Kumpulan K-Pop yang sangat popular di Korea Selatan, Wanna One sedang berdepan dengan kontroversi baru-baru ini dan membuat orang ramai terutama peminat menjadi tidak keruan. Kumpulan yang dibentuk daripada program realiti "Produce 101" itu sedang dalam rangka promosi album baru mereka "0 + 1 = 1 (I Promise You)." Untuk meraikan kemunculan semula mereka, kumpulan itu muncul di "Star Live" terbitan Mnet pada 19 Mac, kira-kira empat jam sebelum album mereka dilancarkan. Ketika di bilik menunggu, dapat dilihat ahli-ahli Wanna One mula melompat-lompat sambil bergurau mengenai soalan wawancara dan membuat komen mengejutkan. Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa aksi mereka sedang dirakamkan kamera secara langsung. Park Woo Jin, yang memegang kamera dengan selfie stick, merakamkan aksi rakan-rakannya sambil mengeluarkan soalan-soalan yang sensitif pada pendapat peminat kpop. Kang Daniel: "Mengapa kita tidak menerima bayaran?" Park Ji Hoon: "Kenapa kita hanya mendapat 20 peratus?" Ong Seung Wu: "Mengapa kita tidak tidur? Mengapa kita tidak mempunyai kebebasan?" Seorang kakitangan wanita kemudian memotong percakapan mereka dan berkata, "Baik semua, mari bersedia untuk siaran langsung". Walau bagaimanapun, ahli Wanna One masih berdegil dan mula membuat kenyataan lagi. Park Ji Hoon: "Saya akan mendedahkan nombor telefon bimbit saya." Kang Daniel: "Saya membuang air besar pagi ini." Ha Sung Woon: "Baik saya mencarut sekarang sebelum bersiaran langsung. F * ck, f * ck, f * ck, f * ck." Seorang lagi ahli Wanna One, Lai Kuan Lin, memanggil Sasaeng – peminat obsesif, dan berkata, "Sorento (jenama kereta), apa yang awak lakukan di bawah rumah kami semalam? Berhenti datang ke rumah kami." Satu lagi suara dari latar belakang berkata, "Dae-ddal-gak, hanya yang cantik," yang bermaksud "Jerk off, hanya yang cantik," bermaksud hanya yang cantik dibenarkan berada di situ. Sehubungan itu, netizen menyelar tindakan Wanna One selepas siaran yang mengejutkan itu dan ramai peminat menyatakan kekecewaan terhadap tingkah laku idola mereka. Seorang kakitangan Mnet mengesahkan bahawa penyiaran video itu adalah satu kesilapan. Wanna One juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah laman peminat. Itulah, lain kali 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. - CARI
|
21
Bagus |
11
Marah |
41
Terkejut |
29
Sedih |
24
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eizarz replied at 22-3-2018 12:40 PM
macam sekawan monyet je sampai 11 org group menyanyi..{:thief{:thief
There were 3 parts that were fabricated/misunderstood:
1. 미리 익혀야겠다(I need to memorize it first/I need to familiarize with it first) became 미리 욕 해야겠다 (I need to swear first)
2. 메디테이션 (Meditation) became 마스터베이션 (Masturbation)
3. 됐다 해/대답해라 (Alright/Answer) was also misinterpreted and falsely spread (t/n: alluding to the “hand job” comment)
As for the parts where they said “Why can’t we get paid” “Why can’t we sleep”, while they were said carelessly, they are parodies of Kim Haeun’s rap on High School Rapper 2 that recently became a trending topic, they were just joking around. It wasn’t anything severe.
sapeka replied at 22-3-2018 03:33 PM
muka semua sepesen je
merrissa replied at 22-3-2018 08:34 PM
padan muka....sib bek setahun je....lepas tuh group ko dah bubar....kesiannn
ADVERTISEMENT