Pelbagai kerenah perlu dihadapi jika bekerja di syarikat penerbangan. Macam-macam aduan diterima dari penumpang dari sekecil-kecil masalah hingga ke serius.
Di Facebook, seorang wanita memuat naik status tentang rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat penerbangan. Hanya kerana terlewat lima minit untuk menunaikan solat subuh, dia tidak dapat menaiki kapal terbang. Wanita itu kecewa sangat dengan syarikat penerbangan berkenaan kerana tidak bertimbang rasa. Menurutnya, bukan hanya dia seorang tetapi ada enam lagi penumpang menerima nasib serupa. Katanya, dia terkilan dengan syarikat penerbangan itu kerana dia dapat melihat masih ada penumpang yang beratur menunggu kerusi untuk diduduki.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, kerana bukan semua mampu untuk membeli tiket baru. Dalam masa sama, mereka turut merasakan Syarikat penerbangan tersebut bersikap penting diri. Namun, ada juga segelintir netizen menghentam wanita berkenaan kerana dia sepatutnya perlu menghormati prosedur yang telah ditetapkan. Solat bukan halangan dan boleh saja dilakukan ketika dalam perjalanan. Lebih haru, ada juga yang mengutuk tatabahasa Bahasa Inggerisnya sampaikan susah untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan. Ada yang pernah mengalami pengalaman tertinggal pengangkutan awam? Cuba kongsikan sedikit. - CARI
|
3
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sufi^_^ replied at 22-3-2018 01:08 PM
Boarding dia pukul 6 pagi.
Masa tu dia dah masuk kat boarding area tu, dah masuk waktu subuh so dia ...
Iema5008 replied at 22-3-2018 05:33 AM
Rasanya staff air asia x lah sekejam itu...
Mungkin dia silap ttg masa boarding. Atau silap ttg ...
sufi^_^ replied at 22-3-2018 01:39 PM
True, actually boleh je dia tanya dulu staff AA.
Sefaham I, boarding time tu kita dah start nai ...
ADVERTISEMENT