CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Babi - Bencinya Jijiknya

26-3-2018 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9216| Komen: 6

Jahat macam mana pun kita  – kita maksudnya Melayu/Islam di Malaysia - sama ada tak solat, minum arak, judi, zina, kita tidak makan babi. Sentuh pun tidak. Tersentuh macam nak kiamat dunia.


Sebab menurut Islam babi haram. Tapi begitu juga arak, judi dan zina. Namun babi lebih diberi perhatian. Ada antara kita yang pandang haiwan itu pun tak nak.

Kat TV visual babi jarang atau tidak disiarkan untuk menjaga sensitiviti umat Melayu/Islam. Filem animasi yang ada watak babi pun tidak digalakkan untuk siaran.

Dan tidak banyak lagi tadika ( atau mungkin tak ada langsung ) yang mengajar anak anak kecil kita kisah The Three Little Pigs. Ada juga orang kita yang geli nak sebut babi itu babi . Bagi mereka babi ialah khinzir. Ada pula panggil babi kerbau pendek. 


Bila kita marah kat seseorang kita maki dia dan panggil dia babi. Yang kena maki kalau dia  Melayu /Muslim akan marah giler – lebih marah berbanding jika kita panggil dia lembu atau mungkin juga setan. 

Seperti kita tahu penyanyi British Dua Lipa pun teruk dipersenda dan mungkin juga “dibelasah” ( secara lisan ) segelintir rakyat Malaysia ( Melayu/Islam)  kerana menulis kapsyen pada instagramnya yang berbunyi : “Happy birthday babi” yang ditujukan kepada ayahnya yang berbangsa Albania.

Pada hal “babi" dalam bahasa Albania bermaksud ayah. Begitu benci dan jijiknya kita Melayu/Muslim Malaysia terhadap babi. Pun begitu jika benci dan jijik terhadap babi ditujukan terhadap gejala negatif alangkah bagusnya.


Umpamanya salah guna kuasa, merompak duit rakyat, tidak amanah, terlibat dalam skandal, rasuah. Kalaulah kita Melayu/Islam di Malaysia khususnya pemimpin kita benci  dan jijik terhadap gejala itu semua  seperti kita benci dan jijik terhadap babi kita akan kecermerlangan menunggu kita.

Sebab? Pemimpin Melayu/Islam tidak akan impikan rasuah dan semua gejala buruk, tidak dekatinya, apatah lagi mengamalkan gejala buruk. Kerana mereka melihat gejala buruk sama macam  melihat babi – menjijikkan, meloyakan, membencikan. 

Dan mereka akur bahawa gejala buruk itu semua seperti juga babi haram menurut Islam. Bila atau jika itu terjadi negara akan jadi  hebat sehebat hebatnya.Dan kita umat Melayu/Islam akan menjadi umat paling mulia di seantero dunia.
18

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
32

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tapayana 27-3-2018 12:08 PM
kesian dua lipa ni.

netizen malaysia ni semua benda dia langgar, ikut sedap tekak dia je.

dah level china komunis org malaysia ni bila berinternet
Quote rosasen 1-4-2018 02:41 PM
dah kenapa tajuk artikel pon guna perkataan acik kepam....
Quote chazey 1-4-2018 03:03 PM
Tapayana replied at 27-3-2018 12:08 PM
kesian dua lipa ni.

netizen malaysia ni semua benda dia langgar, ikut sedap tekak dia je.

China komunis apa pulak. Dah level yindon yang ummah kita selalu kutuk tu.
Quote dani-rox 1-4-2018 08:37 PM
mcm hensem jah apaknya masa muda
Quote jaa139 2-4-2018 02:15 PM
mane screenshot acik kepam kutuk sheols?
Quote MsKoreanfanatic 16-8-2018 03:26 PM
apa la... dah bahasa dorang camtu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035927 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top