Melihat lagak anak-anak yang berangan menjadi Elsa pasti membuatkan anda berhasrat untuk membawa mereka melihat sendiri keindahan sebuah istana ais. Bagi yang mampu, lokasi-lokasi ini wajib dikunjungi bagi merealisasikan impian fantasi anda sekeluarga! 1. Istana Diraja, Sleeping Beauty Diilhamkan daripada Neuschwanstein Castle di Bavaria, Jerman. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria pada tahun 1892 sebagai tempat persinggahan peribadinya. Ludwig II juga dikenali sebagai King Swan dan merupakan pencinta seni telah meninggalkan struktur yang indah ini.
2. Dataran kampung kecil, Beauty and The Beast Diilhamkan daripada Alsace, sebuah wilayah indah di Barat Laut Perancis yang dahulunya sebahagian daripada Jerman. Oleh itu, ia mempunyai gabungan kedua-dua budaya ini terutama dalam seni bina pastoral yang indah. 3. Istana ais Elsa, Frozen Diadaptasi daripada Hotel De Glace di Bandaraya Quebec, Kanada. Hotel ini adalah struktur bermusim yang muncul di pinggir Kota Quebec setiap kali musim sejuk sahaja. Seni bina sebenarnya berbeza dari tahun ke tahun dan dibina daripada ais batu, menjadikannya inspirasi sempurna untuk sebuah istana bagi filem Frozen. 4. Istana Sultan, Aladdin Diilhamkan daripada seni bina Taj Mahal di Agra, India. Makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan itu dibina pada tahun 1632 untuk isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal. Makam ini ‘diselimuti’ marmar putih dan dikelilingi taman-taman yang subur. 5. Perkampungan Pacha, The Emperor’s New Groove Diadaptasikan daripada Machu Picchu Di Cusco, Peru. Tapak Incan yang misteri di pergunungan Peru dianggap sebagai kediaman Maharaja Incan, Pachacuti. Selepas Penaklukan Sepanyol, tapak ini terus dilupakan dunia luar sehingga ia ditemui semula pada tahun 1911. 6. Rumah Kaisar dalam Mulan Diilhamkan daripada Kota Terlarang di Beijing, China. Suatu ketika dahulu, istana itu dianggap "kawasan terlarang" kerana ia merupakan kediaman maharaja, dan tidak ada yang dapat masuk atau keluar tanpa izinnya. 7. Katedral, The Hunchback Of Notre Dame Tidak lain adalah Katedral Notre Dame di Paris. Katedral yang ikonik dan menakjubkan ini adalah salah satu contoh seni bina Gothic yang terkenal di dunia. Ia mengambil masa hampir 200 tahun untuk disiapkan. 8. Sungai dari New Orleans, Puteri Katak Diilhamkan daripada tasik dan sungai tenang yang mencirikan keadaan Louisiana. Tasik ini adalah habitat haiwan paya seperti ikan keli dan kura-kura, yang mengilhamkan kisah-kisah menyeramkan makhluk-makhluk paya ghaib dan ganas. 9. Istana Diraja dalam Brave Diilhamkan daripada Istana Eilean Donan di Scotland. 10. Istana Permaisuri, Snow White Diilhamkan daripada Alcazar di Segovia, sebuah istana yang terdapat di Sepanyol tengah. Ia telah digunakan beratus-ratus tahun oleh beberapa raja Sepanyol sehingga rosak teruk akibat kebakaran pada 1862. Ia dibina di tebing pertemuan antara dua sungai, memberikan bentuk yang mirip dengan muncung kapal. Ahh, peminat filem Disney pasti sudah mula berfantasi, kan? - CARI
|
22
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver: Tunggu joy repah gi tempat2 ni
ADVERTISEMENT