View: 5108|Reply: 27
|
[Tempatan]
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ditahan POLIS
[Copy link]
|
|
APA KOMEN ANDA SEMUA?
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan".
"Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.
Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi.
Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.
Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka.
Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hurm. polis tu ikut arahan atasan je. atau pun ada org laporkan dan ambil statement je. sebab dalam undang2 ada loops holes..
pada pandangan aku tujuan dia bawa bendera sang saka untuk apa? kalau benda tu fakta sejarah? kenapa nak dipertikaikan? kalau benda tu kepalsuan? dan ideologi komunis mmg patut polis tangkap.. should be professor sejarawan negara kaji sejarah dan dokumentasikan dalam bentuk pelajaran buku teks..
bukan pe, aku baca sejarah jd bebal dan tak faham sejarah sebab mungkin ada di manipulasikan.. balik2 cerita umno je merdekakan malaysia. habis tok bahaman? tok janggut? mat kilau? mat indera? gerakan melayu? gerakan ikhwanul muslimin? dan mcm2 lg tak tolong bg tekanan ke kepada british?
by the way aku paling gelak besar bila ada macai ckp british dtg tanah melayu nak majukan tanah melayu? fikir rakyat bodo ke boleh tipu? british dtg tanah melayu nk rompak? jajah cara halus? mereka kutip cukai naikkan cukai? tipu sultan2 melayu? fitnah sultan2 melayu? dan mcm2 lg.. british ni jahat.. penjajah..
cuba kaji penjajah yang mati kt sungai perak? dia daripada mana? daripada israel, dia terlibat pembunuhan tahanan palestin? tak rasa ke british ni penjajah? tp macai ckp xpe, british dtg tanah melayu nak merdekakan..
bg sy sejarah patut jujur dan di beri pandangan daripada berbagai sudut.. bukan satu aspek sahaja.. kalau takde mat kilau, tok gajah, tok andak dan pejuang2 tanah melayu rasanye british nk bg merdeka awal kepada tanah melayu ke?
jgn dinajiskan 31 ogos dengan sejarah kepalsuan.. patut buat dokumentari dan forum bijak pandai tentang sejarah dan point belajar daripada sejarah lepas.. kita belajar sejarah untuk jdkan pengajaran.. bukan untuk kenang2 lepas tu ulangi kesilapan yang sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah td tgk gmbr2 kt insta tian chua..
Kena kejut tgh mlm bwa kt balai hihi..klau ya pon knp x siang hri? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kesalahan dia....?? dia ada pegang bendera kaa.. dia merompak 250 juta ker...?? tubuh yg tua diangkut pagi buta begini seperti penjenayah yg paluing berbahaya...malaysia.. tanah airku... |
|
|
|
|
|
|
|
Solidariti untuk Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan Adam Adli yang sedang ditahan di IPD Dang Wangi sekarang, kemungkinan di bawah Akta Hasutan berkaitan dengan pengibaran Bendera Rakyat 1947 di Dataran Merdeka pada malam ambang 31 Ogos hari tu.
Tak sangka sebuah bendera yang pernah menggugat penguasa 66 tahun dulu sebelum Malaya merdeka, masih boleh menggugat penguasa zaman sekarang yang jelas tidak boleh menerima sejarah perjuangan kemerdekaan yang tidak selari dengan sejarah versi penguasa.
Mungkin lebih ramai yang akan discover sejarah Bendera Rakyat dan sejarah perjuangan rakyat 10 tahun sebelum Malaya merdeka selepas ini.
Gambar bersejarah Bendera Rakyat ini diambil pada bulan Februari 1948 semasa sebuah rapat umum di Singapura yang dianjurkan oleh MDU (Malayan Democratic Union).
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo a samad said ni aktivist before kemerdekaan ... mmg dia akan diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan...
ramai jer penulis dan sasterawan yg memperjuangkan kemerdekaan mendapat pengiktirafan sedemikian ghuper
but what ever is it ... selagi beliau mempunya matlamat ... selagi hayat dikandung badan ... perjuangan akan tetap diteruskan |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 4-9-2013 02:56 AM
Solidariti untuk Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan Adam Adli yang sedang ditahan di IPD Dang Wangi s ...
'Sang Saka Malaya' bukan panji rasmi negara - Prof Teo
pada 03-09-2013 12:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: 'Sang Saka Malaya' tidak ada kaitan langsung dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, kata penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong.
"Tidak pernah ada perkaitan langsung dalam konteks rasmi bahawa bendera itu pernah mewakili negara berdaulat yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Tak pernah, jadi tak timbul Sang Saka itu bendera asal," katanya ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengibar bendera itu pada malam ambang Merdeka, Jumaat lalu.
Teo yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang biadap.
