CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Beg Sekolah Baru, Anak Sanggup Jadi 'Annabelle'

22-3-2018 02:19 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 3120| Komen: 6|Original author: Oleh: Khair

Foto: Facebook Stacy Yong

Menjadi kebiasaan untuk seorang anak, mereka pastinya mahukan sesuatu barang baharu jika barangan mereka sudah rosak dan pastinya ibu bapa akan mencuba sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk anak mereka, bahkan sanggup berkorban apa sahaja.



Seorang ibu, Stacy Yong berkongsi di Facebooknya berkenaan permintaan anak kecilnya yang mahukan beg sekolah baharu kerana begnya sudah koyak.



Menurut Stacy, sebelum ini beg sekolah anaknya baru sahaja dibeli pada awal Januari, tetapi oleh kerana setiap hari membawa buku sekolah yang banyak dan berat menjadikan beg sekolah itu cepat rosak.

Pada mulanya, Stacy bercadang ingin membelikan beg yang beroda untuk anaknya bahkan si anak turut berasa gembira. Namun, apabila tiba di kedai beg, dia mendapati harga beg tersebut begitu mahal. 

Jumlah RM159.90 itu berada di luar kemampuan Stacy dan suaminya.

Oleh itu, dia terpaksa menerangkan kepada anaknya, Bella bahawa dia tidak mampu untuk membelikannya buat masa sekarang. 

Faham sahajalah perangai kanak-kanak, mereka mesti akan menarik muka juga apabila hajat tidak dipenuhi. Mujur anak Stacy memahami keadaan ibunya itu.



Beberapa detik kemudian, Bella mencadangkan kepada ibunya supaya dia disolek seperti Annabelle untuk mengumpul duit kerana sebelum ini anak kecil itu pernah disolekkan seperti Annabelle dan sesiapa yang ingin bergambar dengannya akan dikenakan bayaran RM2.




Stacy yang juga merupakan jurumekap sambilan itu terharu dengan pertanyaan anaknya itu kerana walaupun baru berusia 7 tahun, anaknya sudah memahami betapa sukar untuk mencari rezeki dan wang untuk menyara kehidupan. 

Daripada cerita yang dikongsikan itu, ramai netizen berasa terharu dengan cerita tersebut dan menyifatkan anak kecil itu seorang yang bertanggungjawab kerana tidak meminta-minta dengan ibunya.



Menerusi kisah Stacy ini, dapat kita lihat tak semua orang mampu memiliki apa sahaja dihajatinya selain betapa payahnya masyarakat kita bertungkus lumus untuk menyara kehidupan. Jadi, untuk kita yang mempunyai rezeki lebih, apa salahnya berkongsi kegembiraan dengan orang lain setakat yang mampu, kan? - CARI
11

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
36

Sedih
19

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadna 22-3-2018 02:23 PM
Moga berjaya dik
Quote saviour_09 22-3-2018 02:44 PM
ni yang kat teluk cempedak tu ke???
Quote chicozinn 22-3-2018 04:25 PM
sedihnya citer dia ni..but inspiring la jugak sbab idea baru kan..tapi time aku dulu jangan harap la nak minta barang memahal kat bapak aku memang kne tangan dulu dengan dia melainkan aku excel dalam exam baru dia gigih belikan pe yang aku nak..
Quote syidasaleh 22-3-2018 08:33 PM
Setiap budak (jgnkan budak org tua pun) ada barang yg kita idam. Budak ni dah jatuh cinta dgn beg pink roda tu cuma beg tu mahal.at least dia tak guling2 merempan nak jugak (ni anak buah i aiyoo pening). Dia siap nak tlg mak dia cari duit utk beli beg yg sebenarnya tanggungjawab mak dia. Tahniah dik semoga jadi anak yg baik nanti
Quote LautBiru52 23-3-2018 07:26 AM
Sedihnya. Anak kita mintak apa In Shaa Allah semua dapat. Nak mkn apa semua boleh beli. Semoga bell jd anak yg baik and berjaya bila dewasa nanti ye
Quote achilles_heel 23-3-2018 03:03 PM
lagi sedih bapak sanggup berhabis duit utk mabuk2... dari belikan keperluan si anak untuk sekolah. sampai anak terpaksa cari duit sendiri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033322 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top