Anda suka salji? Suka pergunungan? Suka dengan suasana sejuk yang nyaman dan tenang? Jadi destinasi seterusnya yang kami cadangkan ialah Kashmir, India. Walaupun wilayah ini menjadi tarik tali antara India dan Pakistan, namun ia sedikit pun tidak mengurangkan jumlah pelancong setiap tahun ke sini. Disebabkan keindahannya, ia digelar the paradise on the earth lalu menjadikannya magnet pelancongan. Memandangkan akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia ke sana, jom kita ikuti perkongsian netizen Rodiatul Akma mengenai percutiannya selama 4 hari di Kashmir.
1) Tarikan Kashmir
2) Gaya hidup penduduk tempatan 3) Festival bunga tulip Hanya dibuka pada 25 Mac hingga 25 April. Rodiatul dan rakannya berpeluang merasai dua pengalaman iaitu keindahan bunga tulip dan musim sejuk. Tulip Garden Srinagar adalah taman terbesar di Asia. Majoriti filem Bollywood mengadakan penggambaran di sini. 4) Kids Catcher Antara aktiviti ialah melihat keindahan alam serta melihat kecomelan kanak-kanak Kashmir. Paling cantik ialah anak mata mereka yang unik warnanya. Menurut pemandu pelancong, keunikan mata mereka bergantung di tempat mereka tinggal. Lagi dekat dengan Pakistan, lagi cantik mata mereka. 5) Main salji Cuba main Sledge, bayaran 1000 rupee (RM62.50) seorang termasuk boots. Sediakan juga upah 150 rupee (RM9.50) kepada orang yang menarik Sledge. 6) Makanan segera Disebabkan cuaca sejuk digalakkan bawa makanan segera. Jadi senang bila lapar, makanan sedia ada dan lebih jimat. 7) Mini Switzerland di Pahalgam Sesuai dengan namanya, memang Pahalgam menyamai New Zealand. Rupa-rupanya rumah Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan sekitar di sini. Aktiviti seterusnya ialah menunggang poney dengan kos 1100 rupee (RM69) termasuk upah pelatih pony. 8) Hike Bukit Gulmarg
Untuk sampai ke Bukit Gulmarg perlu menaiki 2 jenis gondola iaitu gondola pertama seperti cable car di Langkawi. Kemudiannya gondola yang perlu keluarkan kaki pula. Jika tidak berani, boleh sahaja lihat pemandangan sekitar kaki bukit. Di sini boleh bermain snow mobile (1,500 rupee – RM94) dan main ski (600 rupee = RM40) Dah dapat idea untuk ke sana? Bolehla mula merancang ya.- CARI Kredit : Rodiatul Akmal menerusi Backpacker Buddies Malaysia (BBM) |
11
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
20
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tagas replied at 9-4-2018 06:08 PM
dah gi 2012 mmg heaven
tido lake boat sejuk - darjah celcius
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 12:22 AM
Akak gi kashmir ms winter
Masa duk kat dal lake tu stp boat ada org gaji lelaki
Weols panggil ...
Artemesiaa replied at 9-4-2018 09:07 AM
Sayang dua tiga hari ni agak bergolak di area sempadan. Harap segera selesai supaya pelancong tak b ...
Red_mAnc replied at 10-4-2018 09:55 AM
Memang setanding, tapi bau badan tu yg x sama ngn Kiwis uolls, sebab bau badan org Pakistan & India ...
Artemesiaa replied at 10-4-2018 11:02 AM
Hahaha bab tu ada betulnya. Sebab tu bila travel kita appreciate apa yang tempat tu tawarkan tak ...
ADVERTISEMENT