CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5970|Reply: 6

Babi - Bencinya Jijiknya

[Copy link]
Post time 26-3-2018 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Jahat macam mana pun kita  – kita maksudnya Melayu/Islam di Malaysia - sama ada tak solat, minum arak, judi, zina, kita tidak makan babi. Sentuh pun tidak. Tersentuh macam nak kiamat dunia.


Sebab menurut Islam babi haram. Tapi begitu juga arak, judi dan zina. Namun babi lebih diberi perhatian. Ada antara kita yang pandang haiwan itu pun tak nak.


Kat TV visual babi jarang atau tidak disiarkan untuk menjaga sensitiviti umat Melayu/Islam. Filem animasi yang ada watak babi pun tidak digalakkan untuk siaran.


Dan tidak banyak lagi tadika ( atau mungkin tak ada langsung ) yang mengajar anak anak kecil kita kisah The Three Little Pigs. Ada juga orang kita yang geli nak sebut babi itu babi . Bagi mereka babi ialah khinzir. Ada pula panggil babi kerbau pendek.






Bila kita marah kat seseorang kita maki dia dan panggil dia babi. Yang kena maki kalau dia  Melayu /Muslim akan marah giler – lebih marah berbanding jika kita panggil dia lembu atau mungkin juga setan.


Seperti kita tahu penyanyi British Dua Lipa pun teruk dipersenda dan mungkin juga “dibelasah” ( secara lisan ) segelintir rakyat Malaysia ( Melayu/Islam)  kerana menulis kapsyen pada instagramnya yang berbunyi : “Happy birthday babi” yang ditujukan kepada ayahnya yang berbangsa Albania.


Pada hal “babi" dalam bahasa Albania bermaksud ayah. Begitu benci dan jijiknya kita Melayu/Muslim Malaysia terhadap babi. Pun begitu jika benci dan jijik terhadap babi ditujukan terhadap gejala negatif alangkah bagusnya.






Umpamanya salah guna kuasa, merompak duit rakyat, tidak amanah, terlibat dalam skandal, rasuah. Kalaulah kita Melayu/Islam di Malaysia khususnya pemimpin kita benci  dan jijik terhadap gejala itu semua  seperti kita benci dan jijik terhadap babi kita akan kecermerlangan menunggu kita.


Sebab? Pemimpin Melayu/Islam tidak akan impikan rasuah dan semua gejala buruk, tidak dekatinya, apatah lagi mengamalkan gejala buruk. Kerana mereka melihat gejala buruk sama macam  melihat babi – menjijikkan, meloyakan, membencikan.


Dan mereka akur bahawa gejala buruk itu semua seperti juga babi haram menurut Islam. Bila atau jika itu terjadi negara akan jadi  hebat sehebat hebatnya.Dan kita umat Melayu/Islam akan menjadi umat paling mulia di seantero dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 12:08 PM | Show all posts
kesian dua lipa ni.

netizen malaysia ni semua benda dia langgar, ikut sedap tekak dia je.

dah level china komunis org malaysia ni bila berinternet
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:41 PM | Show all posts
dah kenapa tajuk artikel pon guna perkataan acik kepam....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayana replied at 27-3-2018 12:08 PM
kesian dua lipa ni.

netizen malaysia ni semua benda dia langgar, ikut sedap tekak dia je.

China komunis apa pulak. Dah level yindon yang ummah kita selalu kutuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 08:37 PM | Show all posts
mcm hensem jah apaknya masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 02:15 PM | Show all posts
mane screenshot acik kepam kutuk sheols?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 03:26 PM | Show all posts
apa la... dah bahasa dorang camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TABAHLAH matkpop
KILL_NANCYTABAHLAH matkpop
Views : 16655 Replies : 181
BODOHNYA KAU GEMUK
KurexBODOHNYA KAU GEMUK
Views : 8873 Replies : 62
Trend Orang Melayu Tak Mahu Mengaku Melayu, Kutuk Melayu
Malaysia.DoomTrend Orang Melayu Tak Mahu Mengaku Mela
Views : 7190 Replies : 39
REALITI
KurexREALITI
Views : 1799 Replies : 4
Kenangan Teraya korang . Tak kira sedih atau lucu.
gigahertzKenangan Teraya korang . Tak kira sedih
Views : 2242 Replies : 12
Merdeka lebih Awal dari Korea Tapi Highway Third World Country
Malaysia.DoomMerdeka lebih Awal dari Korea Tapi Highw
Views : 2179 Replies : 18
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
FoxeySelamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Views : 5294 Replies : 20
Lagu Raya Fave Korang
FoxeyLagu Raya Fave Korang
Views : 17684 Replies : 206
Kisah/Pengalaman Gembira, Sedih, Marah, Suka Hati dll masa Puasa
CatpawKisah/Pengalaman Gembira, Sedih, Marah,
Views : 5543 Replies : 22
BODOHNYA KAMU.. BANGANGNYA KAMU..
KurexBODOHNYA KAMU.. BANGANGNYA KAMU..
Views : 4732 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043766 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list