|
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan". "Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi. Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi. Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam. Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka. Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu.
|
hurm. polis tu ikut arahan atasan je. atau pun ada org laporkan dan ambil statement je. sebab dalam undang2 ada loops holes..


totokreturn posted on 4-9-2013 02:56 AM
Solidariti untuk Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan Adam Adli yang sedang ditahan di IPD Dang Wangi s ...
|

nei69 posted on 4-9-2013 08:21 AM
relax la dorng tahan tu sb nk kasi trim u punya misai dan rambut supaya kasi kemas molek


totokreturn posted on 4-9-2013 11:43 AM
mana kita nak pircaya kak yip... dari sumber org yg menang dan nak menyucikan diri atau dari sumbe ...

yipun_78 posted on 4-9-2013 12:19 PM
tu dari Professor berbangsa tionghua k
nak ke pakai bendera indon tu?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.175773 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.