Tegas Teo, Jalur Gemilang adalah panji rasmi negara walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan dan peristiwa penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
"Tetapi bila bercakap hal bendera dalam konteks sejarah kita, bendera yang kita ketahui sekarang (Jalur Gemilang) merupakan bendera rasmi untuk Persekutuan Tanah Melayu, kemudian penubuhan Malaysia pada 1963 yang ditokok-tambah dari segi jalur dan bintang-bintang.
"Jadi tiada pernyataan sejarah yang rasmi yang mengatakan selain Jalur Gemilang ini ada bendera versi lain yang merupakan bendera atau panji rasmi kerajaan Melayu sebelum kita merdeka," katanya lagi.
Teo menambah apa yang dikesalkan adalah individu-individu yang terlibat dalam mengibarkan bendera Sang Saka Malaya merupakan mereka yang cukup dewasa dalam mengenal erti kemerdekaan dan pengorbanan pejuang tanah air.
"(Mereka) boleh dianggap dewasalah seperti sasterawan negara (A. Samad Said) dan Hishamuddin Rais. Mereka sepatutnya lebih matang dalam hal kenegaraan. Apa yang dilakukan itu lebih kepada saki-baki permusuhan politik yang sepatutnya selesai melalui proses perdamaian seperti yang diusulkan oleh PM melalu agenda penyatuan nasional," demikian menurut beliau.
Beliau tidak menolak provokasi ini adalah sisa-sisa dendam politik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
"Saya melihat tindakan sekumpulan ini merupakan saki-baki permusuhan politik di mana ia antara sebab yang mencetuskan tindakan mereka ini. Bagi saya ia adalah manifestasi permusuhan politik yang tidak habis-habis dan memperlihatkan tindakan yang tidak matang.
"Jika ada masalah tentang apa-apa pun, Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi ruang dan ada saluran tertentu. Kita boleh berbincang secara waras tentang beberapa hal yang tidak menyenangkan hati kita. Bukan dengan cara begitu subversif pada saya yang menidakkan sistem pemerintahan beraja dan demokrasi yang mana mereka cuba memecah-belahkan rakyat," terangnya.
Untuk rekod, Sang Saka Malaya digunakan dalam proses pembentukan Indonesia Raya yang dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 dipimpin oleh Ibrahim Yaakob.
Selepas KMM diharamkan, ia disebarkan pula oleh parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
|
|
|
| |
© Copyright AntaraPos.com. All Rights Reserved 6040
Last edited by yipun_78 on 4-9-2013 07:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
samad said akan disiasat bawah akta larangan mencabar sejarah... |
|
|
|
|
|
|
|
petola posted on 4-9-2013 07:21 AM
samad said akan disiasat bawah akta larangan mencabar sejarah...
wahhh baru nampak Petola |
|
|
|
|
|
|
|
Jahanam kn dia dari MALAYSIA, bakar,gunting,gantung d khalayak ramai....biarkn musnah d jilat api....
Semua hasil mahsul dia....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
relax la dorng tahan tu sb nk kasi trim u punya misai dan rambut supaya kasi kemas molek |
|
|
|
|
|
|
|
nei69 posted on 4-9-2013 08:21 AM
relax la dorng tahan tu sb nk kasi trim u punya misai dan rambut supaya kasi kemas molek
Okay ni lawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai org tua tu dah nyanyuk pun... takyah tahan2 sgt lah |
|
|
|
|
|
|
|
Samad Said dibebaskan selepas ditahan
2013/09/04 - 09:49:08 AM
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dibebaskan awal pagi tadi selepas ditahan di kediamannya di Bangsar malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada 30 Ogos lalu.
Samad kelihatan keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada kira-kira jam 2.25 pagi tadi.
Terdahulu, beliau ditahan oleh sepasukan anggota dari IPD itu pada jam 12.20 tengah malam.
Dalam ucapan ringkasnya di hadapan kira-kira 20 penyokong, Samad berkata, dia hanya disoal siasat untuk membantu kes siasatan berhubung kes mengibarkan bendera itu pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.
"Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira jam 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Merdeka di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 4-9-2013 07:20 AM
[/td][/tr]
[/table][/td][td][/td][/tr]
[/table]
mana kita nak pircaya kak yip... dari sumber org yg menang dan nak menyucikan diri atau dari sumber yg benar....
|
|
|
|
|
|
|
|
SANG SAKA BANGSA
melayu dengan SAKA tak dapat dipisahkan |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 4-9-2013 11:43 AM
mana kita nak pircaya kak yip... dari sumber org yg menang dan nak menyucikan diri atau dari sumbe ...
tu dari Professor berbangsa tionghua k
nak ke pakai bendera indon tu? |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 4-9-2013 12:19 PM
tu dari Professor berbangsa tionghua k
nak ke pakai bendera indon tu?
professor kangkung tuh.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|