah bilik air kena buat mcm bilik air oku tu. Letak besi pemegang kt dinding. Lantai kena selalu cuci takut licin. Tak ada org tua pun bilik air kena sental selalu kalau tidak anak2 dan kita sendiri boleh tergelincir. Kesian atuk tu. Teringat arwah mak waktu tinggal rumah abg. Jatuh kt bilik air ...tak boleh bangun. Berjam2 lah dia dlm tu smpai abg balik dari mana entah. Keluar sekejap je rasanya hantar anak dia ke sekolah.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.119802 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top